BULAN MADU DI KRABI

Friday, July 6, 2012


Bukan Sabah atau Langkawi yang kami pilih (walaupun pada awalnya kedua-dua tempat ini yang menjadi pilihan), sebaliknya kami memilih Krabi yang terletak di negara gajah putih sebagai destinasi bulan madu kami.

Seminggu selepas kami bergelar suami isteri, kami terbang ke bumi Thailand pada 19 Mac 2012 menerusi penerbangan Airasia pada jam 1.30 petang. Sejam penerbangan, kami tiba di Lapangan Terbang Krabi dan seterusnya menaiki teksi untuk menuju ke pantai Ao Nang dengan bayaran tambang 600 Baht (kira-kira RM 60). 40 minit kemudian kami tiba hotel tempat kami menginap iaitu Hotel Aonang Goodwill.


Setibanya di hotel, seorang lelaki lembut menyambut kami dengan cukup mesra. Badannya tegap, tetapi lenggok jalannya penuh santun dan dengan segera dia menghidangkan kami dua gelas air sejuk. Selepas mendaftarkan diri, kami terus bertanya mengenai pakej island hopping dan juga harga menyewa skuter. Tidak sampai setengah jam, kami sudah pun siap membayar pakej island hopping yang berharga 1000 Baht (RM100) untuk esok hari dan sudah menerima kunci skuter Fino berwarna pink, warna permintaan isteri.



Masuk ke dalam bilik, kami disambut oleh empat ekor ‘gajah’. Dua daripadanya dibentuk dari kain tuala dan dua lagi adalah ukiran pada lampu sisi katil. Kami tidak membuang masa, terus meletakkan beg, berehat seketika lalu terus menghidupkan enjin skuter dan memulakan pengembaraan kami di sekitar Pantai Ao Nang. Untuk 24 jam yang pertama, aku membayar 230 Baht (RM23) untuk menyewa skuter dan passport aku dipegang oleh penyewa. Dengan tangki minyak yang hampir kosong, kami menuju ke stesen minyak berdekatan bagi mendapatkan bekalan petrol yang berharga hampir RM5 bagi seliter.



Maka bermulalah perjalanan kami seputar di Pantai Ao Nang. Kami sempat ke pantai Ao Nang yang bagi kami sama seperti  pantai di Malaysia cuma bezanya lebih ramai minah mat saleh bersidai dan mata aku yang bertabirkan cermin mata hitam meliar ke sana sini sehingga isteriku sambil tersenyum mula berkata, “nak saya amik gambar dorang ke?”


Kami meneruskan perjalanan ke Pantai Noparathara, menikmati pancake pisang, melawat sebuah pusat latihan Muay Thai, melewati jalan-jalan kampung dan seterusnya menuju ke Bandar Krabi ketika matahari mula terbenam. Kami juga sempat singgah di sebuah fun fair dan sebuah gerai yang menjual serangga-serangga goreng cukup menarik perhatian kami. Malam itu, kami kepedasan menikmati Tom Yam pertama asli dari Thailand di sebuah restoran muslim di Pantai Ao Nang.


HARI KEDUA : Selepas bersarapan, sebuah trak terus membawa kami ke pangkalan bot. Sebelum itu, trak kami sempat singgah untuk mengambil sebuah keluarga melayu dari Singapura. Hassan namanya, cukup ramah bercerita mengenai pengalamannya yang sudah tiga kali ke Krabi. “Yang ni kali ketiga. Yang ni baru nak ke Phi Phi. Sebelum ni saya naik kereta dari Singapore”.


Jam 9 pagi sudah ramai yang menanti di hadapan bot. Seorang pemandu pelancong bersuara garau memperkenalkan diri dan terus membawa kami ke dalam bot menuju ke destinasi-destinasi yang ditetapkan. Kebanyakan pelancong adalah dari benua Eropah dan terdapat sebuah keluarga berbangsa india, dan beberapa pasangan termasuklah satu pasangan melayu selain kami. “Yang, tengok kat belakang. Alyah honeymoon dengan Azlan Meet Uncle Hussien”, kata aku merujuk kepada pasangan yang kelihatan seperti kedua-dua penyanyi itu.


