Hari ketiga di Sabah, hujan turun membasahi bumi Ranau, namun tidak sedikit pun mematahkan semangat kami untuk mengunjungi dan menjalankan aktiviti di Air Panas Poring seperti yang telah direncana sebelum ini. Tetapi kami telah memilih untuk mengunjungi ladang teh Sabah Tea terlebih dahulu yang terletak di lereng bukit di jalan menuju ke Telupid dan Sandakan. Ketika di dalam kereta, hujan sudah pun mulai reda.
Pada mulanya kami seakan mahu berpatah balik selepas menempuh satu perjalanan yang agak jauh, tetapi aku tiba-tiba ternampak ladang teh itu. Kami kemudian membelok ke pintu masuk ke ladang itu dan menikmati pemandangan indah di ladang teh itu. Ladang teh itu tidaklah terlalu besar jika dibandingkan dengan ladang-ladang teh di Cameron Highlands. Seketika kemudian kami meninggalkan ladang teh itu dan terus menuju ke pusat ternakan ikan kelah Kampung Luanti yang terletak kira-kira 100 meter dari simpang ladang teh. Namun kami hanya melihat-lihat sahaja pusat itu memandangkan kami berpakat untuk segera menuju ke Poring.
Jam 9.30 pagi kami tiba di Air Panas Poring. Kami kemudian membayar tiket dan membawa beg galas menuju ke hutan rekreasi itu. Air Panas Poring merupakan satu lagi tarikan pelancong yang menawarkan pelbagai rekreasi yang terletak di kaki Gunung Kinabalu. Antaranya termasuklah kolam air panas, Taman Rama-Rama, Canopy Walk, Pusat Penyelidikan Rafflesia (ditutup untuk penyenggaraan), Air Terjun Kipungit, Gua Kelawar dan Air Terjun Langganan.
Menuju ke dalam hutan rekreasi ini, kami perlu menyeberangi Sungai Mamut yang jernih dan agak deras alirannya menggunakan jambatan gantung yang disediakan. Pengunjung dilarang sama sekali bermandi-manda ataupun melakukan sebarang aktiviti rekreasi di sungai ini atas sebab-sebab keselamatan. Selepas itu kami mula berjalan di laluan yang dipayungi pohon-pohon yang tinggi dan juga pohon-pohon buluh. Poring mendapat nama daripada buluh-buluh yang banyak terdapat di tempat itu dimana poring bermaksud buluh dalam bahasa Dusun.
Kami seterusnya menuju ke pintu masuk Canopy Walk selepas melewati kolam-kolam air panas dan Taman Rama-Rama. Untuk meniti laluan kanopi yang disediakan, kami perlu membayar sebanyak RM3. RM5 lagi dikenakan bagi setiap kamera yang dibawa tidak kiralah sama ada kamera kompak , kamera DSLR ataupun telefon berkamera.
Selepas mendapatkan tiket, kami mula mendaki bukit menuju ke tempat permulaan titian kanopi. Kami mula perasan bahawa kami berada di bawah pokok-pokok besar yang dahan-dahan dan daun-daunnya seperti bertaup seakan-akan membentuk kanopi. Sepuluh minit kemudian, kami telah pun tiba di titian pertama. Seorang petugas memeriksa tiket-tiket kami sebelum membenarkan kami meniti titian itu. Ketika itu hanya dua kumpulan sahaja yang berada disitu iaitu kumpulan aku dan Rodhi serta satu kumpulan lagi yang terdiri daripada seorang remaja lelaki dan dua remaja perempuan.
Kami berada dihadapan. Jambatan kanopi itu hanya boleh menampung 6 orang dalam satu-satu masa. Kami mengambil masa yang agak lama meniti dari jambatan ke jambatan memandangkan kami telah membayar harga yang mahal untuk tiket dan permit kamera. Sebenarnya terdapat 4 jambatan yang dibina diantara batang-batang pokok yang besar. Salah satu jambatan itu mencecah hampir 30 meter dari permukaan tanah.
Dari atas jambatan, kami dapat melihat pucuk pokok dengan lebih dekat lagi. Kami juga dapat melihat air terjun dan juga juga pohon-pohon renek yang tumbuh dipermukaan lantai hutan.
Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Air Terjun Kipungit. Untuk ke air terjun itu, kami perlu mendaki dan melalui denai yang disediakan. Selepas kira-kira 10 minit, kami pun mula mendengar bunyi air menderu-deru. Bunyi air yang semakin kuat melajukan langkah kami dan akhirnya kami tiba di Air Terjun Kipungit. Terdapat sebuah pondok yang disediakan untuk pengunjung dan kehadiran kami menambah bilangan pengunjung yang sudah sedia ada di Air terjun kipungit pada pagi itu.

