GUNUNG KINABALU : LAGENDA & PANDUAN Chapter III

Saturday, November 13, 2010

Sir Hugh Low berniat untuk mendaki Kinabalu. Namun kaum Kadazandusun menghalang sesiapa saja mendaki gunung itu lantaran kepercayaan mereka bahawa roh-roh nenek moyang mereka bersemadi disitu. Jika ada sesiapa yang mendaki dan meneroka Kinabalu, sudah pasti akan mengganggu roh-roh itu yang menyebabkan entiti itu marah. Tambahan pula kaum kadazandusunlah yang menjadi penjaga, pelindung dan pemelihara unsur tanah, tumbuhan dan air gunung itu.

Low difahamkan bahawa perkataan Kinabalu adalah daripada perkataan kadazandusun, Aki yang bermaksud nenek moyang dan Nabalu yang beerti gunung. Sudah pasti Low tahu bahawa gunung itu secara turun-temurun menjadi gunung roh nenek moyang mereka berkumpul. Tambahan lagi gunung itu telah dicipta oleh dewa tertinggi. Mereka juga percaya lopak-lopak yang terbentuk di gunung itu menjadi tempat roh-roh nenek moyang mereka bermandi-manda. Hanya kelompok bobohizan sahaja yang dibenarkan untuk mencuci badan dan meminum air dari lopak itu dengan tujuan membuang sial.

Akhirnya, pada 7 Mac 1851, Low yang pada ketika itu Gabenor British di Labuan bertekad mendaki Gunung Kinabalu. Menyertainya adalah Gunting Lagadan, seorang penduduk tempatan berbangsa dusun. Mereka mengambil masa 3 minggu sebelum tiba di satu tempat. Lagadan seterusnya tidak menemani Low ke puncak Kinabalu. Low berkeseorangan dengan semangat dan keberanian yang tinggi ke mercu idamannya.
Misi Low tercapai. Namanya menjadi orang pertama mendaki puncak Kinabalu. Namanya juga diabadikan pada puncak yang tertinggi diantara puncak-puncak lain iaitu Puncak Low. Atas sumbangan Gunting Lagadan yang menemani dan membantu Low merealisasikan cita-citanya, namanya diabadikan pada motel yang terletak di Laban Rata. Mereka menjadi perintis kepada pendakian ke puncak Kinabalu.

Itu adalah sebahagian lagenda dan sejarah mengenai gunung yang tersenarai dalam warisan UNESCO ini. Bagi aku, mendaki gunung ini bukan sekadar menjejakkan kaki ke sana dan melihat-lihat kembali gambar-gambar kenangan yang telah diambil, tetapi banyak sejarah dan maklumat-maklumat penting yang dapat diperolehi. Aku mendapatkan maklumat tentang pendakian menerusi rakan-rakan yang telah pun mendaki manakala maklumat tentang sejarahnya sudah tentu melalui internet. Ingatan mengenai lagenda dan maklumat ini berlegar-legar difikiran saat aku mula menuruni puncak.

Setelah menghabiskan masa sepuas-puasnya di puncak tertinggi Banjaran Crocker itu, kami mengatur langkah. Dalam perjalanan ke bawah, kami bertemu dengan Wan dan Zaharil yang baru tiba ke situ. Abang Joe akan membawa kami pulang ke Laban Rata, manakala abang Somihin akan membawa Wan dan Zaharil ke puncak.

Ketika ini juga kami banyak bergambar. Pelbagai aksi kami gayakan. Abang Joe menjangkakan kami sampai di Laban Rata pada jam 9.30 pagi. Kami perlu check out dari Laban Rata pada jam 10.30 pagi. Cukup masa untuk kami berehat sebentar, makan dan berkemas sebelum turun ke Timpohon Gate.

Tiada lagi bunyi mengah ataupun turun naik nafas yang laju dan kuat sebaliknya kali ini kami lebih santai sambil berbual-bual dengan abang Joe. Aku, Bee, Shukri, Shuhairi, Yani dan Jas jalan beriringan bersama-sama berpuluh-puluh pendaki yang lain. Kabus mula menyelubungi kami. Sejuk, putih dan mengehad penglihatan.

