SIANG DIPENDAM MALAM BALAS DENDAM

Saturday, August 27, 2011

Sebuah papan iklan bersaiz mega di Indonesia agak istimewa. Pada hari siang imej yang tertera pada papan iklan itu adalah imej pinggan mangkuk yang kosong. Menjelang malam, apabila lampu neon terpasang, imej itu berubah kepada pinggan mangkuk yang penuh dengan segala macam makanan.


Pada papan iklan itu juga tertera ayat 'Siang Dipendam Malam Balas Dendam'. Tapi harus kita ingat. Bulan Ramadhan yang mulia bukan bulan untuk kita mentekedarah pelbagai jenis makanan pada waktu malam. Sebaliknya, Ramadhan mendidik jiwa kita dalam erti kata bersyukur. Mungkin iklan ini agak menggelikan hati tetapi adakah mesejnya seolah-olah seperti Ramadhan dipendam (segala maksiat), Syawal Balas Dendam (segala maksiat)? Sama-sama kita renungkan.

MAKSUD TERSIRAT ISYARAT JALANRAYA

Thursday, August 18, 2011

Isyarat jalanraya merupakan panduan kepada pemandu untuk memandu secara berhemah di jalanraya dan juga demi keselamatan pengguna jalanraya. Namun imaginasi seseorang telah 'merungkai' maksud tersirat isyarat-isyarat jalanraya tertentu menerusi pandangannya. Jangan anda percaya kerana maksud tersirat ini hanyalah sekadar suka-suka.

















Dibawah ini merupakan satu lagi kreativiti. Isyarat jalanraya dijadikan satu cerita lucu yang agak lucah.

SEMPADAN ANTARA NEGARA

Monday, August 15, 2011

Suatu masa dulu terdapat sebuah artikel dalam akhbar harian mengenai sebuah keluarga di Sarawak. Menariknya tentang keluarga ini, adalah mengenai rumah mereka. Ruang tamu rumah mereka berada di Malaysia, manakala bahagian dapur dan tandasnya pula berada di negara Indonesia. Hal ini berlaku kerana keluarga ini membina rumah berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia di Borneo.


Menerusi artikel ini pula, anda dapat melihat sempadan antara-antara negara yang dipisahkan oleh gunung-ganang dan juga sungai. Yang lebih menarik, ada juga negara yang dipisahkan dalam satu bangunan dan juga garisan di kaki lima seperti sempadan negara Bosnia-Croatia dan Belanda-Belgium.




































BUKAN SEKADAR MEJA KOPI

Saturday, August 13, 2011

Gambar-gambar dibawah bukan sekadar meja kopi, tetapi meja-meja kopi yang unik kerana dibikin dalam bentuk yang berbeza. Fungsi meja kopi sebagai meja utama untuk tetamu dan tuan rumah menjadi satu tarikan kerana terdapat meja kopi yang berbentuk seperti gitar, mempunyai akuarium malah terdapat tumbuh-tumbuhan yang menjadi hiasan pada sebuah meja kopi.

























DARI LENSA KAMERA

Wednesday, August 10, 2011

Berbekalkan kamera berteknologi tinggi dan juga kepakaran dan pengalaman dalam bidang fotografi, inilah gambar-gambar yang berjaya dirakam oleh fotografer-fotografer profesional National Geographic.

Jika anda seorang amatur, tetapi mempunyai keghairahan yang tinggi dalam bidang ini, apa tunggu lagi. Sediakan kamera anda, pastikan ianya yang terbaik disamping ilmu khusus dalam bidang fotografer. Kreativiti dan kesabaran pasti menjanjikan imej nyata yang dilihat menerusi bebola mata, menjadi imej pegun yang cukup mempesonakan.

































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...