TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI

Friday, December 31, 2010

Demi menyara keluarganya, Cheng Guorong tekad meninggalkan kampungnya pada tahun 1996 berhijrah ke bandar Ningbo untuk mencari pekerjaan. Dia berjaya memperolehi pekerjaan dan sering mengirimkan wang untuk kegunaan isteri dan dua anaknya di kampung.

Malang tidak berbau, suatu hari Guorong dirompak. Semua duit simpanannya hilang serta merta. Sudah jatuh ditimpa tangga, dia dibuang kerja. Guorong tiada pilihan. Dia terpaksa hidup bergelandangan dan mengemis setiap hari demi meneruskan hidup. Guorong malu dan tidak berani berhubung dengan keluarganya lantaran dirinya sendiri kais pagi makan pagi kais petang makan petang dan dia gagal menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa untuk memberi nafkah kepada keluarganya.

Guorong mengalami tekanan jiwa. Ditambah lagi dengan hidup sebatang kara, Guorong bergelumang dengan rutin menyelongkar tong sampah demi mengalas perut saban hari.

Sehinggalah 14 tahun kemudian, seorang fotografer amatur merakam gambar seorang pengemis yang sedang berjalan di Ningbo, China. Walaupun selekeh, berpakaian kotor, berambut panjang dan seperti tidak terurus, lelaki tersebut memiliki seraut wajah yang kacak. Foto itu kemudiannya dimuatnaik oleh fotografer itu ke internet dan tanpa diduga foto itu menjadi begitu popular di internet dan ramai mencari pengemis tersebut di jalanan. Pengemis itu adalah Guorong.

Gambarnya juga dijadikan muka hadapan sebuah majalah di China. Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen. Guorong pantas digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet. Gambarnya yang satu itu diedit oleh peminat-peminatnya yang hanya menggunakan wajahnya dan dikongsi di internet. Dia persis model profesional mahupun selebriti tersohor.

Guorong terpijak rezeki. Dia menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan. Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan.

Kisah tragis Guorong yang hidup bergelandangan juga mendapat simpati para peminatnya. Mereka berjaya mengumpul sumbangan 100 ribu yuan supaya dia dapat kembali ke pangkuan keluarganya dan hidup normal.

Sebelum dia tiba dikampungnya, saudara-maranya menyangka dia sudah mati tetapi liputan mengenainya di dada-dada akhbar dan foto-fotonya di internet menyangkal sangkaan itu. Namun sayang seribu kali sayang, ketika kembali ke kampung halamannya, isteri dan ayahnya yang ditinggalkan selama 14 tahun sudah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Guorong tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapat berita kehilangan orang yang tersayang.

Guorong : sebelum & sesudah

Tuah ayam nampak di kaki tetapi tuah Guorong bermula dengan sekeping gambar yang mengubah hidupnya seratus peratus. Fesyennya menjadi ikutan dan menjadi inspirasi kepada pereka fesyen. Namun hingga ke saat ini Guorong masih menghadapi kesukaran beradaptasi dengan kehidupan barunya selaku selebriti kerana dia masih trauma dengan kehidupan bergelandangan selama bertahun-tahun di Ningbo. Walaupun begitu dia masih Guorong yang dahulu yang merendah diri, pendiam dan pemalu.

LAYAR PERAK PECAH PANGGUNG

Thursday, December 30, 2010

Forbes.com menyenaraikan 10 filem Hollywood paling laris dipawagam seluruh dunia bagi tahun 2010. Kebanyakan filem yang tersenarai adalah filem animasi. Toy Story 3 dan Alice in Wonderland mencecah kutipan melebihi 1 bilion dolar Amerika dari pawagam seluruh dunia sekali gus tersenarai ke tempat kelima dan keenam dalam kelompok filem-filem Box Office keseluruhannya setakat ini.

