MUSIM DINGIN DI KOTA BEIJING - Bahagian I

Friday, December 16, 2011

Dengan harga tiket penerbangan Airasia pergi dan balik berharga RM680 dan juga pakej ‘on ground’ selama 6 hari 5 malam dengan Wenkt Vacation berharga RM440, saya dapat melancong ke Kota Beijing dengan harga yang cukup murah. Jika anda ingin melancong ke kota ini dengan pakej bajet dan ingin mengetahui pengalaman saya disana, teruskan membaca kerana saya, Azwad, Wan, Shahir, Nadia, Bujam, Aza dan tiga lagi keluarga sudah merasai pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa musim dingin di Kota Beijing.

RABU, 30 NOVEMBER 2011, JAM : 3.30 PETANG

Dalam perut kapal terbang ketika ia bersedia untuk mendarat, Azwad sempat mencelah “Welcome to Cairo”. Jelas kelihatan di tingkap kapal terbang, bumi Tianjin kelihatan gersang, pokoknya tiada daun, buminya kuning, cahaya matahari memancar kuat dan sememangnya kawasan luar kelihatan seperti tandus dan kering kontang.



Namun sebaik sahaja kaki kami melangkah keluar dari lapangan terbang, suhu beku mula menyedarkan kami bahawa Tianjin bersuhu 1 darjah Selsius, dan aku menjawab pada Azwad, “Haaa…ni la Kaherah ko”. Tianjin baru saja 20 hari memasuki musim sejuk dan keadaan yang seakan gersang adalah kesan musim luruh sebelum musim sejuk menjelma. Kami memasang badan dengan aksesori musim sejuk seperti sarung tangan, jaket dan juga penutup kepala.



Kami kemudian diperkenalkan dengan Jasmin, pemandu pelancong anak jati Beijing yang agak fasih berbahasa Indonesia. Dalam bas menuju ke Kota Beijing, dia mula bercerita mengenai aturcara sepanjang kami di ibu negara Republik Rakyat China itu dan menyelitkan juga dengan sejarah kota Beijing yang sangat panjang.
“Makanya, ingin saya jelaskan kepada saudara saudari. Kota Beijing ini sangat besar. Besar sekali. Di Beijing, penduduknya saja hampir menyamai penduduk seluruh Malaysia, iaitu sekitar 25 juta. Jumlah kereta sekitar 6 juta dan terdapar hampir 500,000 bas sekitar kota ini”, jelas Jasmin antara pelat cina dan loghat Indonesia yang bercampur-campur.



Sekitar jam 6 petang, selepas dua jam menaiki bas, kami tiba di sebuah restoran Islam yang tertulis perkataan arab ‘Mat’am Al Islami’ yang bermaksud tempat makan islam. Kami makan penuh berselera selepas menempuh perjalanan melebihi 6 jam dari Kuala Lumpur ke Tianjin dan dua jam dari Tianjin ke kota Beijing.

Acara kami yang pertama adalah menyaksikan persembahan akrobatik yang cukup mengagumkan. Anak-anak remaja seusia anggaran 8 ke 16 tahun menyajikan persembahan memusingkan badan rakan menggunakan kaki, memusing pasu, melompat ke dalam gelung yang berpusing dan persembahan penutupnya lebih mendebarkan apabila enam penunggang motosikal menunggang kenderaan itu dalam satu bebola besi yang besar serentak dalam satu masa. Kami bertepuk tangan namun tidak kedengaran kerana masing-masing memakai sarung tangan yang tebal. Tetapi sorak sorai kami sudah cukup memeriahkan suasana.



Malam itu kami mendaftarkan diri di Hotel Majesty yang bertaraf 4 bintang. Selepas meletakkan barang, kami tidak melepaskan peluang berjalan-jalan di kawasan sekitar menyaksikan panorama dan ragam penduduk setempat di kawasan sekeliling. Kedinginan suhu malam masih luar biasa bagi kami.



KHAMIS, 1 DISEMBER 2011
Jam 8.00 pagi, bas mula membawa kami ke Dataran Tian’ an men yang merupakan lokasi yang menempatkan pelbagai bangunan penting di Kota Beijing ini termasuklah The Chairman Mao Memorial Hall, The Great Hall of People, The Museum of The Chinese History, Zheng Yang Men Gate dan People’s Hero Monument. Ketika berada disitu, kami sedar bahawa kami berada di dataran dalam kawasan bandar yang terbesar di dunia iaitu seluas 440,000 meter persegi dan boleh memuatkan seramai 1 juta orang dalam satu-satu masa.