Perjalanan kami cukup lancar menuju ke Pulau Phi Phi atau disebut Koh Phi Phi oleh masyarakat tempatan yang merupakan destinasi utama selain destinasi-destinasi yang lain. Kami disambut dengan pandangan yang berbeza apabila melihat sebuah pulau yang berbentuk seperti seekor ayam. Hampir 40 minit kami akhirnya tiba di destinasi yang pertama iaitu Pulau Bamboo dan air sejernih kristal membuatkan kami tidak melengahkan masa untuk berendam di dalam air.

Selain ‘Alyah & Azlan Meet Uncle Hussien’, terdapat beberapa pasangan melayu yang turut sama berbulan madu. Kami sempat berbual dengan sepasang suami isteri yang baru beberapa hari melangsungkan perkahwinan selepas meminta mereka mengambil gambar kami.

Sejam di Pulau Bamboo, kami meneruskan perjalanan untuk menyaksikan Viking Cave dimana gua ini merupakan tempat masyarakat tempatan mengutip dan mengumpul sarang burung layang-layang untuk dijual. Bot kami semakin perlahan apabila membelok ke sebuah teluk yang dikelilingi batu kapur. Kami terpesona dengan pemandangan yang cukup menakjubkan. Air yang jernih menampakkan  ikan-ikan berkumpul berebut roti yang kami lempar dari dalam bot.  Batu-batu kapur yang membentuk formasi bukit dengan struktur unik dan bahagian puncaknya dilitupi dengan pokok-pokok hijau begitu tepat padanannya dengan air yang jernih yang juga menghijau.




Selepas menikmati pemandangan yang cukup mendamaikan, bot kami berlabuh di salah satu destinasi yang popular iaitu Maya Bay. Maya Bay merupakan lokasi penggambaran filem The Beach lakonan Leonardo Di Caprio yang diterbitkan pada tahun 2000. Ketika kaki aku mula menjejakkan kaki ke pantai ini, aku mula mengingat kembali babak-babak filem itu yang pernah aku tonton suatu masa dahulu.



Menariknya Maya Bay selain pantainya yang cukup cantik adalah setiap pengunjung boleh meneroka ke bahagian dalam pulau kerana terdapat satu denai yang disediakan. Kami terus menyusuri denai itu untuk melihat sebahagian lokasi filem itu dan dikatakan sebahagian set penggambaran iaitu pondok-pondok yang terdapat di pulau itu masih dikekalkan. Cukup menarik apabila kami akhirnya ‘tembus’ ke sebuah lagi pantai selepas melewati kawasan pondok-pondok dan taman yang cukup terjaga. Kami dihidangkan dengan pandangan yang memukau dan kami teruja untuk memanjat sebuah tangga yang dibina diatas batu yang besar untuk menyaksikan pemandangan indah dari aras yang lebih tinggi.

Hampir sejam meneroka pulau itu, kami kembali ke pantai yang dipenuhi ratusan pengunjung. Ada yang bermandi-manda dan ada yang menjemurkan badan di atas pasir yang halus dan memutih. Kesempatan yang ada kami mengambil gambar di salah sebuah pulau popular di Thailand itu sebelum kembali ke bot untuk menuju ke destinasi yang seterusnya.



Bot kami kemudiannya berhenti sedikit jauh dari pantai dan kami terus dibekalkan dengan alatan-alatan untuk aktiviti snorkelling. Seorang demi seorang mula terjun bersama roti yang dibekalkan. Air yang sejuk dan jernih terus-menerus memperlihatkan ikan-ikan pelbagai warna dan saiz bermain-main di bawah permukaan air. Yang pasti, pandangan kami telus sehingga ke dasar yang  kami anggarkan sedalam kira-kira 20 kaki.

Seterusnya kami dibawa satu lagi lokasi untuk snorkelling yang lebih hampir dengan Pulau Phi Phi Don. Kali ini airnya lebih cetek kerana adakalanya kaki kami terkena terumbu karang yang terdapat di kawasan itu. Istimewanya, kali ini kami bukan sahaja dapat melihat ikan-ikan tetapi dapat menyaksikan terumbu karang pelbagai bentuk dan warna yang menghiasi dasar laut dengan lebih dekat lagi.  


