Mengapa MAS, Bukan Airasia?
Projek nak pergi Ho Chi Minh ni sebenarnya dah lama plan,
tapi dah dekat hujung-hujung tahun baru confirm. So aku check tiket Airasia
masa tu harga die RM350 sorang pergi balik. Check pulak MAS harga die RM405
return. So baik aku amik MAS. Termasuk luggage 30kg dan makanan. Tambah-tambah
kami bawak baby dan mak bapak mertua aku. Lebih selesa la kalau naik flight kat
KLIA.
Berapa lama tempoh penerbangan dari KLIA ke Ho Chi Minh?
Dalam itinerary tulis 1 jam 40 minit. Pilot cakap 1 jam 35
minit. Tapi malang buat kami. Kami dalam kapal terbang tu hampir 4 jam. Sebenarnya departure sume ok. On time. Tepat
5.10 petang berlepas dan dijangka sampai
jam 6.05 petang. Tapi bila sampai kat Ho Chi Minh, airport congestion, sesak,
takde tempat nak landing. So flight kami berlegar-legar sementara tunggu
airport clear. Then pilot cakap fuel tinggal 10 minit je. Berderau gak darah
aku. Dah lama lepas tu, pilot terus umum flight terpaksa mendarat kat airport
Phnom Penh kat Cambodia untuk isi fuel. Lepas sejam isi minyak baru flight patah balik ke Ho Chi
Minh. Nasib baik mood anak aku ok walaupun ade gak die jerit-jerit keriangan
tanpa sebab. Aku sebenarnya kesian kat mak bapak mertua aku. Confirm dorang penat.
Apapun, semua penumpang bertepuk tangan bile flight selamat mendarat. Apa da
MAS. Boleh pulak fuel tak cukup. Patut ar Prof. Agus selalu komplen pasal MAS
kat Facebook. Takpe ar. Dah nasib. Kami sampai kat Ho Chi Minh City lebih kurang
pukul 10 lebih and check in kat hotel lebih kurang pukul 11.30 malam. Walau dah tengah malam, suasana masih sibuk. Maklumlah, kami dah sampai bandaraya yang ada 7 juta motosikal atas jalanraya!
Apa pengangkutan terbaik dari lapangan terbang ke hotel
penginapan?
Teksi. Teksi Vinassun. Sebab ramai yang cadangkan teksi ni
sebab tak menipu. Kata orang la.Tapi teksi-teksi kat airport ni takde sistem
yang baik. Main belasah je. Sape cepat die dapat. Pekerja amoi kat airport tu
pun buat derk je.Harap baju tradisional je cantik. Aku pun terkejar-kejar gak nak dapatkan teksi
yang boleh muat kami berenam sekali gus. Dapat je teksi aku terus cakap kat
bini aku, “Kalau aku masuk The Amazing Race ni dah sah-sah aku kalah”. Bile dah
sampai hotel pun satu hal. Dah la driver tu satu haram pun tak boleh cakap
omputih. Aku pulak mengelabah lagi dengan sistem mata wang dorang, amik masa 5
minit gak ar baru setel bayar. Untuk pengetahuan semua, Teksi Vinassun ni
dorang caj lebih kurang 150,000 Dong (RM23).
Apakah nama-nama hotel yang selalu ditempah oleh pengunjung
dari Malaysia di Ho Chi Minh City?
Selalunya orang Malaysia akan lepak kat district 1 sebab kat
sini ada Ben Thant Market dan kat area ni harga hotel pun berpatutan. Sama
macam aku, kitorang pun lepak kat district 1. Bini aku booking pakai Agoda.com.
Kitorang pilih Saigon Pink Hotel. Keluar pintu hotel, toleh kiri dah nampak Ben
Thant Market. Kitorang amik 2 bilik. Aku, bini aku n baby zhariff satu bilik,
mak bapak mertua and adik ipar aku satu bilik. Cuma bilik mak mertua aku sangat
besar sebab ada tiga katil. Siap ada jakuzi and kerusi maharani. Harga pulak, macam bilik aku lebih kurang
RM77 satu malam. Bilik mak mertua aku pulak lebih kurang RM138 satu malam Ok
ar. Bilik pun not bad. Pekerja die pun, Thom bleh cakap melayu sikit-skit.
