KITARAN PUTAR ALAM

Thursday, January 13, 2011

Seorang bos tua yang miang berbisik ke telinga sekretarinya yang juga gatal. “Untuk seminggu saya dan awak akan ke luar negara, so buat-buat macam kita ada urusan bisnes”.

Sekretari segera menelefon suaminya, “Saya dan bos saya akan ke luar negara selama seminggu sebab ada urusan bisnes. Harap awak boleh jaga diri”

Suami yang curang terus menelefon kekasih gelapnya, “Isteri saya pergi luar negara. Jadi awak akan boleh luangkan masa dan bermesra dengan saya selama seminggu, sayang!”

Kekasih gelap lantas menelefon seorang budak iaitu anak murid tuisyennya, “Cikgu ada hal selama seminggu. Jadi selama itu awak tak perlu datang ke kelas tuisyen cikgu”.

Budak kecil lalu menelefon datuknya. “Atuk, saya takde kelas tuisyen selama seminggu. Sepanjang masa tu jomlah temankan saya bermain".

Datuk yang tua dan miang itu terus menelefon sekretarinya, “Sepanjang minggu nanti saya terpaksa luangkan masa bersama cucu saya. Kita tak dapat pergi ‘mesyuarat’ tu”

Sekretari menelefon suaminya. “Minggu ni bos ada banyak kerja pulak, jadi kami dah batalkan urusan bisnes tu”.

Suami yang curang menefon kekasih gelapnya. Sori sayang. Kita tak boleh bersama minggu ni. Isteri saya tak jadi ke luar negara”.

Kekasih gelap menelefon anak murid tuisyennya. “Minggu ni kita ada kelas tuisyen macam biasa”.

Budak kecil menelefon datuknya. “Atuk, minggu ni ada kelas tuisyen la. Atuk tak payahlah temankan saya, ok?”.

Datuk tua yang miang segera menelefon sekretarinya. “Jangan risau. Minggu ni kita tetap pergi ke meeting palsu tu, so awak aturkan segera!”

Dan seterusnya.......ia hanyalah kitaran putar alam!

0 ulasan:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...