Kami akhirnya tiba di Pondok Sayat-Sayat untuk mendaftar nama. Abang Joe mengesahkan kami kesemuanya berjaya menawan puncak untuk proses penyediaan sijil yang boleh kami ambil di resort sekembalinya kami disana nanti. Kami berehat sambil mengisi air ke dalam botol dan makan kudapan seperti cokelat dan biskut yang kami bawa.

Aku kemudian bertanya pada abang Joe, “Sape orang penting yang pernah daki gunung ni, abang Joe?”

“Saya tak pernah bawa. Tapi kawan aku ada. Presiden persatuan pendaki selalu datang. Datuk Khalid Yunus. Baruk ni Sharifah Shahirah datang dengan suami. Maya Karin pun ada. Tapi yang paling best Umie Aida. Dia cukup baik”, jelas abang Joe.

Aku mengangguk-angguk kecil sambil memerhatikan host rancangan Passage To Malaysia yang putih melepak baru saja tiba dari puncak di Pondok Sayat-sayat. Aku mengambil kesempatan bergambar dengan pengacara dari barat itu. “50 Dollar”, pinta gadis itu berseloroh apabila diajak bergambar.

Kami kemudian meneruskan perjalanan. Kami tiba di lereng-lereng bukit yang tinggi. Adakala kami menggelongsor sedikit demi sedikit. Kadang-kadang kami menggunakan tali. Bergantung kepada keperluan. Aku yang paling di hadapan. Aku berpaling melihat rakan-rakan yang masih diatas. Tiba-tiba aku terpandang sesuatu. Putih. Dipunggung Yani. Rupa-rupanya seluarnya koyak! Sebesar tapak tangan. Koyak gara-gara mengelongsor di atas batu yang kasar.

Kami ketawa memecah kesunyian sambil Yani menutup ‘keaibannya’ dengan mengikat pinggangnya dengan sweater. “Ni seluar jeans kesayangan dari zaman U ni”, jelas Yani dengan muka yang merah padam.

Jam 10 pagi kami tiba di Laban Rata. Selepas berkemas-kemas, makan dan bersiap-siap, kami meninggalkan Laban Rata pada jam 11.15 pagi. Penat turun dari puncak pun belum habis lagi, kami terpaksa menempuh 6 kilometer lagi ke Timpohon Gate. Kaki semakin terketar-ketar.

Azhar, Shukri dan Shuhairi mendahului. Diikuti aku dan Azrul dan selebihnya Bee, Yani dan Jas dibelakang bersama abang Joe. Wan dan Zaharil akan turun bersama dengan abang Somihin. Barang-barang dan begnya sudah kami letakkan di luar bilik dorm.

Hujan turun. Aku dan Azrul memutuskan untuk berteduh di Pondok Ubah. Kelibat tiga rakan yang dihadapan tidak lagi kelihatan. Begitu juga yang dibelakang. Agak lama kami berhenti disitu sambil mem’bluetooth’ gambar-gambar yang dirakam dipuncak melalui telefon bimbit masing-masing.

Hujan semakin lebat. Tiada tanda-tanda ia akan berhenti. Kami kemudian meneruskan perjalanan dalam hujan yang lebat dan trek yang dipenuhi air seperti anak sungai. Kami tiba di Timpohon Gate pada jam 2.30 petang. Azhar, Shukri dan Shuhairi sudah sampai 45 minit lebih awal.

Kami bersalaman. Sudah tiba masanya kami berpisah. Aku dan Azrul perlu menunggu Yani, Bee dan Jas kerana kami menumpang kereta Yani untuk ke Tamparuli.

Ekspedisi kami berakhir. Kaki yang sakit menjadi ‘cenderamata’ buat bekalan pulang ke tempat masing-masing. Kami percaya bahawa kami telah menuruti tagline Taman Kinabalu ini iaitu ‘Take nothing but photographs. Leave nothing but footprints. Keep nothing but memories’.

Dua hari selepas balik dari Sabah, aku mengalami ‘sindrom ketagih gunung’ dimana aku sentiasa memikirkan gunung apa yang perlu ditawan selepas ini. Azrul acapkali mengucapkan terima kasih kepada aku kerana mengajaknya menyertai ekspedisi. Bee pula merasakan jiwanya kosong selepas mendaki Kinabalu dan ‘dahagakan’ aktiviti-aktiviti outdoor seperti hiking, camping dan sebagainya. Shukri begitu aktif di facebook memberi komen pada gambar-gambar Kinabalu dan sesekali bergurau mengajak kami mendaki Kinabalu mengikut trek Mesilau dan mendaki Everest. Begitu juga aku, Yani dan Bee menjadikan facebook medium untuk bersembang mengenai hal remeh-temeh ketika kami di Sabah.