Yang
ni pulak nama-nama hotel yang bersebelahan dengan hotel kami. Hotel Thanh Thu,
Hotel Hoang Hai Long & Hotel An Tham. Harga boleh check kat Agoda.com, booking.com
atau asiaroom.com.
Adakah mudah untuk mendapatkan makanan Halal di Ho Chi Minh
City?
Kalau kat area tempat hotel aku jawapannya adalah Ya, tapi
tidak ditempat lain. Aku ke Ho Chi Minh City ni secara gamble. Tak pakai pakej.
So kalau pakai pakej mungkin agen travel tu bawak ke tempat yang ada makanan
halal yang lain. Tapi kalo kat tempat yang aku lepak ni, bukak pintu hotel
terus nampak muslim restaurant. Bak kata mak mertua aku, “Rasa macam kat Mekah
pulak”. Ok ni review pasal kedai-kedai makan yang sempat kami singgah.
Kedai Makan Hajah Basiroh
- kedai ni memang sangat kecik. Betul-betul depan hotel aku. Ada tiga empat
meja makan je. Tapi memang ramai orang Malaysia lepak makan kat sini. Kami
tapau nasi lemak untuk breakfast hari ketiga. Nak kata sedap tak la sangat.
Sedap lagi nasi lemak RM1 kat depan Surau Saujana Impian. Harga memang kaw-kaw
punye. RM5 satu bungkus. Masa hari kedua pun aku ade tapau nasi kosong dengan
ayam masak sos dengan sikit sayur kacang boncis. Dia caj sampai RM8 sebungkus.
Dah lapar, tak payah tak berkira. Kira abis gak la makan nasik tu. Mahal punya
pasal.
Warung 1 Malaysia – Aku tak tau sape punye idea letak nama 1
Malaysia kat Vietnam ni. Yang best restoran ni ada aircond. Ada bendera
Malaysia dan Vietnam lambang perpaduan kedua-dua negara. Restoran ni sederet je dengan Kedai Makan
Hajah Basiroh. Kami dua kali singgah makan kat sini. Makanan boleh tahan sedap.
Hari pertama kami sarapan kat sini. Aku order bihun goreng share dengan family
aku. Ada gak yang order Mi Sup Vietnam. Anak aku dah la rupa pun macam budak
Vietnam, die memang layan habis Mi Sup Vietnam ni. Sekali lagi tu, kami singgah
makan malam. Aku order nasi goreng je.
Sambil makan, kami dihiburkan dengan lagu-lagu dari MP3 player restoran
tu. Paling aku ingat dia pasang lagu Norshilla Amin Rambu Ra Rambu Ramba dengan
lagu Siti yang nyaring-nyaring masa die baru lepas abis SPM. Berselera aku
makan masa tu! Kat Restoran ni kalau nasi goreng harga die dalam 90,000 dong
(RM13) dan milo ais 40,000 dong (RM6).
Restoran Serai – Kami singgah sekali je restoran masa nak
makan tengahari. Masa tu kami baru balik dari Chuchi Tunnel. Nak kata tengahari
sangat pun tak jugak sebab masa tu dah pukul 3 petang. Lapar tahap dewa. Kami
order nasi putih, ikan kerapu tiga rasa, tomyam campur, sayur campur dengan
sambal udang. Restoran ni pun ada aircond. Owner restoran ni orang Kajang. Tapi
aku tak pernah pulak jumpe die kat Tesco Kajang ke. Mungkin dia shopping kat
Giant Metro Kajang kot. Hahaha. Kalau tak silap ari tu kami kene caj lebih
RM70. Nasib boleh bayar pakai kad kredit.
Apakah tarikan pelancongan utama di Ho Chi Minh City?
Yang ni aku jawab ikut pengetahuan dan pembacaan aku la ye.