Bot kami seterusnya berlabuh di Pulau Phi Phi Don yang merupakan antara pulau terbesar dalam gugusan kepulauan Koh Phi Phi. Kali ini kami akan menikmati makan tengahari dan juga berehat-rehat sebelum kembali ke Krabi. Juadah dihidangkan secara buffet dan nasi serta lauk-pauk semuanya disediakan oleh beberapa orang wanita Islam berketurunan melayu. Pengalaman makan-makan beramai-ramai di dewan terbuka yang luas bersama pengunjung yang lain merupakan pengalaman yang bukan mudah untuk kita temui.


Masa yang masih panjang, kami berjalan-jalan di sekitar pantai, menjenguk sebentar di kedai cenderamata dan akhirnya menaiki bot untuk kembali ke Krabi. Di dalam bot, kami dihidangkan dengan buah tembikai dan buah nanas. Sebelum ini kami diberikan air mineral dan air Coke yang sejuk.



Sesampainya di Krabi, ada trak yang sudah menanti. Selepas sampai di hotel, kami bersiap-siap untuk keluar berjalan-jalan di sekitar kedai-kedai di Pantai Aonang untuk membeli cenderamata. Sehingga ke malam kami melewati kedai demi kedai dan gerai demi gerai dan banyak terbaca mengenai pakej elephant riding dan juga water rafting. Oh ya! Esok kami perlu balik ke Malaysia. Kalaulah ada sehari lagi!

HARI KETIGA : Pagi hari terakhir di Krabi kami mulakan dengan bersarapan di sebuah gerai di tepi jalan. Kami telah berpakat untuk berjalan-jalan saja di sekitar Ao Nang memandangkan kami perlu menuju ke lapangan terbang sekitar jam 12.

Perasaan berbelah bagi terpaksa diketepikan memandangkan kami ‘kekurangan’ sehari untuk menjalankan beberapa lagi aktiviti menarik di Krabi. Percutian singkat ini membawa seribu makna kerana Krabi menjadi saksi kepada percutian pertama kami selepas berumahtangga. Semoga memori ini menjadi memori terindah buat kami dan kami berdoa agar pelayaran hidup kami berdua segalanya indah sepertimana keindahan-keindahan yang kami temui di Krabi.

51 ulasan:

waniemizie said...

slm kak...tumpang tanye,hotel akak sewa tu brapa rm 1 mlm ye?bminat nk brcuti jgk ni.hehehee

sagahayat said...

sy ni abg bukan akak...hehe..sewa tu dlm rm 100 semalam...

sagahayat said...

sy cdgkan saudari bukak agoda.com atau asia room untuk booking hotel atau tgk harga....

✿نور بادارياه بادارودين said...

salam nak tanya la abg.hotel abg duduk ni jauh x dari pantai?

✿نور بادارياه بادارودين said...

salam abg nk tny la.hotel yg abg n akk duduk ni jauh tak dari pantai?n klu da amek pakej island hopping tu dyorg sediakan transpot ke nk ke pantai tu?

sagahayat said...

hotel tu tak la jauh sgt dr pantai..dlm 7 ke 10 min jalan kaki..dr hotel tak nmpk pun pantai..tp byk je hotel2 lain yg lebih dekat dgn pantai..pakej island hopping tu tmasuk dgn transport..dorg amik n hantar kita ke hotel....

Unknown said...

salam..nk ty p krabi ni under pakej @ sndri punya pakej? sy bercadang nk p honeymoon kt krabi tp xder pnglaman p jauh2 nih..blh advise x?

sagahayat said...

boleh xde mslh....

kami dulu x gune pakej..main gamble je..selamat je rasa kat sane sbb rasa mcm kat tmpt kite...yg penting kene plan baik punye..kami dulu x plan sgt..redah je...ok ni beberapa advice..hrp mmbantu....