Pengalaman ini bukan sahaja memberi peluang menjejakkan kaki ke puncak malah menambah kenalan yang sama-sama berkongsi minat. Namun ciptaan Allah Yang Maha Pencipta yang begitu indah dan menakjubkan merupakan anugerah yang tidak ternilai kepada sesiapa yang menghayatinya. Orang selalu berkata pendakian ke puncak Kinabalu adalah pendakian seumur hidup. Tetapi selepas beberapa ketika, aku memikirkan tidak mustahil jika suatu hari nanti aku menjejakkan kaki ke Gunung Kinabalu buat kali kedua.


TIPS PENDAKIAN GUNUNG KINABALU



Dibawah ini adalah beberapa tips untuk manfaat semua. Tips ini mungkin berguna sebagai panduan dan mengganggarkan bajet anda.

KELENGKAPAN


Apa yang perlu anda semasa mendaki? Ada beberapa benda penting yang perlu anda titik beratkan.

Pertama :Beg galas yang sesuai. Saya sarankan anda menggunakan beg yang memang dikhaskan untuk outdoor activities seperti beg jenama Deuter, Karimor, Vertikal dan sebagai. Anda perlu menyandang beg anda dari Timpohon Gate ke Laban Rata selama 4 ke 6 jam. Jadi pastikan beg itu selesa, tidak terlalu besar dan tidak sarat serta dilengkapi raincover. Kalau anda tak larat bawa pun, anda boleh menggunakan khidmat pemandu arah membawa beg anda. RM35 sekali angkut.

Kedua: Kasut hiking. Saya cadangkan anda menggunakan kasut hiking ataupun outdoor shoes seperti jenama Admiral, Hikers, Adidas, Line 7, Power, Camel dan sebagainya bergantung kepada kemampuan poket anda. Stokin? Tak kisah apa pun. Yang penting tebal dan bawalah lebih daripada dua pasang.

Ketiga : Jaket tebal. Jaket ini sangat diperlukan apabila anda mendaki dari Laban Rata ke puncak pada jam 2 pagi. Suhu tersangatlah sejuk sehingga dibawah 10 darjah Celcius. Anda boleh padankan dengan seluar jeans yang fit dengan kaki anda. Untuk pendakian dari Timpohon Gate ke Laban Rata, anda tidak perlu berjaket tebal. Cukuplah T-shirt, seluar trek dan kasut hiking atau apa saja yang difikirkan sesuai.

Keempat : Glove & Snowcap. Dua aksesori ini sangat penting menghadapi suhu sejuk di Kinabalu. Lebih baik anda menggunakan glove atau sarung tangan yang kalis air supaya tangan anda tidak basah. Selain melindungi daripada sejuk, glove juga penting kerana pendakian ke puncak banyak menggunakan tali. Kedua-dua aksesori ini digunakan semasa pendakian dari Laban Rata ke puncak sahaja.

Kelima : Headlamp. Pilih headlamp yang kecil dan ringan serta bercahaya terang. Pastikan tali yang mengikatnya pada kepala tidak terlalu ketat. Sangat penting ketika pendakian pada waktu malam yang gelap.

Keenam : Baju hujan. Anda boleh membeli dimana sahaja dengan harga sekitar RM8. Beli baju hujan yang ringan dan mudah dilipat. Selalunya baju hujan ini berwarna-warni. Atau anda boleh beli baju hujan pakai buang yang materialnya seperti plastik sampah yang berharga RM2. Terpulang pada anda.

Ketujuh : Bekalan makanan. Bawalah makanan seperti cokelat, roti, biskut atau milo 3 in 1. Tidak perlu membawa makanan seperti sardin, makanan dalam tin dan lain-lain lagi yang memberi beban pada beg anda.

Kelapan : Ubat-ubatan. Bawa ubat-ubatan seperti Panadol Actifast, pil Chee Kit Teck Aun, minyak cap kapak, minyak panas dan lain-lain yang dirasakan perlu. Diingatkan tidak perlu membawa tuala kerana telah disediakan di Laban Rata. Mungkin dapat mengurangkan beban beg anda.