Bagi aku orang Malaysia yang datang ke sini akan buat 4 perkara. Pertama, shopping. Kedua, full day
tour kat Sungai Mekong. Ketiga, half day tour ke Chuchi Tunnel dan keempat
sightseeing merangkap melawat kat sekitar bandar- Post Office, Notre Dame, War
Remnant Museum, Tugu Ho Chi Minh, Saigon Tower & Reunification Palace.
Dalam keempat-empat perkara ni, kami buat dua je iaitu shopping dan melawat
Chuchi Tunnel. Tak cukup masa.
Bagaimana pengalaman membeli belah di Ho Chi Minh City?
Aku sebenarnya bukan kaki shopping tapi bile sampai kat sane
aku pulak jadik shopaholic. Bini aku memang sejak azali dah kaki shopping.
Sasaran aku sebenarnya nak cari beg Deuter. Maklumlah aku ni kaki hiking. So
nak tambah koleksi je. Tapi sampai ke sudah aku tak jumpa Deuter pirate yang
Grade A. Yang biasa memang berlambak la. Member aku pulak kirim beli seluar
hiking. Pun aku tak jumpa yang best. Mungkin aku tak jumpa kedai yang betul.
Hari Pertama – Oleh sebab kami sampai agak lewat jam 11.30
malam, masing-masing dah penat so kami terus masuk bilik hotel. Tapi aku sempat
gak bawak anak aku yang tak nak tido tu round kat pasar malam. Saje
tengok-tengok. Lepas tu aku beli kopi ais. Saje nak try. RM3 satu cup. Padehal
aku memang tak minum kopi. Pening kepala kononnya. Bini aku pun sama. Kira
kalau ada la kopi kat rumah kitorang tu kira macam kitorang simpan dadah la kat
cabinet dapur la. Bile aku balik bawak kopi tu, bini aku pun try. Amboi. Banyak
sedut nampak. Dah minat kopi ke?haha. Aku pun saje bagi anak aku sedut sikit.
“Karang tak tido budak tu kang”, kata bini aku.
Hari Kedua – Lepas sarapan kat Warung 1 Malaysia, kitorang
terus ke Ben Thant Market. Baru setengah jam
jalan anak aku dah meragam. Nak kopi la tu. Die sebenarnya tak nak kopi.
Die nak susu. Susu mak dia. Last-last aku ajak bini aku balik hotel. Takkan nak
menetek tengah-tengah balai pulak kan. Mak bapak mertua & adik ipar aku
teruskan bershopping.
Lepas anak aku dah kenyang makan tengahari, die menyusu
lagi. Kali ni die lentok dalam hotel. Aku pun bagi chance bini aku pergi
shopping dengan mak die. Aku jaga baby zhariff kat bilik. Zhariff terjaga je,
aku terus dukung die jalan-jalan kat luar. Aku nampak bini aku dengan mak
mertua aku kat satu kedai dekat dengan hotel. Aku pun join. Masa ni mak mertua aku
tengah beli tudung Fareeda. Die beli 10 helai. Dapat ar RM22 sehelai. Bini aku
beli jubah kain lycra stripe hitam putih. Aku cakap macam baju The Joker. Bini
aku gelak je.
Balik hotel jap, aku terus hantar anak aku kat bilik mak
mertua aku. Turn aku & bini aku pulak pergi shopping. Kitorang bajet sejam
je untuk pegi tengok-tengok barang. Kali ni kitorang pegi ke Ben Thant. Kat
sane aku rembat t-shirt Vietnam RM7 dan RM12 dan juga seluar Docker RM47.
Lepas makan malam kat Warung 1 Malaysia, kami mula
jalan-jalan kat pasar malam. Pasar malam ni kat jalan tepi Ben Thant Market.
Masa ni mak mertua aku nak beli luggage dengan satu beg balik kampung. Dapat RM200
untuk dua beg tu. Aku pulak terpandang satu jaket. Tapi pendam dulu. Malam esok
ada lagi.
