
BIDADARI DUNIA TIRUAN
Tuesday, November 30, 2010

SISI LAIN KEGUNAAN KOMPUTER
Saturday, November 27, 2010


TAK BOLEH SIMPAN RAHSIA RAJA
Friday, November 26, 2010

Walaupun begitu maharaja ini merupakan seorang raja yang adil dan saksama. Baginda cukup handal di medan tempur dan sangat bijak dalam hal mengurus negeri jajahannya. Baginda juga menjadi kesayangan rakyat jelata. Namun, disebabkan baginda botak, baginda tidak yakin untuk berdepan dengan rakyat dengan penampilan sebegitu sedangkan dari segi yang lain baginda kelihatan hampir sempurna.


Suatu hari tukang gunting itu meninggal dunia. Dia pergi bersama rahsia diraja yang dibawa ke alam lain. Raja mula gusar. Baginda perlu mencari tukang gunting baru yang boleh menyimpan rahsianya. Akhirnya seorang pemuda dilantik menjadi tukang gunting diraja.

Pemuda itu menggangguk-ngangguk sambil menjalankan tugasnya. Dia terasa janggal melakukan perkara itu. Baginya rahsia itu terlalu besar untuk dibendung. Dia balik kerumah sambil melambung-lambung uncang emas itu. Otaknya masih memikirkan rahsia raja yang baru saja diketahuinya.
Pemuda itu tidak keruan. Dia bermulut tempayan. Dia mahu saja menceritakan pengalamannya itu pada kawan-kawannya. Setibanya di warung dia mula bercerita. Kawan-kawannya teruja mahu mendengar pengalaman hari pertamanya di istana. “Kalian tahu tak yang raja kita sebenarnya bbbb.......bbbbaik sangat....!” Dia lantas teringat kata-kata Perdana Menteri yang mahu menghumbannya ke dalam penjara andai dia ingkar janji. Dia terus meninggalkan kawan-kawannya yang masih terpinga-pinga dengan tindakannya.

Pemuda itu kemudiannya berlari ke hutan. Disana dia terjumpa sepohon pokok yang sangat besar di tengah-tengah padang. Diperdu pokok itu ada sebuah lubang. Dia pun dengan segera menjerit sekuat hati kedalam lubang itu. “Raja botak! Raja botak! Raja Botak!”. Dia berasa lega. Akhirnya dia dapat berkongsi rahsia dengan pokok itu.
Semenjak hari itu pemuda itu berasa tenang. Tiada orang lain yang tahu mengenai rahsia raja kecuali dia dan perdu pokok itu. Untuk bulan-bulan seterusnya, dia sudah terbiasa dengan tugasnya itu. Jika dia tak keruan, dia akan menjerit lagi di perdu pokok. Rahsia itu tetap kekal dalam dirinya dan perdu pokok itu.
Pada satu hari, sang maharaja mahu mengadakan satu upacara keraian sambutan ulang tahun kelahirannya. Dia mengarahkan pihak istana membuat sebuah gendang yang diperbuat daripada perdu pokok yang besar. Gendang itu akan dipalu sempena hari keputeraan baginda.

Raja terkejut. Begitu juga dengan rakyat jelata. Tukang gunting itulah yang paling tersentap apabila mendengar suaranya bergema dari paluan gendang itu. Paluan pun dihentikan. Raja kemudian bangun dari singgahsana. Baginda menanggalkan topi dan rambut palsunya. Rakyat jelata terlopong melihat raja mereka botak. Selama ini raja mereka berambut ikal dan sentiasa bertopi.
“Beta sebenarnya botak. Sudah lama beta tidak berambut. Beta menipu kalian semua kerana begitu malu “, titah baginda dengan nada yang sedih. Rakyat tiba-tiba menyampuk. “Tidak mengapa tuanku. Kami rakyat jelata tidak ralat tuanku berkepala botak. Yang paling penting adalah cara pemerintahan tuanku selama ini yang adil dan saksama. Tiada manusia didunia ini yang sempurna, tuanku”. Berpuluh-puluh suara yang lain menyokong pendapat itu. Bagi mereka biarlah penampilan raja tidak sempurna, asalkan menang dihati rakyat.
Raja terharu mendengar pendapat rakyat. Tukang rambut itu tersenyum kerana rahsia itu tidak perlu disimpan lagi.
Moral & Pengajaran : Anda boleh senaraikan sendiri.
IBULAH SYURGA
Thursday, November 25, 2010

Rasidi baik orangnya. Dia dahulu bersekolah di sekolah agama. Dia mendapat SPM pangkat 1 dengan 16 agregat. Lantaran itu dia ditawarkan melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor. Tetapi disebabkan kesempitan hidup, dia terpaksa berkorban dengan berhenti belajar dan bekerja di sebuah bank bagi membantu menampung pelajaran adik-adiknya yang masih bersekolah.

