Showing posts with label HUMOR. Show all posts
Showing posts with label HUMOR. Show all posts

EKSPLOITASI JENAMA

Tuesday, July 19, 2011

Eksploitasi bermaksud perbuatan mengambil kesempatan untuk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan. Begitu juga dengan beberapa jenama yang dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu seperti gambar-gambar di bawah.


Gambar ini bukanlah sebahagian daripada promosi iklan produk Fair & Lovely, tetapi eksploitasi individu tertentu yang jelas sekadar suka-suka.



Tiga gambar dibawah pula adalah kad undangan perkahwinan yang diinspirasi daripada pembalut cokelat Cadbury.





Haiwan diekploitasi? Menerusi tiga iklan dibawah iaitu iklan perapi rambut, iklan syampu dan iklan losyen penghilang lingkaran hitam di mata, haiwan diekploitasi menerusi rekaan grafik dan sudah tentu kita tersenyum melihatnya.








Tangan gatal dan sebuah gerai di Pakistan. Jenama makanan segera seperti KFC dan McD juga menjadi mangsa.






Adidas cetak rompak dan produk Nokia terbaru? Lihat dua gambar di bawah.




DI TENGAH JALAN DI TENGAH KOTA

Monday, May 30, 2011

Orang kata jauh berjalan, luas pengalaman. Tetapi pengalaman sebenarnya dapat diraih dimana saja kita berada walaupun kita berjalan-jalan di sekitar kota. Pelbagai ragam dapat disaksikan sama ada di tengah ataupun di pinggir jalan yang kebanyakannya melucukan. Ada yang berlaku secara spontan dan ada juga kesilapan-kesilapan teknikal yang tidak disedari seperti kesalahan papan tanda yang mengundang tawa kita. Jom kita tengok apa yang ada di tengah jalan, di tengah kota.


Menanti lampu hijau


Papan tanda yang dengki

Geiser tempatan


Boleh masuk atau tidak ni?


Jalan pelbagai hala


Pohon nan sebatang


Penunggu tiang lampu


Kekurangan 'K'


Jalanku Syurgaku

Lintasan lembu




Papan tanda bahasa rojak


Cinta Untuk Is


Cinta Untuk Is II : Iswara


Sudahkah anda melindungi kemaluan anda?


Kerana ACE Insurance melindungi kemaluan anda!

MANA ARAH BAS?

Thursday, May 12, 2011

Adakah anda lebih bijak berbanding seorang budak berusia lima tahun? Mungkin anda menjawab dengan yakin, ‘Ya!’ tetapi apa kata anda jawab soalan berkaitan bas sekolah dibawah.


Soalannya, kearah manakah bas di bawah bergerak? Ke kanan atau ke kiri?




Dapat jawapan? Apa kata anda lihat sekali lagi gambar bas di bawah.




Masih buntu?



Sekumpulan kanak-kanak ditunjukkan gambar yang sama dan diajukan soalan yang serupa. Ke arah manakah bas bergerak? Ke kanan atau ke kiri? 90% daripada mereka memberi jawapan ini: “Bas bergerak ke kanan!”


Bila ditanya lagi “Mengapa kamu fikir bas itu bergerak ke kanan?” Mereka menjawab : “Sebab Kami tak nampak pintu untuk masuk ke dalam bas!”

Apa perasan anda sekarang?

POSTER COKE TIMUR TENGAH

Friday, May 6, 2011

Seorang ahli perniagaan Coca Cola sangat kecewa selepas pulang dari menjalankan urusan perniagaan di sebuah negara di Timur Tengah. Kemudian seorang kawannya bertanya. “Kenapa perniagaan kau tak berjaya di Tanah Arab?”

Ahli perniagaan itu kemudiannya memberi penjelasan.

“Bila aku ditugaskan ke Timur Tengah, aku sangat teruja dan sangat yakin memandangkan pasaran Coca Cola tidak begitu dikenali dan kurang berkembang di Tanah Arab. Sudah tentu aku berjaya mempromosi Coca Cola seterusnya melariskan jualan di sana. Tapi aku ada satu masalah. Aku tak pandai cakap Bahasa Arab. Jadi aku pun mereka satu poster. Dalam poster tu ada tiga gambar.

Gambar pertama : Seorang lelaki terbaring di padang pasir yang panas. Dia keletihan dan sangat tidak bermaya.

Gambar kedua : Lelaki itu meminum setin air Coca Cola

Gambar ketiga : Lelaki tadi serta merta segar dan bertenaga.

Kawan ahli perniagaan itu kemudiannya bertanya. “Habis tu apa masalahnya? Oklah mesej dari poster tu. Mesti dia orang faham punya”.

Ahli perniagaan itu menjawab. “Masalahnya aku terlupa yang Orang Arab membaca dari kanan ke kiri!”

Moral : Kenali pengguna anda!

WARUNG TERMASYUR DARI SEBERANG

Thursday, March 31, 2011


Warung Setarbak Kopi sememangnya wujud. Warung yang mempunyai nama yang hampir serupa sebutannya dengan jenama terkenal Starbucks Coffee ini terletak di Beranang, Selangor. Namun dikatakan warung ini sudah hangus terbakar.


Beberapa warung-warung di tanah seberang iaitu Indonesia, meletakkan nama warung mereka hampir serupa dengan jenama termasyur seperti Yahoo, IBM, Blackberry, Dunkin's Donut dan sebagainya. Tetapi jangan mudah tertipu. Gambar-gambar dibawah adalah hasil pengubahsuaian grafik semata-mata.

Jika benar terdapat nama-nama warung sebegini, sudah pasti ia mampu menarik pengunjung berdedai datang ke warung mereka lantaran keunikan nama warung itu. Ataupun pemilik warung perlu bersedia untuk ke kamar mahkamah sepertimana jenama francais Mcdonalds menyaman restoran francais Mccurry kerana penggunaan perkataan 'Mc' pada nama restoran mereka.





AKU TAK BODOH

Tuesday, March 22, 2011

Ada sebuah filem melayu yang berjudul 'Aku Tak Bodoh'. Mungkin filem ini mengisahkan cerita seorang budak yang akhirnya mengakui bahawa dirinya bukan bodoh meskipun insan-insan disekelilingnya melakukan perkara bodoh. Realitinya, kita sebagai manusia biasa pernah melakukan perkara atau tindakan bodoh. Kemudian kita pun berkata dalam hati "alangkah bodohnya aku". Namun, selepas anda melihat gambar-gambar dibawah, mungkin anda boleh senang hati sambil dalam hati berbisik 'aku tak sebodoh itu'.



















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...