1. TOY STORY 3

Jumlah kutipan : $1,063,143,492


2. ALICE IN WONDERLAND

Jumlah kutipan : $1,024,299,722

3. HARRY POTTER & THE DEATHLY HALLOWS PART 1

Jumlah kutipan : $862,792,000

4. INCEPTION

Jumlah kutipan : $825,446,026


5. SHREK THE FINAL CHAPTER

Jumlah kutipan : $739,813,967


6.THE TWILIGHT SAGA : ECLIPSE

Jumlah kutipan : $693,480,124


7. IRON MAN 2

Jumlah kutipan : $621,751,988


8. DESPICABLE ME

Jumlah kutipan : $539,988,005


9. HOW TO TRAIN YOUR DRAGON

Jumlah kutipan : $494,878,759


10. CLASH OF THE TITANS

Jumlah kutipan : $493,214,993


Nota : Sagahayat menonton 7 daripada 10 filem tersenarai.

TERINDAH ITU SEMENTARA

Wednesday, December 29, 2010

Satu emel menyenaraikan beberapa perkara yang tercantik dan terindah di dunia menerusi pandangannya. Yang terindah itu adalah;

RUMAH TERINDAH DI DUNIA
Lokasi : Barcelona, Sepanyol
Milik Pemain Bolasepak terkenal, Ronaldinho


BANDAR TERINDAH DI DUNIA
Vancouver, Kanada


KANAK-KANAK PEREMPUAN TERCANTIK DI DUNIA
Fatima dari Maghribi


SEPASANG MATA TERINDAH DI DUNIA
Milik seorang gadis dari Afghanistan


AIR TERJUN TERCANTIK DI DUNIA
Air terjun Niagara di Amerika Syarikat & Kanada


JAMBATAN TERINDAH DI DUNIA
Lokasi : Jepun


KUDA TERCANTIK DI DUNIA
Seekor kuda di Arab Saudi

Apapun sama ada yang indah ataupun tidak semuanya hanyalah sementara. Ianya adalah pinjaman dari Ilahi. Jadikanlah hidup kita lebih indah dan lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Dan insan yang terindah adalah insan yang terzahir keindahan dari dalam hatinya.

VILA PANTAI PAK ARAB

Sunday, December 26, 2010

Dubai sentiasa membina sesuatu yang menakjubkan yang mampu menggegar dunia. Burj Al Arab umpamanya adalah satu-satunya hotel yang bertaraf 7 bintang di muka bumi. Satu lagi projek yang menelan kos yang amat tinggi yang dihasilkan adalah Palma Jumeirah. Tanah ditokok membentuk pulau yang berbentuk sepohon pokok palma dengan 16 pelepah. Dikatakan pulau buatan manusia ini dapat dilihat dari angkasa lepas.

Terdapat banyak vila-vila yang didirikan dan sebuah monorail menghubungkan dari tanah besar ke pulau buatan ini. Dua lagi gugusan pulau buatan selain Palm Jumeirah adalah Palma Jebel Ali dan Palma Deira. Sudah semestinya vila-vila ini menjadi milik pak arab jutawan dan ternama lain dari seluruh dunia.








DUA HARI DI PASIR LANUN

Friday, December 24, 2010

Setelah setahun berlalu, aktiviti perkhemahan tahunan kembali lagi. Kali ini Pantai Pasir Lanun yang terletak di Mersing, Johor menjadi pilihan dengan disertai seramai 11 orang iaitu Sya, Akmar, Tart, Halim, Rehan, Fad, Ain, Azwad, Am, Che Yeop dan Akem.

Kami bertolak dari stesen bas di Bukit Jalil pada jam 10.30 malam. Kami sepatutnya menaiki keretapi tetapi tiket keretapi sudah habis. Bak kata Sya menerusi mesejnya, “Sori kawan-kawan. Tiket keretapi dah abis. Singapore ada public holiday hujung minggu ni. Petang ni aku pegi beli tiket dengan Fad”.

Jam 4 pagi kami tiba di Felda Nitar iaitu kampung halaman Sya. Kami disambut Pak Jas iaitu ayah Sya yang menunggu disimpang masuk ke felda itu. Kopi, rempeyek dan pelbagai cerita yang menghamburkan hilai tawa memenuhi dinihari rumah Pak Jas dan Mak As. Selepas subuh kami sambung dengan petikan gitar dan paluan gendang kecil sementara menanti sarapan disediakan. Rumah itu bagaikan milik kami sendiri apabila kami menyanyi-nyanyi dan segala kenangan yang melucukan di zaman universiti dihidang satu persatu oleh aku, Tart dan Azwad sehinggalah kami dihidangkan dengan nasi ambeng yang bagi aku merupakan pengalaman kali pertama menikmati makanan tradisi jawa ini.