Suatu hari Zaharah mengajak Rasidi ke Port Dickson untuk melawat anaknya yang lain. Rasidi memandu kereta tetapi tersalah jalan. Dia marah-marah pada dirinya sendiri kerana tersesat dan terus menangis. Hari-hari seterusnya Rasidi sering dilihat tersenyum sendirian dan menangis tanpa sebab. Zaharah risau kerana sering melihat anaknya itu termenung dan selalu dalam keadaan susah hati.

Keesokkan harinya, Rasidi ditahan di Stesen LRT Masjid Jamek Kuala Lumpur dan kepala bapanya ditemui tertanam di sebuah tapak perkuburan Islam di Shah Alam, Selangor.
Zaharah terkejut bukan kepalang. Suami, bapa, ibu dan anak perempuannya ditemui mati bergelimpangan di dalam rumahnya sendiri. Yang paling mengejutkan adalah keempat-empat ahli keluarganya itu mati ditangan anaknya sendiri, Rasidi.

Rasidi dibawa pihak polis ke penjara. Zaharah berlari-lari anak mendapatkan anaknya yang dibawa kedalam kereta. Dia kemudian mengusap-ngusap wajah Rasidi dengan penuh kasih sayang.
Walaubagaimanapun, pada 7 September 2010, mahkamah kemudiannya membebas dan melepaskan Rasidi daripada semua tuduhan membunuh empat ahli keluarganya atas alasan dia tidak siuman. Pakar Psikiatri Hospital Permai, Johor mendapati Rasidi disahkan menghidap penyakit skizofrenia paranoid dengan gangguan halusinasi, ilusi, paranoid dan kepercayaan palsu. Rasidi akhirnya terlepas hukuman gantung dan diperintahkan ditahan di Penjara Kajang, Selangor sehingga mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Begitulah bukti betapa kasih ibu membawa ke syurga.
Nota : Kisah benar ini ditulis semula dari rencana 'Rasidi berkorban untuk keluarga' menerusi akhbar Kosmo! 24 November 2010.
AKSI KAYAK DOKTOR GIGI
Tuesday, November 23, 2010

Suatu hari sekeping gambar Dr. Kraft sedang berkayak telah berjaya dirakam. Gambar itu sungguh memeranjatkan. Dr. Kraft kemudiannya menjelaskan apa yang terjadi.
“Ya, memang saya dalam gambar itu. Dan ya! Ianya adalah seekor paus yang berenang dari terminal feri”.
“Kayuh selaju mungkin. Itulah yang saya fikirkan ketika itu. Saya juga berfikir supaya tidak kelihatan seperti ikan kecil (herring), tidak berbau seperti ikan kecil itu dan sama seperti perasaan ikan kecil itu bahawa "sila keluar dari mulut yang besar itu!”.

