Suatu pagi di Edapadi di daerah Salem Tamil Nadu, India suasana menjadi hingar-bingar dengan ramai penduduk tempatan memenuhi hadapan sebuah balai polis apabila seorang lelaki telah menyerah diri selepas mengaku membunuh isterinya. Lebih mengejutkan apabila lelaki berusia 41 tahun itu membawa kepala isterinya yang dipenggal ke balai polis! Pada malam kejadian, lelaki itu mendapati isterinya telah berlaku curang dan akhirnya membawa kepada pentengkaran. Amarahnya memuncak apabila dia bertindak memenggal kepala isterinya dengan menggunakan sebilah pisau.
Dengan wajah seperti tanpa perasaan, lelaki itu telah membungkus kepala isterinya dengan kertas surat khabar dan membawa ke balai polis di pagi hari untuk menyerah diri. Tindakannya membuatkan penduduk kampung terkejut dan pihak polis tidak menahannya sebaliknya membiarkan lelaki yang berlumuran darah itu masuk bersama-sama kepala isterinya.
Sagahayat.blogspot.com adalah blog berbahasa melayu. Saga bermaksud kisah manakala hayat bermaksud hidup. Sagahayat adalah blog mengenai pengalaman hidup, pengkongsian informasi, pendapat tentang isu serta kembara & rekreasi. Setiap catatan yang diterbitkan sengaja ditulis dengan gaya penulisan artikel akhbar ataupun majalah. Sagahayat umpama majalah dalam blog.
YANG KURIK KUNDI, YANG MERAH SAGA, YANG BAIK BUDI, YANG INDAH BAHASA
Hampir keseluruhan artikel ataupun catatan di dalam blog ini ditulis sendiri oleh Sagahayat berpandukan bahan rujukan buku, majalah, emel, rancangan televisyen, akhbar, laman web dan sebagainya. Kembara, rekreasi dan pengalaman pula ditulis berdasarkan pengalaman Sagahayat sendiri. Fakta yang ditulis dan diterbitkan tidak sama sekali dipesong. Kisah benar pula ditulis dan diolah suai mengikut imaginasi penulis tanpa sama sekali mengubah rentetan cerita atau fakta yang terdapat dalam artikel itu. Sekiranya anda terbaca catatan yang boleh dikatakan diplagiat daripada blog anda, anda berhak menghubungi saya di emel sagahayat@gmail.com supaya saya dapat membuang atau mengedit catatan tersebut. Terima kasih.
2 ulasan:
ya Allah, ngerinya!
tu la..n polis bg die masuk dgn kepala tu utk serah diri mcm tu je....kalo kat msia polis tahan dulu...
Post a Comment