1.pilih waktu yg sesuai utk kesana.kalo cuaca x baik x dpt pegi pulau2 sbb laut gelora.boleh google cuaca krabi
2. booking hotel awal2 (ao nang beach) via agoda.com, asiaroom or lain2..kalo walk in pun boleh..tp takut penuh...
3.sampai airport suruh driver taxi bawak ke Ao Nang Beach sbb Krabi tu pekan biasa yg jauh dr pantai..tambang taxi aritu dlm RM60
4.kebanyakan hotel ade link terus dgn sewa scooter, pakej island hopping, elephant riding dll..so boleh deal terus..ataupun kat sepanjang kedai2 kat ao nang tu byk giler pakej2 yg ditawarkan..harga boleh tawar...
5. rancang hari pertama nak wat ape, kedua nak wat ape...supaya terancang.kami dulu terkurang sehari..tak dpt naik gajah n waterrafting
6.takde mslh pasal mknn sbb byk gerai or kedai mkn muslim kat sane....tp bwk la roti ke, cokelat sbg smpingan....

harap mmbantu..tq....

nissa said...

salam..kalo x kisah bole x awk share dgn saya berapa kos pergi blk/hotel/transport n misc..pendek cite kos keseluruhan ke sana?tq

sagahayat said...

boleh xde masalah.yg ni anggaran lebih/kurg perbelanjaan..kalo nak detail dah lupe...ni kos utk dua org utk 3 hari 2 mlm

-tiket flight pegi balik rm250x2org=rm500
-hotel satu mlm rm100x 2mlm=rm200
-island hopping rm100x2org=rm200
-sewa skuter rm23 sehari x 3 hari=rm69
-taxi dari airpot ke ao nang beach rm60x2=rm120
-makan =rm100
-lain2=rm100

total = rm1289
so lebih kurg sorg bajet dlm rm 600 lebih...

kalo nak try elephant riding or waterrafting sy cdgkan supaya saudari lebihkan sehari (4h/3mlm) n lebihkan bajet....

*nak lebih bajet tgu promo airasia..boleh dpt tiket flight yg giler murah

harap membantu....tq



Anonymous said...

sangat membantu

sagahayat said...

thanks..semoga catatan ni bagi manfaat pd sume....

intan said...

best nyer.. tak sabar rasa nyer nak pegi.. saya dah boking flight hujung bulan april nie.... krabi tungguuuuuu....

intan said...

tak sabar yer nak pg... saya dah boking flight hujung bulan april nier... krabi tungguuuuuu..... :)

sagahayat said...

slmt melancong intan....nnti2 pandai2 la bargain utk dpt pakej island hopping or pakej2 lain dgn harga lebih murah..kat sana harga boleh tawar sbb persaingan kuat..byk agency wat pakej yg same....

nor suraya johari said...

salam,
sdr menginap di hotel mana ya? boleh bg suggestion hotel yg murah...tq

sagahayat said...

Wslm.sy dulu kat hotel aonang goodwill.satu mlm rm100.sy booking guna agoda.com..sy cdgkan saudari cube cri harga hotel termurah di agoda.com,asia room dll.harap mbntu

nor suraya johari said...

T.kasih sdr

zaridah said...

wau thnxx!!

zaridah said...

thanx.. x sabar nk p

zaridah said...

pakej island hopping sekali dgn snorkelling ke?

sagahayat said...

Pakej island hopping skali dgn snorkeling

IbuAeman&Syaza said...

wow!!! ni yg pale otak nk plan ke sane nih.. best2.. byk sgt infrmtion,, tq..

sagahayat said...

jgn tunggu...sila la pegi...best...

Anonymous said...

salam..nk tnye hotel goodwill 2 ok x?? kre2 dr skala 1-10..ley bg brape??

Unknown said...

Salam....nk tny kt karabi dia org lebih speaking ke malay....

Unknown said...

Salam....nk tny di karabi lebih speaking ke malay

sagahayat said...

hotel goodwill sy bg 8/10.....nape sy bg 8 sbb bilik sy aritu kat tingkat 4 n xde lift..then hotel ni agak jauh dr pantai..dlm 10 minit jalan kaki....tp pekerja sgt helpful..tolong kita booking tour, island hopping n lain2..bilik mmg sgt selesa..ada balkoni so boleh tgk kat luar....

sagahayat said...

hafizah...kat krabi ni dorg byk speaking..tp kdg2 speaking pun x gune sbb ade gak yg jawab dlm bahasa thai...so pendapat sy ckp je bahasa apepun..even bahasa isyarat skalipun..yg penting dua2 pihak paham....hehehe

miz nurulz said...

salam..saya nak bertanya..jika travel sendiri ke krabi agak2 nya berapa lama ye untuk sampai kesana?dan agak beriso x?