BAGAIMANA PAKEJ 2 HARI 1 MALAM GUNUNG KINABALU?


Anda boleh menggunakan pakej 2 hari 1 malam yang berharga RM327. Atau pakej 3 hari 2 malam yang berharga RM500++. Disini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai pakej 2 hari 1 malam.

1. Pakej 2 Hari 1 Malam RM327 ini merangkumi permit pendakian, insurans, penginapan di Laban Rata dan 5 kali makan.

2. Makan yang disediakan termasuklah bekalan makan tengahari (yang diambil di Balsam Café Taman Kinabalu), makan malam di Laban Rata, pra sarapan jam 2 pagi (sebelum pendakian ke puncak), sarapan (selepas kembali dari puncak) dan makan tengahari (di Balsam Café Taman Kinabalu sehingga jam 4 petang sahaja)

3. Penginapan di Laban Rata adalah berkonsepkan dorm katil dua tingkat. Tandas di luar dorm.

4. Pemandu arah adalah RM100 seorang untuk kumpulan yang mempunyai 6 orang ahli. Jika kumpulan melebihi 6 orang, anda dimestikan mengambil dua orang pemandu arah. Jadi anda perlu membayar RM200. Jika ahli kumpulan anda 10 orang, anda bahagikan RM200 kepada 10. Setiap seorang hanya membayar RM20.

5. Konsep pendakian : Hari pertama, jam 10 pagi dari Timpohon Gate ke Laban Rata. Hari kedua, jam 2 pagi dari Laban Rata ke puncak. Puncak turun ke Laban Rata. Dan Laban Rata terus turun ke Timpohon Gate.

6. RM4 dikenakan untuk bayaran van dari resort ke Timpohon Gate. Pergi balik RM8. RM10 pula untuk mendapatkan sijil pendakian.

7. Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi Sutera Sanctuary Lodges:
Information & Inquiries
Lot G15, Ground Floor
Wisma Sabah
88000, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel : (6088) 303 917 / 303916 / 303915
Fax : (6088) 317540/310118
E-mail : info@suterasanctuarylodges.com.my
TAMAT SUDAH

14 ulasan:

Anonymous said...

org yg pertama mendaki gunung kinabalu tu adalah org dusun dahulu yg suda lama aki nya menetap di sana.... kalu teda guard dusun,org yg tak perna mendaki bole ke sampai ke puncak nya.... kalu da tahun 1800... masa tu ada jln ke nak ke puncak tu kalu tdk org tempatan yg tahu selok belok hutan kinabalu....

Anonymous said...

kadang sejarah ni bkn nya semua betul,perna kamu dengar org malaysia org pertama mendaki gunung everest atau gunung hirosima.... kalu gunung tu kat kampung kamu,org kampung kamu tak nak mendaki? atau keturunan kamu?
pikir la logik sikit,itu org puti masa mendaki pun mungking dia cari dulu org kg sana yg tahu jalan selok belok.... mungkin kalu ke bulan okay laa brooo

sagahayat said...

saya menulis tentang pengalaman saya dan hanya menyelitkan sebahagian sejarah (yg mungkin juga tidak benar) yg saya ambil bulat2 dari internet.sekadar untuk melengkapkan penulisan saya saja.saya memang tak sempat untuk mbuat kajian yg mendalam mengenai siapa yang pertama mendaki gunung kinabalu... Kalau begitu siapa orang pertama yang sampai di puncak gunung kinabalu??

Unknown said...

Dear Travellers,
! Namaste dan Salam hangat dari Himalaya Negara Nepal!

