Showing posts with label RAGAM. Show all posts
Showing posts with label RAGAM. Show all posts

PADAH TAK MENDENGAR KATA

Wednesday, August 8, 2012


Jika ibu bapa anda menasihati anda, turutlah kata-katanya. Seorang budak kecil di barat yang tidak mendengar kata ibu menerima padah apabila sebatang garfu tertusuk di hidungnya. Kejadian berlaku ketika keluarga itu sedang menikmati makanan. Budak itu berlari-lari sambil memegang sebatang garfu. Walaubagaimanapun pihak hospital berjaya mengeluarkan garfu itu dan mujur budak itu tidak mengalami kecederaan yang parah. Apapun, kesan luka tetap ada dan pasti memberi pengajaran kepadanya supaya mendengar kata orang tua.

TUMIT TINGGI YANG UNIK

Wednesday, June 13, 2012


Kepada para wanita diluar sana yang cintakan fesyen dan mahukan kelainan, anda patut mencuba kasut-kasut ini. Pasti akan menarik perhatian.

















MADU 39

Wednesday, April 18, 2012

Lagu Madu Tiga dendangan P.Ramlee langsung tidak releven dengannya kerana dia bukan mempunyai, satu, dua, tiga atau empat isteri, tetapi mempunyai 39 orang isteri dalam satu masa. Begitulah Ziona Chana seorang lelaki dari Mizoram, India yang direkodkan sebagai manusia yang mempunyai isteri yang paling ramai di dunia sekali gus mempunyai anggota keluarga terbesar di dunia.
Kisah Chana sebenarnya sudah banyak kali dipaparkan menerusi majalah mahupun akhbar, tetapi kehidupannya dengan mempunyai seramai 39 isteri, 94 orang anak dan 33 orang cucu terus-menerus menjadi perbualan di seluruh dunia.
Menariknya, kesemua 181 ahli keluarganya menetap di bawah 'bumbung' yang sama dimana Chana yang juga merupakan hartawan tempatan menyediakan sebuah bangunan empat tingkat seperti asrama yang mempunyai 100 buah bilik.
Chana juga mengarahkan isteri pertamanya iaitu Zathiangi untuk mengurus dan membahagi-bahagikan tugas dan kerja-kerja rumah seperti mengemas, membasuh pakaian dan juga menyediakan makanan kepada isteri-isteri dan anak-anak yang lain. Untuk sekali hidangan makan malam, mereka memerlukan 30 ekor ayam, 60 kilogram kentang dan 100 kilogram beras.
Sebagai suami yang mempunyai ramai isteri, Chana menempatkan isteri termudanya berhampiran dengan kamarnya dan isteri-isteri lain dibilik-bilik yang lebih jauh dan sistem penggiliran isteri-isterinya bermalam di kamar Chana berjalan dengan sebaiknya. Salah seorang isterinya iaitu Huntharnghanki berkata, walaupun mereka bermadu dan berkongsi suami mereka masih hidup aman dan damai. Kesemua 39 isteri yang bermadu itu saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain.
Mempunyai 39 isteri yang kesemuanya bermadu tidak beerti Chana berhenti untuk memiliki isteri lagi dan mengembangkan keluarganya. Katanya, "Saya umpama anak Tuhan yang istimewa. Tuhan telah mengurniakan saya insan-insan untuk menjaga dan untuk dijaga. Saya adalah manusia yang paling bertuah kerana memiliki 39 isteri dan menjadi ketua kepada sebuah keluarga terbesar di dunia".

ANGKARA CURANG

Thursday, February 9, 2012

Suatu pagi di Edapadi di daerah Salem Tamil Nadu, India suasana menjadi hingar-bingar dengan ramai penduduk tempatan memenuhi hadapan sebuah balai polis apabila seorang lelaki telah menyerah diri selepas mengaku membunuh isterinya. Lebih mengejutkan apabila lelaki berusia 41 tahun itu membawa kepala isterinya yang dipenggal ke balai polis!

Pada malam kejadian, lelaki itu mendapati isterinya telah berlaku curang dan akhirnya membawa kepada pentengkaran. Amarahnya memuncak apabila dia bertindak memenggal kepala isterinya dengan menggunakan sebilah pisau.




Dengan wajah seperti tanpa perasaan, lelaki itu telah membungkus kepala isterinya dengan kertas surat khabar dan membawa ke balai polis di pagi hari untuk menyerah diri. Tindakannya membuatkan penduduk kampung terkejut dan pihak polis tidak menahannya sebaliknya membiarkan lelaki yang berlumuran darah itu masuk bersama-sama kepala isterinya.

TEKSI MEWAH EKSKLUSIF

Wednesday, February 8, 2012

Teksi merupakan satu perkhidmatan awam yang menawarkan pengangkutan paling selesa dan memuaskan kerana terus menghantar penumpang ke destinasi yang kita mahu. Tetapi bayaran tambangnya agak mahal berbanding menaiki bas yang memerlukan kita bersesak-sesak jika tidak kena pada waktunya.


Pada hari ini kereta jenama mewah telah menjadi teksi sepertimana gambar-gambar di bawah. Tidak di Malaysia, negara-negara lain seluruh dunia telah menggunakan model-model kereta seperti BMW, Audi, Mercedes Benz, Porsche, Chrysler, Hummer malah Rolls-Royce Phantom dijadikan teksi ekslusif di Hotel Burj Al- Arab, Dubai.

































GELAGAT DARI BENUA INDIA

Monday, November 14, 2011

Aku pernah mengunjungi negara India sekitar Disember tahun 2009 yang lalu. Apabila ramai yang bertanya mengapa aku memilih India, aku tidak dapat memberi jawapan yang khusus. Namun bila kaki aku menjejak tanah benua India, aku mula mengutip pengalaman-pengalaman yang cukup bermakna dan tidak mungkin dapat diperolehi oleh orang lain sepertimana yang aku catat dalam catatan dalam blog ini yang bertajuk 'Kembara di Bumi India'.


Antara pengalaman lain adalah aku ditumbuk dibahagian sulit oleh budak yang berbaju biru dalam gambar diatas kerana mengharapkan aku menghulurkan sekeping not rupee selepas aku bergambar dengan mereka. Baru-baru ini aku menerima emel dari seorang rakan iaitu emel gambar-gambar gelagat manusia dari benua India. Sudah pasti aku terimbau kenangan menyaksikan gelagat dan ragam di India dengan mata kepala aku sendiri. Jom kita tengok gambar-gambar dari emel itu.
















































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...