Kesegaran air terjun yang mengalir dari gunung membuatkan aku segera menukar pakaian. Aku tidak menunggu lama, kerana Air Terjun Kipungit merupakan destinasi yang paling dinanti-nanti pada hari itu. Letih lelah mendaki menuju ke air terjun ini berbaloi apabila aku dihadiahkan pemandangan semulajadi yang indah dan juga kedinginan dan kejernihan air terjun yang membuatkan aku tidak berhenti berendam dan bermain dengan percikan air terjun yang menerjah muka dan badan.
Sesuatu yang menarik mengenai air terjun ini adalah kerana terdapat ikan-ikan kecil sebesar berudu yang memberi khidmat ‘urut’ secara percuma. Tidak sampai lima minit, berbelas-belas ekor ikan kecil mula menghampiri kami dan ‘mengurut’ kaki kami. Aku sendiri pun tidak pasti sama ada ikan-ikan kecil itu menggigit-gigit kecil kaki kami ataupun merayap pada kaki untuk merasai haba pada permukaan kulit. Ianya tetap menggelikan, namun masih berbaloi kerana jika di bandar kita perlu membayar sehingga RM50 untuk ‘urutan’ ikan seperti ini.
Air Terjun Kipungit mendapat nama daripada nama sebuah gua iaitu Gua Kelawar yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari air terjun itu. Kipungit adalah perkataan Dusun yang bermaksud kelawar. Gua Kelawar tidak kami kunjungi memandangkan kami perlu mendaki bukit dan merentas denai yang kurang dijejaki pengunjung. Menggunakan denai yang sama, kita boleh sampai ke sebuah air terjun yang terletak kira-kira 1.5 kilometer ataupun 90 minit pendakian dari Air Terjun Kipungit iaitu Air Terjun Langganan.
Selepas puas bermain air dan ikan, kami berkemas-kemas menuju ke kolam air panas. Ramai pengunjung yang sudah memenuhi kolam-kolam dan kolah-kolah yang disediakan. Terdapat kolah-kolah yang disediakan pondok beratap untuk keselesaan pengunjung. Aku memilih satu kolah dan mula memasang paip untuk memenuhi kolah dengan air. Ada dua paip dimana satu paip untuk air panas dan satu lagi adalah air sejuk yang diperolehi dari sungai berdekatan. Pengunjung boleh menyeimbangkan suhu air yang ditakung mengikut citarasa masing-masing.
Aku mula berendam dan mandi dengan air panas semulajadi yang kaya dengan kandungan sulfur. Air ini dipercayai baik untuk kulit. Selepas mandi air panas, jam 1 petang, kami mula bersiap-siap untuk meninggalkan Poring dan kembali ke pekan Ranau.
Setelah makan tengahari, kami memulangkan kereta sewa. Kemudian kami menuju ke pondok perhentian van untuk ke pekan Tamparuli. Aku menghubungi Shuk untuk memberitahu kami sedang menunggu van ke pekan tempat tinggalnya.
“Bro, aku tengah tunggu van. Dalam pukul 4 lebih aku sampai tempat hang. Malam ni aku tidur rumah hang”, telefon aku memberitahu Shuk.
“Okey bah kalo ko. Dah sampai contact aku”, jawab Shuk yang sebelum itu ada menelefon aku tapi tak sempat aku jawab.

Jam 2.30 petang, van mula bergerak meninggalkan Ranau. Aku tidak mudah melelapkan mata sebaliknya menyaksikan pemandangan kiri dan kanan jalan. Dapat aku simpulkan pekan Ranau merupakan penempatan di lembangan gunung dan Ranau itu sendiri mendapat nama daripada perkataan dusun, Ranahon yang bermaksud kawasan sawah padi. Lembangan itu subur dengan sawah padi yang menghijau ketika kami mula-mula tiba disini. Kundasang pula merupakan penempatan di lereng bukit yang unik dan pemandangannya cukup mengasyikkan.