Nama saya Sanjib Adhikari. Sebagai panduan trekking bebas dan pengendali pelancongan di Nepal, saya ingin memperkenalkan diri saya kepada anda.
Saya dilahirkan dan dibesarkan di daerah lasak dan jauh di rantau Himalaya Pusat. Saya memulakan kerjaya saya di pelancongan pengembaraan pada usia yang sangat muda selepas menamatkan pengajian peringkat sekolah saya tinggi, bekerja untuk syarikat-syarikat yang berbeza trekking selama tujuh tahun dalam kapasiti yang berlainan kadang-kadang sebagai porter, pembantu pemandu dan kini bekerja sebagai panduan trekking Bebas. Saya telah memperolehi lesen panduan trekking daripada kementerian pelancongan, kerajaan Nepal.
Saya telah dipandu banyak kumpulan antarabangsa terutama dari Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, Australia di Everest, Annapurna, Langtang, Mustang, Dolpo, Kanchanjunga, Makalu, Manaslu, Ganesh Himal dan wilayah Helambu di Nepal dan Mt. Kailash, Lasha di mayouzhong juga Ladak dan Sikkim di India dan dengan itu telah mendapat pengalaman yang pelbagai dan pengetahuan yang luas mengenai geografi, agama, budaya, flora dan fauna tempatan dan isu-isu alam sekitar di kawasan-kawasan di mana saya sendiri telah menganjurkan menjejaki laluan trek. Pengalaman pertama saya di laluan trekking banyak telah menjadikan saya seorang pakar dalam membuat jadual perjalanan trekking unik sebagai satu citarasa, minat dan bajet pelanggan barat. Bagi mereka Pengembara antarabangsa yang ingin mendaki gunung yang tinggi pas dan puncak, saya juga boleh menganjurkan pengembaraan yang mencabar dan memberi ganjaran ini. Pengalaman saya dalam pelancongan pengembaraan termasuk mendaki ke puncak mera, Pulau puncak, Kalapathar, Gokyo puncak, Tseryo ri dan saya telah membawa ekspedisi merentasi banyak pas tinggi di Nepal, Larkye pas, Ampulapcha Pas, Chola pas, Renjula pas, Tashilapcha pas, pas Ganjala , thorong pas, Tilicho pas, (Mesokantola pass).
Terdapat banyak jenis menjejaki laluan trek yang terdapat di Nepal, dari trekking santai mudah di mana anda boleh mengalami Nepal Kebudayaan dan kehidupan Village bermalam di rumah persinggahan tempatan (teh rumah) di kawasan-kawasan popular, ke kawasan pedalaman dan terhad trekking yang luar trek dipukul dan jarang dikunjungi oleh orang asing. Semua menjejaki laluan trek menawarkan pemandangan indah dan pengalaman yang baik mengenai budaya Nepal. Jika sesiapa mahu mempunyai khusus dibuat menjejaki laluan trek, saya boleh memenuhi keperluan mereka.
Dari masa ke semasa saya terus meningkatkan kemahiran dan pengetahuan saya dengan mengambil latihan ulang kaji mengenai keselamatan, kebersihan, pertolongan cemas, menyelamat kecemasan, kebersihan dan memasak. Saya fasih dalam bahasa Inggeris, Cina dan celik komputer. Saya boleh menjelaskan semua topik-topik yang berkaitan dengan pelancongan sepanjang pengetahuan saya.
Pelanggan saya telah sangat gembira dengan perkhidmatan profesional saya membimbing, dan anda boleh membaca beberapa komen mereka di laman web saya. Sila hubungi saya di alamat e-mel yang disenaraikan di bawah jika anda mempunyai sebarang soalan atau ingin untuk membincangkan perjalanan mungkin di Nepal! Saya akan melihat ke hadapan untuk mendengar daripada anda! http://www.nepalguideinfo.com/index.php?link=more http://www.nepalguideinfo.com/index.php?link=more http://www.nepalguideinfo.com
http://www.hikehimalayas.com

Anonymous said...

Org Dusun tidak berani menaiki gunung kinabalu kerana mitos mengatakan gunung itu dijaga tobukar, naga yg menjaga puncaknya. Naga itu ialah binatang peliharaan kinorohingan, Tuhan orang Dusun purba. Lagenda mengatakan saat bala tentera cina mendaki gunung itu utk mencari buliga tobukar/ mutiara Naga bagi maharaja mereka yg ingin hidup abadi ngn kekuatan dari buliga. semua pasukan tentra cina mati kecuali panglima perangnya yg kemudian menikah ngn gadis tempatan.

jick said...

