Showing posts with label FAKTA. Show all posts
Showing posts with label FAKTA. Show all posts

GERABAK MAHARAJA

Wednesday, August 1, 2012


Andai anda berpoket tebal dan ingin mengembara ke seluruh India dalam satu perjalanan yang mewah dan klasik, pilihlah Maharajas Express . Maharajas Express merupakan salah satu daripada enam kereta api mewah di India yang menawarkan perjalanan kereta api mewah di seluruh India yang menjanjikan pengalaman yang paling indah. Anda akan dilindungi dengan insurans dan dilayan seolah-olah anda merupakan seorang raja. Maharajas Express diinsuranskan untuk kebakaran, gempa bumi, kecurian, dan juga keganasan.
Terdapat beberapa pakej yang tersediakan dan tambang bagi pelbagai perjalanan mewah ini bermula dengan harga RM 212,000 ($ 4,725) bagi satu kabin sehingga RM 900,000 ($ 17,500) bagi perjalanan selama 7 ke 8 hari bermula dari Delhi melewati kota-kota seperti  Agra, Gwalior, Khajuraho, Bandhavgarh, Varanasi dan Lucknow sebelum kembali semula ke Delhi. Satu lagi perjalanan bermula dari Mumbai dan melalui kota-kota seperti Vadodara, Udaipur, Jodhpur, Bikaner, Jaipur, Ranthambore, Agra dan berakhir di New Delhi.

Antara keistimewaan ‘gerabak maharaja’ ini termasuklah setiap kabin dilengkapi tingkap-tingkap panorama yang besar, kawalan suhu kabin individu, televisyen LCD, pemain DVD, telefon dail terus, peti simpan selamat elektronik dan juga kemudahan internet. Penumpang juga berpeluang menikmati sajian umpama raja dimana restorannya boleh memuatkan 42 orang pada satu-satu masa dan menyajikan hidangan bertaraf lima bintang. Terdapat juga bar dan juga butik didalam keretapi ini. Dan semestinya keseluruhan gerabak-gerabak ini dihias dengan gaya mewah dan klasik.












RAKAMAN LENSA LIPATAN SEJARAH - Bahagian II

Thursday, February 16, 2012

Kali ini ditampilkan gambar-gambar hitam putih yang mempunyai cerita tersendiri. Bukan hanya jarang dilihat, terdapat juga gambar yang menunjukkan permulaan perkembangan teknologi, pembangunan, sejarah politik dan sebagainya.


Restoran Mc Donald pertama di dunia.

Pertemuan Che Guevara dan Fidel Castro.


Pembinaan awal Brasilia, ibunegara Brazil.


Pertemuan Papa Pio XII dengan Adolf Hitler.


Elvis Presley dalam pasukan tentera.


The Beatles sebelum terkenal.


Fotograf pertama dalam sejarah di Perancis.


Pembinaan Disney World.


Adolf Hitler semasa kecil.


Bruce Lee disamping Chuck Norris.


Pembinaan Christ The Redeemer di Rio de Janeiro di Brazil.


Albert Einstein di Brazil.


Aktor Charlie Chaplin dan Mahatma Ghandi.


Komputer pertama dalam sejarah.


Mayat Presiden John F. Kennedy yang ditembak mati pada tahun 1963.


Pembinaan Empire State Building.


Mayat Martin Luther King.


Kapal Titanic di pelabuhan.


Tragedi Holocaust oleh Adolf Hitler.

RAKAMAN LENSA LIPATAN SEJARAH - Bahagian I

Wednesday, February 15, 2012

Sekeping gambar membawa seribu makna. Begitulah dengan gambar-gambar ini yang terakam menerusi lensa kamera sama ada gambar pegun mahupun gambar menerusi video yang mempunyai makna tersendiri. Gambar-gambar ini merupakan sebahagian gambar yang jarang kita dapat lihat dan ada sebahagiannya pasti mengingatkan kita kepada peristiwa yang lalu yang terus tersimpan dalam lipatan sejarah dunia.



Mayat John Lennon selepas ditembak mati.

The Beatles ketika usia remaja.


Pantai Copacabana di Rio de Janeiro suatu masa dahulu.


John Lennon menandatangani autograf peminat sejurus sebelum dia ditembak mati.



Evolusi Coca Cola.


Saat Tembok Berlin diruntuhkan bagi menyatukan Jerman.


Imej bangkai Titanic yang tenggelam pada tahun 1912 didasar laut.


Osama Bin Laden ketika zaman remaja (dalam bulatan merah).


Saat tali gantung dikalung ke leher Saddam Hussein oleh sang algojo sebelum hukuman gantung sampai mati dilaksanakan.


Sijil sekolah milik Albert Einstein.


Ketika Google mula-mula beroperasi pada tahun 1999.


Puteri Diana di lokasi kemalangan di sebuah terowong di Paris, Perancis.


Kematian seorang pemain bola ketika perlawanan berlangsung.


Pope John Paul bersama lelaki yang cuba untuk membunuhnya.


Detik Presiden George Bush mendapat khabar berita mengenai serangan ke atas Bangunan berkembar World Trade Center.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...