Hujan turun apabila kami tiba di Kundasang dan berlarutan sehinggalah kami sudah jauh meninggalkan kawasan tanah tinggi. Akhirnya kami tiba di pekan Tamparuli sekitar jam 4.30 petang. Tamparuli merupakan sebuah pekan ‘koboi’ yang agak meriah dan agak berdebu. Dikatakan nama Tamparuli berasal daripada perkataan ‘tempat lori’ yang akhirnya berubah sebutannya menjadi Tamparuli. Suatu masa dahulu Tamparuli menjadi tempat persinggahan lori-lori askar British menjadi sejarah kepada namanya. Satu binaan yang terkenal di tempat ini adalah Jambatan Tamparuli yang turut dijadikan lagu masyarakat tempatan. Jambatan ini pula merintangi Sungai Kiulu yang terkenal dengan aktiviti ‘water rafting’ yang mana aktiviti rekreasi ini dapat dijalankan kira-kira 15 kilometer dari pekan Tamparuli.
Beberapa minit kemudian, Shuk datang bersama motosikalnya menjemput kami. “Shuhairi tadak. Aku terpaksa jemput hangpa sorang-sorang”, kata Shuk. “Aku takde hal. Tapi sori bro. Aku terlupa beli sinalau bakas (b*bi salai) untuk hang”, gurau aku. Shuk hanya ketawa.
Malam itu adalah malam makan besar bagi kaum cina sempena Tahun Baru Cina. Shuk dan Azhar membawa kami ke Alam Mesra berhampiran Kompleks 1 Borneo untuk ‘makan besar’ di sebuah restoran disana. Kemudian kami dibawa ke pasar malam berhampiran Hotel Le Meridien di Kota Kinabalu. Sesiapa sahaja pasti rambang mata melihat lambakan kerongsang bertatah mutiara, butang baju melayu, cenderamata-cenderamata dan juga t-shirt yang boleh diperolehi dengan harga yang murah disitu.
Aku membeli kerongsang, butang baju melayu dan juga ‘fridge magnet’. Harga boleh dirunding mengikut kecekapan pelanggan tawar-menawar dengan peniaga. Selepas itu kami bersiar-siar di waterfront di Sinsuran sehingga lewat malam.

Khamis, 3 Februari 2011 merupakan hari terakhir aku dan Rodhi di Sabah. Aku telah berpakat bersama Rodhi, Shuk dan Shuhairi untuk melakukan aktiviti island hopping di Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Jam 10.30 pagi kami telah tiba di Jesselton Point di Kota Kinabalu yang menjadi pelabuhan bagi bot-bot yang membawa pengunjung ke pulau-pulau di taman laut itu.
Kami memilih untuk menjejakkan kami ke tiga pulau iaitu Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Manukan. Harga yang dikenakan adalah RM50++ termasuk harga tiket konservasi RM3 bagi setiap pulau yang dikunjungi. Selepas berurusan di kaunter kami hanya perlu menunggu beberapa minit sebelum ‘juragan’ bot kami memanggil untuk memulakan perjalanan.

Kami sempat singgah di Pulau Gaya yang merupakan pulau terbesar di taman laut itu yang mana pulau itu lebih kepada penempatan kampung laut berbanding berfungsi sebagai destinasi pelancongan. Sebuah pulau lagi adalah Pulau Sulug yang kurang dikomersilkan sebagai pusat peranginan menjadikan keseluruhannya lima buah pulau di Taman Laut Tunku Abdul Rahman.
Selepas 15 minit, kami pun tiba di jeti Pulau Mamutik. Kami dibekalkan dengan google setiap seorang untuk menjalankan aktiviti snorkelling. Air jernih di pulau itu sungguh mempesonakan bersama pasir yang putih melengkapkan imej sempurna pantai tropika. Air sejernih kristal memberi peluang kepada kami untuk menyaksikan hidupan laut yang jarang ditemui. Terdapat ikan-ikan besar dan kecil serta ikan pari serta landak laut.
“Tadi aku nampak ikan tu warna-warni macam warna butang baju melayu yang aku beli semalam”, beritahu dengan teruja.
Jam 1 petang kami meninggalkan Pulau Mamutik. Ada dua lagi pulau menanti kami. Kami seterusnya menuju ke Pulau Sapi. Setibanya di pulau itu, aku dan Rodhi mengisi borang dan membayar RM140 untuk aktiviti parasailing. Harga asalnya adalah RM180 untuk dua orang, tetapi kami berjaya mendapatkan harga yang lebih murah.
Bersama kami adalah sekeluarga dari Taiwan yang akan melakukan aktiviti yang sama menerusi bot itu. Agak berdebar juga apabila aku mula dipasang dengan alatan yang mengikat pinggang dan punggung untuk aktiviti ini. Kami memilih untuk naik ke atas dan dibawa turun ke air berselang-selang. Kamera diberikan kepada pengendali aktiviti ini untuk merakamkan aksi kami ‘terbang’ di udara.