Hari Ketiga - Pagi
hari ketiga kami pegi ke Chuchi Tunnel. Dalam pukul 3 petang baru sampai balik
ke pusat bandar. Lepas makan kat Restoran Serai, aku terus bawak baby Zhariff
balik hotel. Bapak mertua aku pun follow same. Aku kesian tengok mak mertua aku
tak berpeluang shopping dengan anak pompuan die. Mesti ar die nak tanya
pendapat kat orang pompuan gak kalo nak beli baju kurung ke, jubah ke, tudung
ke. Adik ipar aku pun follow mak die sekali. Aku masuk je bilik terus tukar
pampers Zhariff. Lepas tu Zhariff meragam. Aku pun cuba la main-main dengan
die.
Takat setengah jam je die dah bosan. Mungkin permainan aku membosankan.
Aku pun terus dukung Zhariff dengan tak pakai seluar tu kat lobi hotel. Nasib
baik ade gadis-gadis receptionist tu nak dukung layan anak aku. Anak aku pulak
bukan main menjerit seronok dapat bergaul dengan gadis-gadis tempatan Vietnam
yang genit-genit. Dapat gak aku tarik nafas kat lobi hotel tu. Tak lama lepas
tu bini aku pun balik. Kitorang rehat-rehat jap, bagi anak menyusu, then bini
aku dapat whatsapp. Suami sepupu dia, abang Nadim pesan tolong belikan beg
Deuter untuk anak pompuan die. Dia dah penah pegi Ho Chi Minh sebelum ni. Beg
Deuter anak pompuan die yang die beli sebelum ni, die dah bantai letak laptop
bawak pegi keje. So nak beli sebagai ganti la ni. Siap bagi lakaran peta kat
mana lokasi kedai tu. Aku pun siap-siap, terus keluar sorang-sorang pegi kedai
tu. Kedai tu kat luar pasar Ben Thant. Kawasan tu bertentangan dengan area
hotel kami.
Aku sampai kat sane punye la banyak kedai-kedai jual beg dan
jual kasut. Aku usha je dulu. Tanya-tanya harga. Lepas tu aku terus balik hotel
ajak bini aku. Lagipun aku bukan bawak cukup duit pun tadi.
Zhariff sekali lagi kami hantar kat bilik mak mertua aku.
Kali ni adik ipar aku follow sekali. Dia pun nak carik kasut. Time tu dah nak
maghrib. Ben Thant pun dah nak tutup. Tapi kedai-kedai sekeliling tu tutup
pukul 11 malam. Kat sana kitorang beli beg deuter warna pink dengan harga 9USD
(RM28), adik ipar aku beli kasut Vans (350,000 Dong = RM53) dan bini aku beli
beg luggage warna hijau pucuk pisang (RM100). Aku kira duit lagi sebab bajet
nak beli jaket kat pasar malam. Takut tak cukup duit pulak kang.
Sebelum balik amik Zhariff kitorang beli kopi ais lagi.
‘Upah’ mak bapak mertua aku jaga Zhariff sejam.
Malam tu kitorang makan magi
dengan roti je sebab macam dah kenyang makan besar kat Restoran Serai. So sume
kuar pegi pasar malam. Bapak mertua aku je tak keluar. Dia layan Twilight:
Breaking Dawn Part 2 kat bilik. Cerita hantu pontianak katanya. Aim aku memang
jaket ar. Sementara bini & mak mertua aku jalan-jalan, adik ipar aku pulak
kendong si kecik, aku terus meluru ke gerai jual jaket semalam. Orang jual tu
siap heran nape aku nak beli jaket tu sebab cuaca Malaysia panas. Aku cakap la
aku daki gunung. Puncak gunung sejuk. Lagipun aku nak pegi Everest. Kaw-kaw aku
kelentong mamat tu. Bargain punya bargain, dapat la harga RM120. Harga asal nak
dekat RM300. Jaket The North Face warna hijau . Kualiti tiptop. Ada tiga layer.
