DI TENGAH JALAN DI TENGAH KOTA

Monday, May 30, 2011

Orang kata jauh berjalan, luas pengalaman. Tetapi pengalaman sebenarnya dapat diraih dimana saja kita berada walaupun kita berjalan-jalan di sekitar kota. Pelbagai ragam dapat disaksikan sama ada di tengah ataupun di pinggir jalan yang kebanyakannya melucukan. Ada yang berlaku secara spontan dan ada juga kesilapan-kesilapan teknikal yang tidak disedari seperti kesalahan papan tanda yang mengundang tawa kita. Jom kita tengok apa yang ada di tengah jalan, di tengah kota.


Menanti lampu hijau


Papan tanda yang dengki

Geiser tempatan


Boleh masuk atau tidak ni?


Jalan pelbagai hala


Pohon nan sebatang


Penunggu tiang lampu


Kekurangan 'K'


Jalanku Syurgaku

Lintasan lembu




Papan tanda bahasa rojak


Cinta Untuk Is


Cinta Untuk Is II : Iswara


Sudahkah anda melindungi kemaluan anda?


Kerana ACE Insurance melindungi kemaluan anda!

UJIAN DEMENTIA

Sunday, May 29, 2011

Segelintir warga emas selalunya berhadapan dengan masalah ingatan, perhatian dan menyelesaikan masalah. Ini adalah simpton dementia iaitu kemerosotan fungsi kognitif otak akibat proses penuaan. Dementia secara mudahnya adalah nyanyuk. Alzheimer pula merupakan salah satu penyakit yang digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) tetapi ia dikatakan bukan berpunca daripada proses penuaan.

Apapun, untuk menentukan seseorang itu mengalami dementia, satu ujian boleh dijalankan. Ujian itu adalah Pencapaian Ujian mental Ringkas (Abbreviated Mental Test Score). Di bawah ini adalah beberapa soalan untuk menguji sama ada anda sudah nyanyuk atau tidak.

SOALAN PERTAMA : Anda sedang berlari dalam satu perlumbaan. Anda memintas orang yang berada di kedudukan kedua dalam perlumbaan itu. Jadi, apakah kedudukan anda sekarang?

JAWAPAN: Jika anda menjawab anda di kedudukan yang pertama, anda salah! Sebab jika anda memintas orang yang berada di kedudukan kedua, anda mengambil kedudukannya, jadi anda di kedudukan kedua!

SOALAN KEDUA : Anda dalam perlumbaan. Kemudian anda memintas orang yang berada di kedudukan terakhir. Jadi, apakah kedudukan anda sekarang?

JAWAPAN : Jika anda menjawab anda di kedudukan kedua terakhir, anda salah lagi! Sila jelaskan bagaikan anda boleh memintas orang yang TERAKHIR dalam perlumbaan. Sudah tentu tiada pelumba lain di belakangnya!

SOALAN KETIGA : Jawab soalan ini tanpa menggunakan kalkulator, pensil dan juga kertas. Ambil 1000 dan tambah dengan 40. Kemudian tambah 1000 lagi. Sekarang tambah 30. Tambah lagi 1000. Tambah pula 20. Sekarang tambah 1000 lagi. Akhir sekali tambah 10. Berapakah jumlahnya?

JAWAPAN: Adakah anda mendapat jawapan 5000? Jawapan sebenarnya adalah 4100. Tak percaya? Semak dengan kalkulator.

SOALAN KEEMPAT: Bapa Maria mempunyai lima orang anak perempuan iaitu 1. Nana 2. Nene 3. Nini 4. Nono. Apakah nama anak yang kelima?

JAWAPAN : Nunu? Salah! Namanya adalah Maria. Baca semula soalan!

SOALAN TERAKHIR : Seorang lelaki bisu ingin membeli berus gigi. Dia kemudian menggayakan aksi memberus gigi dan kemudian dia Berjaya membeli berus gigi itu. Seorang lelaki buta pula ingin membeli cermin mata hitam. Apakah yang perlu dia lakukan?

JAWAPAN : Dia hanya perlu membuka mulut dan meminta untuk membeli cermin mata itu. Dia buta bukannya bisu!