Sememangnya rutin Dr. Kraft adalah memeriksa gigi pesakit, begitu juga gigi si paus! Dia masih hidup tanpa sebarang kecederaan untuk menceritakan pengalaman menariknya.
MENDUGA ARUS SUNGAI PERAK
Sunday, November 21, 2010
Aktiviti ini dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Zon Utara yang diwakili oleh JAS negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Bertempat di Nur Lembah Lenggong, Perak seramai kira-kira 100 peserta dari pelbagai institusi pengajian tinggi mendaftar diri untuk program selama 3 hari 2 malam itu.
Aktiviti yang dinanti-nantikan sudah semestinya aktiviti berakit. Kami dibawa menaiki bas ke sebuah kampung yang terletak agak jauh dari kem. Kelengkapan berakit diangkut menggunakan lori. Taklimat diberikan pada pagi itu oleh ketua program. Kami diberi penerangan mengenai langkah keselamatan dan cara-cara memasang rakit dengan betul. Setiap rakit hanya dibenarkan dinaiki seramai 10 orang sahaja. Jaket keselamatan diagih-agihkan.
Rakit yang dibekalkan terbahagi kepada dua jenis. Yang pertama diperbuat daripada buluh asli manakala jenis yang kedua adalah batang PVC yang telah dicantumkan. Kumpulan kami berjaya mendapatkan rakit jenis PVC memandangkan ianya lebih teguh pada pendapat kami. Kami hanya perlu menyambungkan pelampung dengan batang PVC dengan tali rafia. Sebelum kami turun ke sungai, setiap seorang diarahkan untuk ‘terjun’ ke dalam sebuah kolam yang berlumpur sebagai sesi ‘water confident’. Tidak mengapa. Basah dan busuk bau lumpur akan dibasuh dengan kesegaran air hulu Sungai Perak. Itu cadangan kami nanti.
Akhirnya rakit kami pun dilancarkan. Setiap rakit hanya dibekalkan dengan dua pendayung iaitu di depan dan di belakang. Aku mengemudi rakit di hadapan. Sungai Perak mengalir tenang. Airnya jernih tidak seperti air teh tarik di hilirnya. Rakit kami dibawa arus ke hilir dalam suasana santai. Apabila ada rakit lain yang cuba mendahului kami, barulah kami terhegeh-hegeh mendayung beradu kelajuan dengan rakit tadi. Sesekali kami menyimbah ‘musuh’ dengan air. ‘Musuh’ menyerang balik! Maka terdengarlah letupan “Woi! Kamera aku basah nanti”. Dan perang pun tamat. Masing-masing menunjukkan isyarat tangan tanda bagus dan kami pun berdamai.
Ketua program sebelum itu ada memberitahu, kumpulan terakhir yang tiba akan dikenakan denda. Kami ketika itu ditempat ketiga dikalangan sepuluh rakit yang menduga arus sungai itu. Aktiviti ini bukanlah untuk berlumba. Tetapi apabila dicabar, tangan seperti hendak tanggal apabila disuruh mendayung sekuat mungkin oleh kawan-kawan yang lain. Selepas beberapa ketika, kami mula berhadapan dengan arus yang agak deras. Dua pengayuh tidak mampu mengalihkan rakit ke air yang tenang. Lalu rakit kami merempuh batu dan jeritan perempuan membuatkan kami panik seketika. Dua rakan terhumban ke dalam sungai. Pekikan dan jeritan bergaung dalam lohong telinga.
“Wei rileks ar. Dorang dah naik atas batu dah pun”. Masing-masing melepaskan nafas lega. Seorang wakil JAS yang berkayak tersenyum melihat gelagat kami terkial-kial membetulkan rakit. Sebahagian batang PVC pecah merempuh batu. Ikatan tali yang terurai kami ikat balik dengan tali yang kami bawa.
Kami lihat rakit buluh tiada masalah yang ketara. Rakit itu melepasi kami yang berhenti di ‘pit stop’ untuk membaiki kerosakan. Mereka melambaikan tangan sambil kesemuanya mengucapkan “Bye!”Beberapa kali juga kami berdepan dengan jeram yang agak deras. Adakalanya rakit kami berpusing 360 darjah dek pusaran air. Adakalanya terjongket dihentam batu. Apapun itulah antara momen yang menyeronokkan apabila berakit.
Hari semakin panas tetapi kedinginan air Sungai Perak mengubati kami. Kami melalui pinggir kampung dan pinggir dusun milik orang kampung. Ada sekali kami melepasi jambatan dimana beberapa anak kecil melambai-lambai ke arah kami. Deruan air adalah santapan telinga kami dan juntaian pohon buluh ke dalam air adalah antara lanskap semulajadi sepanjang kami berakit di Sungai Perak. Selepas hampir 3 jam, kami semakin menghampiri Kem Nur Lembah Lenggong. Sebuah bot menunda rakit kami ke sebuah pulau di tengah-tengah sungai itu. Kami diarahkan supaya mengangkat rakit ke atas dan membuka ikatan-ikatan pada rakit. Seterusnya kami membawa rakit itu melalui jambatan gantung untuk disimpan.
Orang kata berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Tetapi badan kami tidak ‘senang-senang’ apabila terpaksa ‘bersakit-sakit’ membawa batang PVC yang berat selepas tiga jam berakit di Sungai Perak. Apapun, pengalaman berakit ini tidaklah sehebat menyusuri sungai-sungai yang terkenal untuk aktiviti ‘water rafting’ seperti Sungai Sedim, Sungai Kiulu dan Sungai Padas. Namun untuk permulaan bagi sesiapa yang mahu mula berjinak-jinak, ianya pengalaman yang menyeronokkan.
MENYAMAR DENGAN ALAM
Thursday, November 18, 2010