Al kisah gunung kinabalu...entah betul ke tak,pada satu hari ada 3orang pendakar bernama aki,nakau dan balung pada suatu hari ada penjaja ingin merampas gunung tersebut jadi berlaku pertelingkahan diantara penjajah dan orang kampung hingga melibatkan pertumpahan darah berlaku diantara penjajah dan orang kampung lalu keluarla pendakar tiga orang tersebut untuk mengalahkan penjajah dan mengalah lapenjajah dan berundurla meraka untuk merebut gunung tersebut,dan diatan kemenangan tiga pendakar itu lalu di ambil nama singat meraka ia itu kin,nab da alu dan lalu seluruh penduduk kampung menamakan gunung tersebut,gunung kinabalu san sehinggala ke hari ini gunung tersebut di pangil gunung kinabalu kerana memperingatkan jasa pendakar x2 tersebut dan sehingga kini ketiga tiga pendakar masih menjaga gunung kinabalu,dan sebelun pendakar gaib meraka brepesan ke orang kampung gunung ini boleh didaki tapi dengan syarat jangan buat maksiat,memutik bungga dan jangan celupar dan terpisah dari kumpulan karana mangundang kecelakaan.dan saya berharap para pengunjung ikutla arahan setiap juru pandu arah.sekian la cerita saya yang tak sberapa ini...intah korang percaya atau tak terserah...sekian dari saya (boy dari kundasang sabah)cuma ini pesan dari saya bila mendaki gunung tersebut jangan mulut celupar,memutik bunga dan ikut arahan...salamat mendaki.sekian dan terima kasih kerana membaca...

Anonymous said...

Orang yg pertama mendaki gunung kinabalu ialah kotal bendial, semua orang tempatan kundasang tahu akan hal ini.

sagahayat said...

Trima kasih bkongsi maklumat..

Anonymous said...

Saya cuba tengok packages dia almost 1k. baru niat nak pegi T.T

Anonymous said...

asal usul nama banjaran crocker pulak macammana ???

Anonymous said...

banjaran crockerr pulak mcammana ???

Oniel said...

Fakta kurang tepat.Gunting Lagadan hanyalah guide para pendaki British. Beliau juga bukan guide pertama yang menjadi guide kepada pendaki British. Di dalam sejarah, orang barat yang pertama kali mendaki Gunung Kinabalu adalah Sir Hugh Low. Di dalam catatan St. John dan Sir Hugh Low, guide yang pertama membawa Sir Hugh Low ke Kinabalu adalah Aki Li Maing dr Kg. Kiau, sebelum Aki Li Maing digantikan oleh Sompat yg jg dr Kg. Kiau. Kalau kta tgk biografi Gunting Lagadan, beliau lahir tahun 1888, iaitu 37 tahun selepas Sir Hugh Low mendaki Kinabalu bersama Aki Li Maing pada tahun 1851. Jadi, Aki Gunting Lagadan ni guide yang baru muncul selepas tahun 1900an.

Oniel said...

Fakta kurang tepat.Gunting Lagadan hanyalah guide para pendaki British. Beliau juga bukan guide pertama yang menjadi guide kepada pendaki British. Di dalam sejarah, orang barat yang pertama kali mendaki Gunung Kinabalu adalah Sir Hugh Low. Di dalam catatan St. John dan Sir Hugh Low, guide yang pertama membawa Sir Hugh Low ke Kinabalu adalah Aki Li Maing dr Kg. Kiau, sebelum Aki Li Maing digantikan oleh Sompat yg jg dr Kg. Kiau. Kalau kta tgk biografi Gunting Lagadan, beliau lahir tahun 1888, iaitu 37 tahun selepas Sir Hugh Low mendaki Kinabalu bersama Aki Li Maing pada tahun 1851. Jadi, Aki Gunting Lagadan ni guide yang baru muncul selepas tahun 1900an.

Anonymous said...

Kepada sutera sanctuari!! Janganlah kamu mau cari untung saja.. memangla kamu dapat bayaran banyak dari pendaki luar. Tapi tu gunung bukan kamu punya! silaka. Kenapa kamu kasi susah kami orang Sabah mau naik tu gunung? Balik2 call cakap penuh. Bila tanya kuota utk bulan depan, kamu jawab belum buka. Jangan kamu macam silaka sana. Nanti sy suru ancestor sy sindaat kamu. Jangan telampau tambirang bah sutera sanctuari. Buka kuota banyak2 untuk bulan sept 2020. Suda bulan 7 bulan 8 penuh apa kamu tunggu lagi? Ni mo booking naik pun susah.. kalah kalah naik haji.. silaka

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...