Apabila tali mula dilepaskan dan kami mula melayang, aku menjerit keterujaan. Beberapa ketika kemudian kami berada kira-kira 30 hingga 50 meter dari aras laut. Angin menerpa kami dan apabila bot semakin laju, semakin tinggilah payung kami. Lima belas minit di udara cukup mengujakan. Kami dapat melihat panorama Kota Kinabalu ketika terawang-awang di udara. Menurut pengendali parasailing itu, tali yang dilepaskan adalah sepanjang 150 meter. Dan dia melepaskan keseluruhan 150 meter tali itu.
Selepas itu, kami kembali ke Pulau Sapi untuk meneruskan aktiviti selanjutnya. Bagi aku Pulau Sapi adalah pulau yang tercantik antara pulau-pulau yang lain. Airnya biru dan jernih dan laluan laut lepasnya diapit dengan tanjung daripada Pulau Sapi dan Pulau Gaya.
Jam 3 petang kami menuju ke pulau terakhir iaitu Pulau Manukan. Kami menyambung aktiviti snorkelling di pulau itu. Sambil itu kami menjamah makanan ringan yang dibawa dari Kota Kinabalu sambil mata kami sekali-sekala ‘terliar’ menyaksikan ‘duyung-duyung minah saleh’ bersidai di dada pantai.
Ikan di pulau itu lebih banyak tertumpu di kawasan jeti. Ketika kami bersnorkeling berdekatan dengan jeti, ramai pengunjung menyaksikan aksi kami dikelilingi ikan dikawasan itu. Kami umpama pekerja taman laut apabila disuruh memberi makanan kepada ikan-ikan yang seakan jinak berenang disekeliling kami.
Jam 5 petang adalah waktu untuk kami kembali ke Jesselton Point. Aku cukup kagum dengan ‘juragan’ bot yang cukup menepati masa dan menjaga ‘anak buahnya’ dengan baik. Beberapa minit sebelum bot itu bergerak, pasti dia akan datang mencari kami di pulau itu. Bot-bot seperti berlumba-lumba menuju ke pelabuhan. Sesekali ombak kecil menyimbah kami apabila bot terhentak-hentak dek gelombang air.
Nota : Terima kasih banyak-banyak pada Shuk, Shuhairi & Azhar. Terima kasih juga buat Bee, Lizawati, Sya & Yani atas segala panduan ke Sabah.
Selepas tiba di Jesselton Point, Shuhairi membawa kami ke Bukit Bendera. Rupa-rupanya bukan Pulau Pinang sahaja yang ada Bukit Bendera. Sabah pun ada. Jalan Bukit Bendera merupakan jalan utama di Kota Kinabalu suatu masa dahulu sebelum jalan di atas tambakan tanah dibina. Di Bukit Bendera, aku dapat menyaksikan hampir keseluruhan Bandaraya Kota Kinabalu. Terdapat platform yang dibina khas untuk pengunjung. Kami berbual-bual sambil menyaksikan matahari terbenam di kawasan itu.
Destinasi terakhir kami adalah Pasar Filipina. Kami berkunjung ke situ bukan untuk berbelanja, sebaliknya untuk merasai kemanisan dan kesegaran ikan bakar di pasar itu. Pasar itu semakin sibuk menjelang malam. Peniaga memanggil-manggil pengunjung untuk menjamu selera di gerai mereka.
Kami memilih ikan siakap, ikan putih dan ikan merah bersama udang bakar. Nasi putih bersama kuah asam dihidang bersama. Turut dipesan adalah latok yang merupakan sejenis rumpat laut yang rupanya seperti gugusan anggur kecil yang dibuat ulam. Kami makan dengan penuh berselera. Nasi bertambah dan peluh mula memecik disetiap wajah kami. Keasyikan makan ditemani dengan riuh-rendah pengunjung dan peniaga yang lain dan juga bau-bau ikan bakar yang menggandakan kenikmatan kami meratah lauk yang dicicah dengan kuah asam yang agak pedas. Tambahan pula, sepanjang hari itu kami hanya mengalas perut dengan makanan ringan sahaja. Menjamu selera di Pasar Filipina merupakan aktiviti klimaks kami pada hari itu.
“Best giler makan kat sini. Tak sia-sia aku datang. Aku tak nak basuh tangan aku dengan sabun. Aku nak bagi pramugari Airasia cium tangan aku nanti. Biar dia jeles”, gurau aku sambil disambut hilai tawa yang lain.
