



Senyuman cukup berkuasa. Senyuman dikatakan dapat membuka pintu rezeki malah dapat menjauhkan diri daripada kesulitan. Senyuman tidak perlu mengucapkan kata-kata namun sejauh mana kebenaran kehebatan sebuah senyuman akan anda dapat ketahui selepas membaca kisah ini.
Jika aku berdepan dugaan, hanya padaNya aku berserah. Dalam meniti kehidupan, selalu ada pasang surutnya, hitam dan putihnya, Yin dan Yangnya, cerah dan mendungnya dan kita sentiasa menghadapi saat tika naik tika jatuh. Hayati bait-bait ini sebagai dorongan kerana kita perlu hadapi hidup ini dengan senyuman....hadapi dengan senyuman
semua yang terjadi biar terjadi
hadapi dengan tenang jiwa
semua kan baik-baik saja
bila ketetapan Tuhan
sudah ditetapkan, tetaplah sudah
tak ada yang bisa merubah
dan takkan bisa berubah
relakanlah saja ini
bahwa semua yang terbaik
terbaik untuk kita semua
menyerahlah untuk menang
*Hadapi dengan Senyuman adalah lirik lagu kumpulan Dewa19
Untuk anak-anak ini, jadilah nakhoda yang mengemudi hidup di samudera yang bergelora bersama harapan dan kejayaan. Hidup adalah perjuangan. Hadapinya dengan senyuman.
Burung camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak Laut China Selatan
Dalam mimpi berkata sang duyung
Wahai nelayan kau anak laut
Disini tempatmu disini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan ada balasannya
Mega mendung laut pun bergoncang
Nelayan tersentap bingung sesat haluan
Sang mentari terlindung pantai tak kelihatan
Tawakal jalan akhirnya
Dalam pondok kecil meratap rintihan
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil dia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan
Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini kau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang jangan kau lupakan

Suatu masa, lebih kurang 10 tahun yang lalu.............. Peperiksaan SPM bakal menjelang tidak lama lagi. Semua pelajar sudah siap sedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi ujian paling besar itu. Sekolahku juga tidak ketinggalan mengadakan majlis bacaan yasin dan solat hajat bagi sandaran rohani untuk semua pelajar.
Pada majlis itu, semua pelajar dan guru begitu sibuk. Tikar-tikar dibentang di dalam dewan besar untuk memuatkan lebih ramai jemaah. Makcik-makcik di dewan makan pula bekerja keras menyediakan makanan. Menjelang petang sudah ramai para ibubapa pelajar dari jauh dan dekat memenuhi dataran sekolah. Kawan-kawanku begitu ceria dengan kehadiran ibubapa, adik beradik dan saudara mara mereka. Senja menjelma. Tapi aku masih sendiri.
Selepas solat maghrib semua jemaah sama-sama mengerjakan solat hajat. Ketika itu kelibat ibubapaku masih tiada. Selesai solat hajat majlis diteruskan dengan majlis bacaan yasin. Ibu dan bapaku masih tiada. Sesudah isyak semua tetamu, guru dan pelajar dijemput ke dewan makan untuk menjamu selera.
Saat aku duduk bersendirian, seorang kawanku menyapa. “Mak bapak kau mana? Diorang tak datang ke? Atau kau anak yatim?”. Hatiku termengkelan. Akulah satu-satunya pelajar yang tidak dikunjungi ibubapa sendiri pada malam itu. Aku berlalu dari situ menuju ke asrama seorang diri. Sebal. Begitu sebal.
Seminggu berlalu aku pulang ke kampung seperti biasa. Sampai di rumah aku langsung tidak bercakap dengan ibuku. Begitu juga dengan bapaku. Aku berasa kesal dengan tindakan mereka. Hati terus memberongsang. “Mak bapak yang tinggal jauh 3 jam dari sekolah pun boleh datang jenguk anak sendiri. Inikan pula mak abah yang tinggal tak sampai sejam dari sekolah. Takkan tak boleh datang!”. Monolog hati membentak-bentak.
Dua hari aku tidak bercakap dengan ibuku. Kalau ditanya pun aku hanya menjawab sepatah dua. Sebelum aku balik semula ke asrama ibuku sempat memegang tanganku. Air matanya mengalir. Dia tahu aku cukup marah sebab dia tidak hadir pada majlis itu. “Mak minta maaf. Bukan mak tak nak datang. Tapi mak abah dah tua. Nak naik motor ke
Ibuku sempat menyelitkan dua keping not RM10 dalam genggaman tanganku. Tangan suci ibuku aku cium. Pipi kanan kirinya aku kucup. Air mataku bertakung menanti luruh. Sungguh-sungguh aku meminta ampun. Tidak mungkin lagi aku menyakiti hati wanita yang berkorban jiwa raga membesarkan aku selama ini. Aku berjanji demi ibuku. Namamu ibu akan kujunjung. Martabatmu selalu ditempat yang paling agung. Ibu, ampunkan segala salah dan silapku...
Buat ibuku Shamsidar Binti Hassan,
SELAMAT HARI IBU
Secara lembut menegur. Bermain dengan kata-kata sambil berpesan. Itulah kelebihan orang dahulu. Berkias dan memberi perumpamaan merupakan keindahan leluhur melayu. Begitu juga dengan ibuku. Tidaklah banyak tetapi ada. Dalam membesarkan aku dia selalu menggunakan beberapa kata-kata yang begitu unik dan agak jarang digunapakai oleh masyarakat pada masa ini. Semoga kata-kata ini terus kekal bersama abadinya kasih sayangku pada ibuku.
Copyright © 2010 Sagahayat | Design by Splashy Templates | Distributed by: drakon best blogger template free blogger templates and backgrounds | cheap reliable vpn cheap ssl vpn appliance