Yang depan waterproof. Yang dalam boleh bukak jadi jaket lain & boleh
terbalikkan jadik jaket lain pulak. Kira ok ar. Muka aku senyum je masa hantar
jaket tu balik bilik dulu. Tak sabar pakai kat puncak gunung hujung bulan sebelas nanti.
Lepas tu aku cari balik bini aku. Aku nampak die sorang-sorang kendong anak. Aku tanya, “Mama
dengan Najmi mane”? “Ntah. Pegi beli tempat lain kot”, jawab bini aku. Kitorang
tak buang masa. Esok dah nak balik Malaysia. Malam tu je masa yang ada untuk
setelkan shopping. Misi utama datang Ho Chi Minh pun untuk shopping kan?
Nasib baik mood baby Zhariff cukup baik. Dia macam enjoy je
menikmati malam terakhir kat Vietnam. Mungkin gak dia gembira kami belikan dia
sehelai t-shirt tertulis perkataan ‘Saigon’. Malam tu kami belikan dulang yang
cantik untuk mak aku, fridge magnet untuk adik beradik dan ada la benda-benda
yang lain kat situ. Abis je round pasar malam, kitorang pegi kedai-kedai baju
area hotel. Bini aku dapat beli dua baju kurung ada manik-manik. Dia sebenarnya
dah usha baju tu dengan mak die sebelum ni. Sehelai RM48. Memang murah ar. Bini
aku cakap kalau kat Malaysia baju macam tu harga RM120 dan keatas. Anak aku
pulak sibuk punggah kain-kain ela ke lantai. Biar ar. Janji die happy. Aku cakap kat owner kedai tu, “Jangan risau
bang. Nanti saya kemas balik”.
Balik hotel, sebelum tido kami kemas barang sikit-sikit.
Kira gak duit untuk shopping last minute besok pagi.
Hari keempat – Lepas Subuh aku terus guna computer kat lobi
hotel tu untuk check in & print out boarding pass. Then aku beli nasi
goreng (50,000 Dong = RM7.50) lima bungkus kat gerai Amin Halal untuk family
aku. Gerai tu sebaris dengan hotel aku.
Lepas siap-siap dalam pukul 7.30 pagi, aku, bini aku &
Zhariff pegi ke area kasut semalam. Kali ni aku beli kasut Tiger Onitsuka yang
aku dah usha semalam. Harga takleh bargain. 500,000 Dong lebih kurang RM 75.
Kalau original kat Malaysia harga die RM350. Lepas tu beli kasut Zhariff. Saiz
kasut tu sebenarnya lagi besar dari kaki Zhariff, tapi kami beli untuk bile die
dah besar sikit & dah pandai jalan. Kasut Clarks dapat harga 350,000 Dong
(RM53). Aku check kat internet harga kasut tu kalau original, design &
warna yang sama lebih kurang RM200 sepasang. Then bini aku nak cari sehelai
lagi baju kurung plain yang ada manik-manik. Tapi kedai tu tak bukak pulak.
Masa tu dah pukul 8.30 pagi. Ada setengah jam lagi sebelum teksi ambik kami kat
depan hotel untuk pegi ke airport. Dalam tempoh tu sempat gak bini aku rembat
sehelai baju kurung warna ungu cair. Lengkap sudah misi shopping hari tu.
Bagaimana pula dengan pengalaman ke Chuchi Tunnel? Boleh
kongsikan pengalaman?
Dah tentu boleh. Kami sebenarnya memilih melawat ke Chuchi
Tunnel sebab kalau pegi Sungai Mekong dan sah-sah makan satu hari. Bawak baby
lagi naik turun bot & perahu. So pegi Chuchi je ar. Pakej tu kami amik kat
hotel je. 10 USD satu kepala. Tiket nak masuk Chuchi Tunnel tu pun boleh bayar
kat hotel. Harga tiket 90,000 Dong (RM14) satu kepala. Kami pegi hari ketiga
& bas amik kami sampai kat hotel
pukul 7.30 pagi.
Perjalanan ke Chuchi Tunnel ni guide tu cakap dalam sejam
setengah, tapi dah sejam setengah dah kami masih kat dalam area Bandar lagi.