Selepas perut terisi, Shuk dan Shuhairi menghantar kami ke lapangan terbang. Kami juga berbincang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bersama untuk masa yang akan datang. Aku rasa terlalu cepat masa berlalu. Kami bersalaman dan aku mengucapkan terima kasih kepada Shuk dan Shuhairi.

Jam 9 malam, pesawat AK6037 meninggalkan bumi di bawah bayu. Ranau, Kundasang, Tamparuli dan pulau-pulau di Taman Laut Tuanku Abdul Rahman menjadi saksi kepada pengembaraan menikmati budaya dan pemandangan indah ciptaan Tuhan. Dari pekan-pekan yang berlatarkan bumbung Asia Tenggara, kami mengakhiri pengembaraan kami dengan pulau-pulau yang tersembunyi karang laut didasarnya. Apapun, kami puas dan catatan ini menjadi bukti kepada perjalanan kami untuk belajar secara tidak rasmi mengenai apa saja. Walaupun ilmu yang kami raih tidaklah sebesar mana, tetapi ia tetap bermakna.
PANDUAN RINGKAS KE BEBERAPA DESTINASI DI SABAH
Di bawah ini tersenarai beberapa panduan pelancongan (bersama harga tiket) jika anda berminat untuk berjalan-jalan ke Sabah terutama ke Ranau, Kundasang, Kota Kinabalu dan Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Mungkin dapat membantu anda dalam mengganggarkan bajet.
-Tempat dan aktiviti menarik di Kundasang selain mendaki Gunung Kinabalu adalah seperti melawat Ladang Lembu Desa Cattle Cow(RM3), Kundasang War Memorial (RM2), Taman Negara Kinabalu (RM3), Mesilau dan Pasar Kundasang.
-Tempat-tempat yang menarik di Ranau termasuklah Air Panas Poring (RM3), ladang teh Sabah Tea dan juga Ikan Kelah Kampung Luanti (RM10 bersama permit kamera RM3). Di Air Panas Poring pengunjung boleh mengunjungi Taman Rama-Rama (RM3) dan Canopy Walk (RM5 termasuk RM3 untuk permit kamera) dan lain-lain tempat yang tidak dikenakan tiket.
-Di Tamparuli, anda boleh menjalankan aktiviti water rafting di Sungai Kiulu dengan kos RM50 hingga RM70 seorang. Jambatan Tamparuli juga merupakan jambatan gantung yang menjadi tarikan pekan itu.
-Di Kota Kinabalu (KK), selain membeli-belah di Kampung Air dan Pasar Filipina, anda boleh melawat Lok Kawi Wildlife Park (RM10 & 25 km dari KK) dan Kampung Kebudayaan Monsopiad (RM55).
-Di Taman Laut Tuanku Abdul Rahman, sekiranya anda hanya berminat untuk mengunjungi satu pulau sahaja, anda hanya perlu membayar RM17++. Terdapat banyak aktiviti rekreasi selain snorkelling dan parasailing termasuklah jet ski, banana split, fly fish dan Sea Walking (RM250 bersama sijil dan sekeping CD gambar yang dirakam dibawah laut). Sea walking adalah penerokaan di dasar laut (5-6 meter di bawah aras laut) dengan berjalan di dasar laut dan memakai helmet khas. Harga sudah semestinya boleh dirunding.
-Sedikit mengenai harga tambang pengangkutan. Harga teksi berkupon dari lapangan terbang ke pusat bandar adalah RM30. Harga selepas tengah malam adalah RM45. Selain van ke Ranau yang mengenakan tambang RM15, terdapat juga kereta Unser ke destinasi yang sama yang mengenakan tambang RM25. Jika harga sewa kereta sewa selama 12 jam di Ranau adalah RM100, harga bagi perjam pula adalah RM20.
-Terdapat banyak hotel bajet di Kota Kinabalu dari harga RM25 ke RM55. Di Ranau terdapat banyak hotel bajet dan penginapan murah yang berharga RM18 ke RM35.

2 ulasan:
you are асtually а gooԁ
webmaster. The website lοading vеlocity is amаzing.
ӏt sort оf feels thаt you're doing any distinctive trick. Furthermore, The contents are masterwork. you've peгformеd a wonԁerful task
on thiѕ topic!
My wеb-site ... whitianga motel
Boleh tahu contact number utk kereta sewa di ranau?
Post a Comment