Andai anda berpoket tebal dan ingin mengembara ke seluruh
India dalam satu perjalanan yang mewah dan klasik, pilihlah Maharajas Express .
Maharajas Express merupakan salah satu daripada enam kereta api mewah di India
yang menawarkan perjalanan kereta api mewah di seluruh India yang menjanjikan
pengalaman yang paling indah. Anda akan dilindungi dengan insurans dan dilayan
seolah-olah anda merupakan seorang raja. Maharajas Express diinsuranskan untuk
kebakaran, gempa bumi, kecurian, dan juga keganasan.
Terdapat beberapa pakej yang tersediakan dan tambang bagi
pelbagai perjalanan mewah ini bermula dengan harga RM 212,000 ($ 4,725) bagi
satu kabin sehingga RM 900,000 ($ 17,500) bagi perjalanan selama 7 ke 8 hari bermula
dari Delhi melewati kota-kota seperti Agra, Gwalior, Khajuraho, Bandhavgarh,
Varanasi dan Lucknow sebelum kembali semula ke Delhi. Satu lagi perjalanan bermula
dari Mumbai dan melalui kota-kota seperti Vadodara, Udaipur, Jodhpur, Bikaner,
Jaipur, Ranthambore, Agra dan berakhir di New Delhi.
Antara keistimewaan ‘gerabak maharaja’ ini termasuklah setiap
kabin dilengkapi tingkap-tingkap panorama yang besar, kawalan suhu kabin individu,
televisyen LCD, pemain DVD, telefon dail terus, peti simpan selamat elektronik
dan juga kemudahan internet. Penumpang juga berpeluang menikmati sajian umpama
raja dimana restorannya boleh memuatkan 42 orang pada satu-satu masa dan
menyajikan hidangan bertaraf lima bintang. Terdapat juga bar dan juga butik
didalam keretapi ini. Dan semestinya keseluruhan gerabak-gerabak ini dihias
dengan gaya mewah dan klasik.
0 ulasan:
Post a Comment