Showing posts with label LENSA. Show all posts
Showing posts with label LENSA. Show all posts

RAKAMAN LENSA LIPATAN SEJARAH - Bahagian II

Thursday, February 16, 2012

Kali ini ditampilkan gambar-gambar hitam putih yang mempunyai cerita tersendiri. Bukan hanya jarang dilihat, terdapat juga gambar yang menunjukkan permulaan perkembangan teknologi, pembangunan, sejarah politik dan sebagainya.


Restoran Mc Donald pertama di dunia.

Pertemuan Che Guevara dan Fidel Castro.


Pembinaan awal Brasilia, ibunegara Brazil.


Pertemuan Papa Pio XII dengan Adolf Hitler.


Elvis Presley dalam pasukan tentera.


The Beatles sebelum terkenal.


Fotograf pertama dalam sejarah di Perancis.


Pembinaan Disney World.


Adolf Hitler semasa kecil.


Bruce Lee disamping Chuck Norris.


Pembinaan Christ The Redeemer di Rio de Janeiro di Brazil.


Albert Einstein di Brazil.


Aktor Charlie Chaplin dan Mahatma Ghandi.


Komputer pertama dalam sejarah.


Mayat Presiden John F. Kennedy yang ditembak mati pada tahun 1963.


Pembinaan Empire State Building.


Mayat Martin Luther King.


Kapal Titanic di pelabuhan.


Tragedi Holocaust oleh Adolf Hitler.

RAKAMAN LENSA LIPATAN SEJARAH - Bahagian I

Wednesday, February 15, 2012

Sekeping gambar membawa seribu makna. Begitulah dengan gambar-gambar ini yang terakam menerusi lensa kamera sama ada gambar pegun mahupun gambar menerusi video yang mempunyai makna tersendiri. Gambar-gambar ini merupakan sebahagian gambar yang jarang kita dapat lihat dan ada sebahagiannya pasti mengingatkan kita kepada peristiwa yang lalu yang terus tersimpan dalam lipatan sejarah dunia.



Mayat John Lennon selepas ditembak mati.

The Beatles ketika usia remaja.


Pantai Copacabana di Rio de Janeiro suatu masa dahulu.


John Lennon menandatangani autograf peminat sejurus sebelum dia ditembak mati.



Evolusi Coca Cola.


Saat Tembok Berlin diruntuhkan bagi menyatukan Jerman.


Imej bangkai Titanic yang tenggelam pada tahun 1912 didasar laut.


Osama Bin Laden ketika zaman remaja (dalam bulatan merah).


Saat tali gantung dikalung ke leher Saddam Hussein oleh sang algojo sebelum hukuman gantung sampai mati dilaksanakan.


Sijil sekolah milik Albert Einstein.


Ketika Google mula-mula beroperasi pada tahun 1999.


Puteri Diana di lokasi kemalangan di sebuah terowong di Paris, Perancis.


Kematian seorang pemain bola ketika perlawanan berlangsung.


Pope John Paul bersama lelaki yang cuba untuk membunuhnya.


Detik Presiden George Bush mendapat khabar berita mengenai serangan ke atas Bangunan berkembar World Trade Center.


KECIL TAPI DEWASA

Wednesday, January 11, 2012

Negara India sememangnya merupakan salah satu negara yang mempunyai ramai tenaga buruh dikalangan kanak-kanak. Gambar-gambar ini merupakan sebahagian buktinya. Mereka adalah anak-anak kecil yang masih naif tetapi kemiskinan memaksa mereka meninggalkan bangku sekolah demi sesuap nasi.


Alam kanak-kanak mereka diwarnai dengan dunia membanting tulang empat kerat dan beban kerja yang merembes keringat yang sepatutnya dilakukan oleh golongan dewasa. Maka, bersyukurlah kita hidup di negara yang aman dan damai yang bernama Malaysia.




















LANDSKAP UNIK SERATA DUNIA

Friday, October 7, 2011

Selama berjuta-juta tahun, bumi membentuk struktur yang pelbagai, unik dan cukup mempesonakan. Dari timur ke barat, utara ke selatan, muka bumi dilengkapi dengan gunung-ganang, sungai-sungai, hutan-hutan, padang-padang pasir dan sebagainya dan landskap-landskap itu mempunyai fungsi-fungsi tertentu dan terbentuk menerusi kejadian alam yang menakjubkan. Mari kita lihat beberapa landskap-landskap unik dari serata dunia.

TASMANIA - The Tesselated Pavement: Formasi semulajadi yang berbentuk segiempat yang unik.

MESIR - White Desert: Busut-busut pasir yang terbentuk hasil daripada ribut pasir.


JEPUN - Blood Pond Hot Spring: Gambar diatas menunjukkan bagaimana kolam air panas ini mendapat nama.


IRELAND UTARA - Giant's Causeway: Formasi batu-batu yang kelihatan mistik.


BOLIVIA - Salar de Uyuni: Dataran garam yang terbesar di dunia.


CHINA - The Stone Forest: Formasi batuan unik seluas 400 kilometer persegi.


ANTARTIKA - Mc Murdo Dry Valley: Tindakbalas kimia yang menjadikan permukaan glasier seperti air terjun berdarah.


KANADA - Spotted Lake: Salah satu tasik yang mempunyai kepekatan mineral yang tinggi di dunia.


NEVADA, AMERIKA SYARIKAT - The Black Rock Desert: Landskap dasar tasik yang sudah kering.


CALIFORNIA, AMERIKA SYARIKAT - Crystal Cave: Batuan kristal yang terbentuk dari mar-mar.



AUSTRALIA BARAT - Bungle Bungles: Batuan unik yang mempunyai jalur-jalur seperti kontur.


ALASKA - Gunung Redoubt: Stim yang keluar dari rekahan permukaan puncak.


CAPPADOCIA, TURKI - Struktur batuan yang kelihatan seperti bangunan yang dibina oleh manusia.


DOMINICA - The Boiling Lake: Tasik aneh yang terletak di kepulauan Carribean yang menggelegak dengan air yang berwarna kelabu.


SEPANYOL - Sungai Rio Tinto: Air sungainya berwarna seperti darah.


BRAZIL - Vale de Luna: Landskap unik yang dianggap seperti sebuah lembah di bulan dan dianggarkan berusia lebih 1.8 billion tahun.


ARIZONA, AMERIKA SYARIKAT - The Wave: Formasi batuan pasir yang kelihatan seperti gelombang yang berusia lebih 190 juta tahun.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...