Jam 8 pagi, Pakcik Janos, si pemandu van yang kami beri gelaran The Jonas Brothers sudah tiba dihalaman rumah. Kami meninggalkan Felda Nitar bagi meneruskan perjalanan ke Pantai Pasir Lanun. Kami tiba di Pantai Pasir Lanun pada jam 9.30 pagi. Pantai itu sudah meriah dengan ramai askar yang mengadakan hari keluarga. Lagu ‘Kenanganku’ dendangan Jefrydin seolah-olah menyambut ketibaan kami yang agak terkejut melihat begitu ramai orang di pantai itu. Jalan sekeliling hutan kecil dan tidak bertar tidak menjanjikan pantai itu masih liar sebaliknya terdapat chalet-chalet dan restoran.

Selepas hampir 15 minit, kami sudah mendapat tapak khemah. Empat khemah didirikan dan banner dipasang diantara khemah untuk menunjukkan kehadiran kami adalah dalam bentuk kumpulan yang telah terbentuk sejak empat tahun yang lalu. Ombak yang memukul pantai memanggil-manggil kami untuk turut serta bersama pengunjung yang lain bermandi-manda dalam suasana yang agak mendung di pagi sabtu itu. Walaupun air agak keruh dan ombak agak tinggi, kami tidak melepaskan peluang bermain dengan ombak yang datang menderu dengan ketinggian yang adakalanya mencapai hampir 2 meter.

HUJAN DAN ANGIN

Walaupun hujan turun di tengahari, ia tidak menghalang untuk kami bersuka ria di situ. Hujan mula melunturkan tulisan ‘Getaway Pasir Lanun’ pada banner kami yang ditulis menggunakan buncho berwarna kuning. Akibatnya, 'kuah masak lemak' tiba-tiba muncul diatas kanvas yang kami hampar. Azwad, Tart dan Che Yeop menahan khemah dalam kedinginan hujan bagi mengelakkan khemah terbang.

Hari itu kami tidak perlu memasak kerana sudah dibekalkan oleh Mak As nasi putih bersama ayam masak kicap dan sayur campur. Cuaca sejuk menyebabkan kami cukup berselera menjamu makanan. Apabila hujan reda, kami membentang tikar dan mula mendendangkan lagu-lagu sumbang sambil aku dan Che yeop bergilir-gilir memetik gitar. Angin menderu-deru bersama ombak laut yang tidak pernah berhenti mencipta suasana dingin dan nyaman.

Berhampiran tapak khemah kami terdapat buaian yang diperbuat daripada tali. Pelbagai aksi kami gayakan seolah-olah kami ini masih anak-anak kecil yang kemaruk bermain di taman permainan. Kami juga mengambil kesempatan untuk bergambar dan sudah pasti gambar-gambar itu nanti akan dimuatnaik ke facebook.

Selepas maghrib, kami menyediakan makanan. Nasi putih, sardin, tumis sayur dan kari ayam menjadi hidangan kami untuk makan malam. Selepas makan, semuanya sudah bersedia. Malam itu kami penuhi dengan permainan game spontan dan teka filem serta lagu. Hilai tawa bergema lagi sehingga jam 12 malam apabila hujan mula turun. Namun kami masih setia dibawah kanvas untuk mendengar jawapan lagu ‘Cinta Melankolik’ (sepatutnya Cinta Melankolia) yang tidak dapat diteka oleh kumpulan perempuan.

Malam itu kami sepakat untuk bermalam di wakaf memandang hujan turun dengan lebatnya. Nyamuk, hujan lebat dan angin laut menjadikan tidur kami kurang lena walaupun masing-masing kurang tidur sejak semalam.