Kami diberi taklimat dan dinasihatkan supaya tidak berpecah memandangkan begitu ramai umat manusia di dataran ini. Jasmin kemudiannya memberi kami tempoh selama 5 minit untuk bergambar dan tempoh sesingkat itu kami guna sebaik-baiknya. Kami kemudiannya menuju semakin hampir dengan pintu masuk ke Forbidden City ataupun Kota Larangan. Pintu kota itu teguh tersergam dan potret gadang Mao Ze Dong terpampang dihadapan bangunan.


“Sape tu? Mazi Dong? Mazidul?”, tanya Wan pada aku merujuk pada potret itu. “Haah. Betul ar Mazidul. Mazidul Akmal Sidek”, jawab aku berseloroh. Jasmin menerangkan pada kami mengenai Mao Ze Dong yang menjadi kepala Revolusi China dan juga pengasas Republik Rakyat China. Kami bergambar beramai-ramai sebelum melalui terowong bawah tanah menuju ke Forbidden City. Setiap kali kami melalui terowong bawah tanah, terdapat pemeriksaan dijalankan terutamanya terhadap individu tertentu. Tetapi kami dalam kelompok kumpulan pelancong dibenarkan berjalan tanpa pemeriksaan.




Bukan hanya kami yang berada disitu untuk memasuki Forbidden City, tetapi terdapat beratus-ratus yang lain memenuhi setiap pintu masuk. Kami terpegun melihat dataran lain yang agak luas selepas melepasi pintu gerbang yang pertama. Dihadapan kami adalah bangunan istana yang tersergam indah. Bangunan-bangunannya hampir serupa tetapi tetap mempunyai kelainan yang tersendiri. Dinding merah dan atap jingga merupakan kemasan pada setiap bangunan. Bangunan juga dihiasi dengan ukiran yang dicat dengan warna hijau, biru, merah dan juga warna keemasan.


Kami difahamkan bahawa panjang keseluruhan Forbidden City dari hadapan ke belakang hampir 2 kilometer. Kompleks ini dikatakan mula dibina pada tahun 1406 semasa pemerintahan Dinasti Ming dan siap sepenuhnya 14 tahun kemudian. Ia turut tersenarai sebagai salah satu Warisan Dunia oleh UNESCO yang mana Forbidden City turut memegang gelaran sebagai kompleks istana bersejarah terbesar di dunia.

Jasmin terus menerus membawa kami mencelah-celah dalam kesibukan orang ramai dan terus berceloteh mengenai sejarah panjang Forbidden City dan dia cukup gemar bercerita mengenai Maharani Cixi dari Dinasti Qing. Menurut ceritanya, Maharani Cixi merupakan Maharani yang sangat cantik dan bijak menikmati hidup. Untuk setiap sesi makannya, pekerja-pekerja istana perlu menyediakan tiga meja yang penuh dengan hidangan. Meja pertama adalah untuk maharani itu melihat-lihat. Meja kedua adalah untuk maharani itu mencium bau hidangan-hidangan itu. Manakala meja yang ketiga adalah untuk si maharani merasai dan menikmati juadah itu. Dikatakan jumlah makanan yang terhidang untuk satu sesi makan bagi Maharani Cixi cukup untuk menampung keperluan makanan bagi 5000 petani selama sebulan!


Ketakjuban kami diteruskan lagi dengan cerita Jasmin mengenai Maharaja pula. Maharaja di Kota Larangan mempunyai 3000 orang gundik pada satu-satu masa. Setiap orang gundik perlu mandi telanjang bulat dan tubuh mereka akan dibalut dengan kain sutera sebelum dipersembahkan kepada maharaja. Hal ini bagi mengelakkan musuh yang menyamar sebagai gundik yang berniat membunuh maharaja dengan membawa senjata yang tersembunyi dalam pakaian mereka.




Mendengar cerita itu, aku terus berangan-angan ingin menjadi maharaja. “Best betul jadi maharaja, tapi letih sikit ar nak layan sorang-sorang”, kata aku bergurau sambil Azwad menjawab, “ Aku pun nak.Hahaha”.


Selepas hampir dua jam di dalam Forbidden City, bas membawa kami ke sebuah lagi restoran Islam. Kemudian kami ke sebuah pusat sutera yang terkenal di Beijing. “Lai lai lai lai lai!”, Begitulah pelawaan salah seorang pekerja yang menerangkan satu-persatu bagaimana sutera terhasil dan akhirnya membawa kami kepada ‘paksaan’ untuk membeli sutera mereka!



Dari pusat sutera, kami seterusnya menuju ke Masjid Niu Jie, iaitu sebuah masjid yang berusia lebih 1000 tahun. Masjid ini menjadi saksi kepada perkembangan islam di Beijing. Niu Jie merupakan salah satu kawasan dimana populasi umat islamnya lebih tinggi berbanding kawasan lain di Kota Beijing.