Bas ni singgah banyak tempat ambik pelancong-pelancong yang lain. Nak kuar
Bandar pun amik masa sebab Ho Chi Minh city ni punyelah besar. Dalam pukul 10 lebih bas ni singgah kat satu
tempat penghasilan kraftangan. Kraftangan ni memang cantik-cantik.
Kebanyakannya untuk hiasan rumah. Kraftangan ni orang-orang OKU yang buat.
Lebih kurang 20 minit jugak la kami kat sini. Dapat la tengok golongan OKU ni
hasilkan kraftangan-kraftangan tu. Kami tak beli ape-ape pun. Saje
tengok-tengok kedai cenderamata yang agak besar tu.
Dalam pukul 11 lebih baru la sampai ke Chuchi Tunnel. Kami
follow je An, guide kami. Die speaking sebab dalam group aku tu ada dua group
je orang melayu. Yang lain orang putih. Kalo dalam satu group tu semua orang
melayu guide akan cakap bahasa melayu.
Macam biasa kami dibawa melihat terowong-terowong yang
mereka gunakan masa zaman perang dulu. Ada juga kami diterangkan mengenai
perangkap-perangkap musuh, strategi-strategi peperangan & macam-macam ar.
Aku pun tak dengar sangat sebab kene layan Zhariff. Nasib baik Zhariff ok je.
Kawasan tu pun memang redup sebab dalam hutan. Lepas dah masuk hampir separuh
hutan, kami dibawa berehat kat satu tempat. Sape-sape yang nak cuba menembak
pun boleh. Kalo tak silap 10 bullet kene bayar 10USD. Aku lepak je kat sini
dengan family aku. Memang ade rasa nak try menembak. Tapi macam mahal pulak nak
bayar 10USD tu.
Lepas tu kami dibawa jalan lagi. Kat satu tempat, aku jumpa
topi yang bapak aku pesan. Warna khakis macam yang bapak aku cakap. Topi tu macam
topi Ahmad Nisfu dalam Pendekar Bujang Lapok. Aku beli RM22. Then sape-sape yang takde phobia dengan
tempat sempat boleh lah try. Masuk dalam terowong tu. Aku dengan adik ipar aku
je masuk. Terowong tu punyelah sempit, gelap, panas, terbongkok-bongkok. Nasib
baik aku pilih jalan keluar yang paling dekat. Memang tak sabar nak keluar dari
tempat tu. Masa ni aku teringat cerita Nam, Tour Of Duty masa zaman aku kecik-kecik
dulu.

Last sekali kitotang dibawa ke satu pondok, ade tayangan dokumentari.
Kat sini boleh lepak lama sikit sebab ada kipas sebelum balik ke bas. Sebenarnya
kalo betul-betul nak hayati sejarah peperangan Vietnam ni korang boleh pegi War
Remnant Museum kat bandar. Kitorang kat
Chuchi Tunnel ni lebih kurang 2 jam lebih. Dalam bas, perut dah berbunyi. Tak
sabar nak makan nasik.
Ada kata-kata nasihat?
Ada. Banyak nih. Terutama yang nak pegi Ho Chi Minh nanti.
Pertama, kalo shopping kat area Ben Thant & pasar malam tolonglah mintak
diskaun sampai 70%. Korang boleh gak amik teksi pegi mall kat sane Saigon
Square. Ataupun boleh pegi Chinatown. Boleh pegi barang borong kat situ.
Kedua, bab tukar duit – korang boleh pakai sume matawang,
Ringgit, Dollar & Dong. Sebelum kesana korang install dulu currency
converter kat smartphone korang. Mudah untuk shopping nanti.
Ketiga, bawak la makanan kalo korang nak ke Chuchi Tunnel.
Bawak roti ke, ape-ape je la sebab memang tak jumpa makanan halal kat Chuchi
Tunnel tu.
Keempat, rancang perjalanan korang supaya korang dapat buat
semua aktiviti yang aku listkan tadi & juga sempat untuk bershopping.
Selamat Melancong!