SETAJAM MATA KUCING

Friday, August 10, 2012


Kucing merupakan salah satu haiwan yang memiliki penglihatan yang amat baik dan bermata tajam. Adakah mata anda setajam mata kucing? Jika anda mahu menguji tahap penglihatan anda, lihat gambar-gambar dibawah. Cari kucing yang 'tersembunyi' di setiap gambar-gambar ini. semoga berjaya!







PADAH TAK MENDENGAR KATA

Wednesday, August 8, 2012


Jika ibu bapa anda menasihati anda, turutlah kata-katanya. Seorang budak kecil di barat yang tidak mendengar kata ibu menerima padah apabila sebatang garfu tertusuk di hidungnya. Kejadian berlaku ketika keluarga itu sedang menikmati makanan. Budak itu berlari-lari sambil memegang sebatang garfu. Walaubagaimanapun pihak hospital berjaya mengeluarkan garfu itu dan mujur budak itu tidak mengalami kecederaan yang parah. Apapun, kesan luka tetap ada dan pasti memberi pengajaran kepadanya supaya mendengar kata orang tua.

GERABAK MAHARAJA

Wednesday, August 1, 2012


Andai anda berpoket tebal dan ingin mengembara ke seluruh India dalam satu perjalanan yang mewah dan klasik, pilihlah Maharajas Express . Maharajas Express merupakan salah satu daripada enam kereta api mewah di India yang menawarkan perjalanan kereta api mewah di seluruh India yang menjanjikan pengalaman yang paling indah. Anda akan dilindungi dengan insurans dan dilayan seolah-olah anda merupakan seorang raja. Maharajas Express diinsuranskan untuk kebakaran, gempa bumi, kecurian, dan juga keganasan.
Terdapat beberapa pakej yang tersediakan dan tambang bagi pelbagai perjalanan mewah ini bermula dengan harga RM 212,000 ($ 4,725) bagi satu kabin sehingga RM 900,000 ($ 17,500) bagi perjalanan selama 7 ke 8 hari bermula dari Delhi melewati kota-kota seperti  Agra, Gwalior, Khajuraho, Bandhavgarh, Varanasi dan Lucknow sebelum kembali semula ke Delhi. Satu lagi perjalanan bermula dari Mumbai dan melalui kota-kota seperti Vadodara, Udaipur, Jodhpur, Bikaner, Jaipur, Ranthambore, Agra dan berakhir di New Delhi.

Antara keistimewaan ‘gerabak maharaja’ ini termasuklah setiap kabin dilengkapi tingkap-tingkap panorama yang besar, kawalan suhu kabin individu, televisyen LCD, pemain DVD, telefon dail terus, peti simpan selamat elektronik dan juga kemudahan internet. Penumpang juga berpeluang menikmati sajian umpama raja dimana restorannya boleh memuatkan 42 orang pada satu-satu masa dan menyajikan hidangan bertaraf lima bintang. Terdapat juga bar dan juga butik didalam keretapi ini. Dan semestinya keseluruhan gerabak-gerabak ini dihias dengan gaya mewah dan klasik.












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...