MADU 39

Wednesday, April 18, 2012

Lagu Madu Tiga dendangan P.Ramlee langsung tidak releven dengannya kerana dia bukan mempunyai, satu, dua, tiga atau empat isteri, tetapi mempunyai 39 orang isteri dalam satu masa. Begitulah Ziona Chana seorang lelaki dari Mizoram, India yang direkodkan sebagai manusia yang mempunyai isteri yang paling ramai di dunia sekali gus mempunyai anggota keluarga terbesar di dunia.
Kisah Chana sebenarnya sudah banyak kali dipaparkan menerusi majalah mahupun akhbar, tetapi kehidupannya dengan mempunyai seramai 39 isteri, 94 orang anak dan 33 orang cucu terus-menerus menjadi perbualan di seluruh dunia.
Menariknya, kesemua 181 ahli keluarganya menetap di bawah 'bumbung' yang sama dimana Chana yang juga merupakan hartawan tempatan menyediakan sebuah bangunan empat tingkat seperti asrama yang mempunyai 100 buah bilik.
Chana juga mengarahkan isteri pertamanya iaitu Zathiangi untuk mengurus dan membahagi-bahagikan tugas dan kerja-kerja rumah seperti mengemas, membasuh pakaian dan juga menyediakan makanan kepada isteri-isteri dan anak-anak yang lain. Untuk sekali hidangan makan malam, mereka memerlukan 30 ekor ayam, 60 kilogram kentang dan 100 kilogram beras.
Sebagai suami yang mempunyai ramai isteri, Chana menempatkan isteri termudanya berhampiran dengan kamarnya dan isteri-isteri lain dibilik-bilik yang lebih jauh dan sistem penggiliran isteri-isterinya bermalam di kamar Chana berjalan dengan sebaiknya. Salah seorang isterinya iaitu Huntharnghanki berkata, walaupun mereka bermadu dan berkongsi suami mereka masih hidup aman dan damai. Kesemua 39 isteri yang bermadu itu saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain.
Mempunyai 39 isteri yang kesemuanya bermadu tidak beerti Chana berhenti untuk memiliki isteri lagi dan mengembangkan keluarganya. Katanya, "Saya umpama anak Tuhan yang istimewa. Tuhan telah mengurniakan saya insan-insan untuk menjaga dan untuk dijaga. Saya adalah manusia yang paling bertuah kerana memiliki 39 isteri dan menjadi ketua kepada sebuah keluarga terbesar di dunia".

DIBENGKOK MEMBENTUK FIGURA

Tuesday, April 17, 2012

Kreativiti tiada batasan apabila seseorang yang kreatif mampu membentuk figura atau bentuk hidupan dengan hanya menggunakan dawai biasa dan juga barang-barang yang boleh ditemui di dapur. Mari kita lihat hasil kreativiti seni gabungan dawai dan juga barangan dapur dan juga bahan masakan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...