Nota : Soalan diatas bukanlah soalan utuk ujian dementia tetapi sekadar menguji kecekapan anda. Mengaitkan dengan dementia adalah sekadar untuk berkongsi sedikit info mengenai dementia ataupun nyanyuk.

SELERA EKSOTIK PADANG PASIR

Wednesday, May 25, 2011

Nasi beriani merupakan menu yang mudah ditemui di restoran-restoran di negara ini dan adakalanya menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk mengisi perut mereka. Tetapi jika anda diberi peluang untuk makan nasi beriani biawak padang pasir, mahukah anda menjamahnya?


Biawak padang pasir ataupun dhob merupakan haiwan yang hidup di padang pasir timur tengah dan merupakan haiwan spesis herbivor. Mempunyai ciri-ciri fizikal seperti berkepala seperti penyu, lidah seperti lidah manusia dan mempunyai ekor seperti buaya, haiwan eksotik ini diburu untuk dijadikan hidangan istimewa masyarakat arab.

Khasiatnya yang dikatakan boleh memulihkan kelelakian dan memberi kecergasan pada badan menyebabkan haiwan yang jangka hayatnya boleh menjangkau 90 tahun ini menjadi bahan utama untuk menyediakan nasi beriyani biawak padang pasir ataupun nasi beriyani dhob yang pastinya halal untuk dimakan kerana terdapat dalil hadis pada zaman Rasulullah SAW yang membolehkan umat Islam memakannya. Apa lagi? Jom kita rasa sendiri nasi beriyani dhob!










HANTU TETAMU LENSA

Saturday, May 21, 2011

Seekers dan Pemburu Hantu merupakan dua program televisyen tempatan yang memaparkan siri penyiasatan mengenai kewujudan hantu mahupun entiti seumpamanya yang berjaya dirakam sama ada dalam bentuk visual ataupun audio. Tidak hanya di Malaysia, barat juga lebih awal melakukan perkara yang sama menerusi program Ghost Hunter dan sebagainya. Namun rancangan-rancangan itu tidak pernah sesekali berjaya merakamkan imej hantu yang lengkap dan jelas sebaliknya hanyalah berbentuk orb (bebola cahaya), bayangan ataupun bentuk-bentuk yang kabur.



Tetapi ada beberapa foto yang terpapar imej yang tidak diketahui, berbentuk makhluk halus dan lantas kita menggelarkannya hantu yang berjaya ‘ditangkap’ imejnya menerusi lensa kamera secara tidak sengaja dan tanpa disedari. Sama ada gambar-gambar itu melalui proses pengubahsuaian ataupun tidak, di bawah ini adalah beberapa foto yang memaparkan imej ‘tetamu tanpa diundang’ yang bukan saja menyebabkan pemilik gambar berkenaan meremang bulu roma, malah kita juga yang melihatnya!































KESAMAAN PERKAHWINAN DIRAJA

Thursday, May 19, 2011

Perkahwinan Diraja diantara Putera William, Duke of Cambridge dan Catherine Middleton, Duchess of Cambridge berlangsung dengan gilang-gemilang dan ditonton oleh berbilion manusia di seluruh dunia. Perkahwinan itu berlangsung di Westminster Abbey pada 29 April 2011 dan dianggap perkahwinan terhebat untuk dekad ini.


Namun, 30 tahun yang lalu, sebuah majlis yang sama hebatnya pernah berlangsung di kota London. Bonda dan ayahanda kepada Putera William iaitu Putera Charles dan Lady Diana melangsungkan perkahwinan pada 29 Julai 1981. Menariknya, ada sedikit persamaan diantara kedua-dua majlis perkahwinan diraja ini walaupun jarak perkahwinan mereka terpisah selama tiga dekad. Mungkin anda dapat meneliti persamaannya menerusi gambar-gambar ini. Yang nyata, persamaan yang ketara adalah, Putera William & Putera Charles masing-masing memilih isteri daripada kalangan rakyat biasa, iaitu Kate Middleton & Diana Spencer yang sama cantik, sama menawan.























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...