EMPAT TAHUN

Keesokan harinya kami mula berkemas. Aku, Azwad dan Akem mengambil kesempatan untuk ‘melawan’ ombak buat kali terakhir sebelum meninggalkan Pasir Lanun. Jam 11 pagi Pak cik Janos sudah bersedia membawa kami ke Mersing. Kami seterusnya meninggalkan Mersing dan akhirnya tiba di Kuala Lumpur pada jam 7 malam.

Walaupun keadaan Pantai Pasir Lanun kurang menarik lantaran musim tengkujuh, tetapi kami percaya imej sebenar pantai itu sangat cantik. Gugusan pulau menghadap pantai serta tanjung berbatu yang mengapit teluk di pantai itu sememang merupakan lanskap semulajadi yang menarik. Tambahan pula gambar yang kami lihat sebelum ini adalah 'pantai yang berair biru dengan ombak yang sederhana'.

Musim hujan mengubah lanskap Pasir Lanun yang dikatakan menjadi tempat pelabuhan lanun-lanun perairan Mersing suatu masa dulu. Namun begitu masih ramai yang berdedai datang berkelah dan bermain ombak termasuklah kami.

Apapun nilai persahabatan antara kami tetap utuh walaupun ada diantara kami yang hanya dapat bertemu setahun sekali dalam acara sebegini. Pedulikan cuaca atau tempat yang kurang memuaskan, kerana kami percaya perjumpaan sebegini bukan mudah dilaksanakan lantaran komitmen keluarga dan kerjaya.

Tiba-tiba aku teringat aku ada mengeluarkan kenyataan pada yang lain. “Aku bangga. Orang lain pun berkawan. Tapi diorang tak boleh buat macam kita. Bukan semua orang boleh pegi camping setiap tahun. Dah 4 tahun kita buat”. Apabila dilihat kembali pada gambar banner, memang benar. Sudah 4 tahun. Ya, 4 tahun!


Nota : Terima kasih tak terhingga kepada Pak Jas & Mak As!

FAKTA DEMOGRAFI MALAYSIA

Banci penduduk Malaysia telah dijalankan pada 6 Julai sehingga 22 Ogos yang lalu. Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna bagi merancang dan melaksanakan dasar pembangunan negara. Banci sebelum ini dijalankan pada tahun 1970, 1980, 1991 dan 2000. Berikut adalah info banci penduduk Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia;

JUMLAH PENDUDUK MALAYSIA TAHUN 2010 : 27,565,821

BILANGAN PENDUDUK LELAKI 2010 : 14,112,667

BILANGAN PENDUDUK WANITA 2010 : 13, 453, 154

NISBAH PENDUDUK LELAKI KEPADA PEREMPUAN : 105:100

BILANGAN ISI RUMAH : 6, 396,174

JUMLAH TEMPAT KEDIAMAN : 7,380,865

TABURAN PENDUDUK PALING TINGGI 2010 : Selangor sebanyak 5,411,324

PERTUMBUHAN PALING PESAT : Putrajaya (67,964) dengan 17.77%

PURATA KADAR PERTUMBUHAN PENDUDUK TAHUNAN 2000-2010 : 2.17%

PELANDUK DUA SERUPA

Wednesday, December 22, 2010

Pengacara jelita Indonesia, Luna Maya mengaku bahawa wanita di dalam video klip lucah itu bukan dirinya ketika perbicaraan berlangsung di Jakarta. Mungkin ada benarnya kerana kata orang di dalam dunia ini ada 7 orang yang mempunyai wajah yang hampir sama. Sebab itu ada peribahasa pelanduk dua serupa.

Di barat, orang-orang tertentu yang mempunyai wajah persis selebriti 'mengambil kesempatan' dengan menggunakan rupa paras mereka sebagai kerjaya tetap mereka bagi menghibur para tetamu di dalam keraian, parti, majlis dan sebagainya. Mereka diupah bagi melayan dan menghibur tetamu dan berlagak seperti selebriti yang asli.

Mereka ini digelar 'impersonator' dan meniru gerak geri dan gaya percakapan selebriti tersebut. Walaupun orang tahu mereka bukan selebriti yang tulen, namun ramai juga yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar. Jom kita lihat sebahagian 'impersonator' dibawah. Cuba teka yang mana satu selebriti tulen?













LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...