Anonymous said...

salam bro,
Nak Tanya,riding motor disana kena buat urusan apa2 tak ngan jpj Malaysia,nak kena apply international lesen?ataupun xperlu..

sagahayat said...

Salam.saya dulu sewa skuter kat sane.org yg sewa skuter sy dulu pegang pasport spjg sy sewa skuter tu.xde mintak lesen pun.tp kalau nak riding dr msia,sy x pasti pulak.tp sy rasa,takde mslh kot.lesen msia sy rasa valid kat thailand....harap membntu

Anonymous said...

salam, saya ada buat trip g krabi phuket..4h3m cuma rm850 sahaja... semua skali termasuk makan minum, hotel, bot, ... kalau berminat bley hubungi saya
0147393118 kak ana

Anonymous said...

Salam kak ana, nak tanye la..sy nak pi thn dpn dlm bln 6..dah book tiket..pakej akak tu rm850 utk 2 org ke sorang??

Anonymous said...

salam. saya pun bercadang nk honeymoon ke krabi. cuma saya nak pendapat awak sama ada batter pergi sendiri atau by travel agent?
if pergi sendiri, senang tak nk cr hotel, kedai makan dan ke tempat2 menarik?
i hope awak blh bagi details ke email ini nadia_salin@yahoo.com

Anonymous said...

Bestnya baca stori saudara...sgt byk membantu,menarik dan yakin utk kesana...x sabar nak gi.....n keliling pulau.. tqvm

sagahayat said...

terima kasih..slmt mengembara nnti.....

Unknown said...

jika anda ingin ke KRABI dengan pakej2 yang sangt murah boleh melawati facebook kami di JS VAN TOURISM SERVICE

Unknown said...

tankz 4 info...

Unknown said...

tankz...

Anonymous said...

Salam..sek somi ada wat rombongan ke krabi.ikut hati mmg nak join..tp kami ada bby..somi kata tak elok bawak bby..panas..so bole bg pendpt. ?sama ada pegi o tak?sesuai tak bawak bby pi krabi?

sagahayat said...

Krabi ni nama pantai dia pantai aonang.lbh kurg sama mcm pntai kt msia.cuaca pun panas mcm kat msia.bleh je bwk baby.tp kalo island hoping ke pulau tu kurg sesuai.bot thentak2

MAHATHIR BIN ABDUL WAHID said...

salam sahabat lama shamsul amri..tahniah la ada blog sendiri..aku dlu cadang nak wat travelog mcm kau gak tapi tak jadi sbb malas.hehe..aku tgh search nk g krabi tetiba tjumpa blog kau ni..papahal pn tahniah byk mengembara skng..semoga kembara kita akan mendekatkan diri kita kepadaNYA..amin;-)

sagahayat said...

Wslm.aku mmg suke travel.wife pn sama.dulu rajin gak la nk tulis blog.skrg xsempat2.apepun slmt melancong gak.best gak g krabi ni.tq bc blog aku

Fazli_MFB said...

salam bro... thank share info ke krabi nie...menarik utk dijadikan rujukan kpd yg 1st time nk ke sana...hehe...InsyaAllah bulan 9 ni aku ngan kwn2 ke sana pulak..thank again...

sagahayat said...

sama2...slmt melancong....

Adahshada said...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ..
Saya nk Tanya.. Utk pakej island hopping tu.. Mcmana awk cari yang lunch dia Muslim yang sediakan.. Apa Nama company yg arrange utk island hopping awak tu ye.. Saya nk pergi Minggu depan..

sagahayat said...

Maaf sy x ingat.tp trip sy pgi ke bamboo island,viking cave,maya bay n phi phi island.mknn halal disediakan kat phi phi don island.sy rasa kbykn bot akan singgah mkn kat tmpat yg sama wpun dr syarikat yg lain.better tnya dulu sblm booking sbb ada byk cmpany yg buat island hopping ni

Frh Diana said...

Salam,kalo sy pg bln 11 mmg cuaca xelok ke.tapi sy baca dalam blog org kate musim dingin.maknenya xujan ke 2..

sagahayat said...

Sy x pasti mengenai cuaca pd bulan 11.lebih baik dgn info melalui internet mgenai ramalan cuaca krabi or phuket

Unknown said...

menarik nya percutian...tq for sharing..

btw..jom lawat blog saya

www.sihatnatural.blogspot.com

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...