Bangunan masjid ini tidak ubah seperti tokong, tetapi kalimah-kalimah suci menghiasi setiap penjuru masjid di dalam dan di luar. Kami menunaikan solat dan kemudian mengambil gambar. Kawasan sekeliling Masjid Niu Jie sangat tenang dan landskapnya agak menarik kerana masih mengekalkan konsep bangunan tradisional cina yang asli.

Kami kemudian dibawa ke pasaraya berhampiran yang menawarkan pelbagai jenis makanan halal termasuklah sebuah medan selera yang menyajikan makanan yang semestinya halal yang berada di tingkat satu. Kami membeli beberapa jenis manisan atau kuih-muih sebelum kembali ke bas.



Acara seterusnya adalah melawat Tea House bagi menyaksikan bagaimana cara menyediakan minuman teh dan adat dan cara yang betul untuk minum teh. Kami diberi peluang untuk merasai kesemua jenis teh iaitu Jasmine tea, Oolung tea, Puer eh tea, Black tea. Dan semestinya ‘paksaan’ untuk membeli produk mereka merupakan perkara yang paling penting untuk ditangkis. Seorang gadis cina yang agak berisi sedaya upaya menjual produk ‘slimming tea’ pada Bujam. Aku hanya tersenyum dan terus berkata pada Azwad, “Kalo amoi ni kurus, percaya gak lah aku nak beli slimming tea ni”.


Kami kemudiannya beredar menuju ke sebuah lagi restoran Islam untuk makan malam. Sampai di hotel, kami terus meluru ke bilik Syazwan untuk ‘memborong’ t-shirt, alas meja dan cadar dengan harga yang murah kerana Aisyah dan Nora, penjual barangan tempatan yang diberi nama melayu oleh pengunjung dari Malaysia sebelum ini, sudah lama menanti.

Sebelum melelapkan mata, kami bertiga sempat berbual mengenai suhu sejuk di Beijing. Masing-masing memasang harapan agar salji akan turun tidak kira bila asalkan ketika kami masih di Beijing.




......Bersambung

23 ulasan:

Unknown said...

am, aku nak gi next year...haha. main snow..hehe

Unknown said...

lagi satu, aku nampak ko menjengketkan kaki dlm salah satu gambar berkumpulan...haha

master said...

Mantap... i like hehehehe... Cer sambung cer sambung hehehe

fixckqriey said...

hahahha.. terbaek la post starting nie... detail tuh.. hahaha.. anyway.. thanx bro!

sagahayat said...

zaid :berbaloi pegi sane musim sejuk..pakej on ground pun murah giler rm440..ape2hal boleh tanya aku or contact wenkt..betul x eeri?hehehe
aku jengket sbb nk nmpk tggi tp kantoi..haha..
master: akan disambung nnti....tq sbb baca
eeri: thanx kembali bro....sagahayat tolong promo sket wenkt...sbb wenkt terbaek..hahaha

so said...

Malu baca. #eh

Alin Marlini said...

cerite dan info yg berguna. thanks

sagahayat said...

thanks alin..slmt melancong yer nnti....

Anonymous said...

Biasanya bila air asia wat promotion tiket murah ke beijing ye?

sagahayat said...

saya cdgkan saudara/i utk jd member airasia..die akan bgtau promosi2 tiket murah setiap bulan melalui emel saudara/i...

NAIMAH said...

best la.terpanggil untok menulis pengalaman kaknik.cuba sagahayat komen tulisan kaknik di terapong di ha long bay............jumpa lagi

sagahayat said...

thanks kak nik..ape blog kak nik...?

naimah said...

kak nik baru cuba2 menulis tapi terapung di ha long bay ada dalam blog utusan malaysia bhagian pelancongan dgn tajuk terapung di ha long bay oleh naimah mahmood.Blog kaknik01.

sagahayat said...

sy dah baca catatan kak ni kat ha long bay tu...bagus penulisan kak nik....lepas ni kalo melancong kak nik catat kat nota kecik pengalaman yg jarang2 kite jumpe...selain catatan kite jd kenangan dpt juge bg panduan n info kat org lain...

sagahayat said...

sy dah jumpa catatan kak nik yg dah di terbitkan kat utusan..tahniah....

http://ad.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0506&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pelancongan&pg=pl_01.htm

Anonymous said...

salam, boleh bagi tau tau address wenkt tu, cause plan tahun ni nak pegi beijing gak. :)

naimah said...

salam.jumpa lagi,kaknik baru balek dari turki,rasa2 nye mahu menulis lagi di ruangan DESTINASI,sagahayat ada baca tulisan kaknik ada keluar lagi pada 28 april.dengan tajuk,ROS THAIF DI KELAMBU KAABAH,rasa seronok pulak ye,cuba baca,dan bagi sedikit komen.

sagahayat said...

wslm...semestinya saya ada baca catatan kak nik tu..seronoknye dpt pegi sane.....bile kak nik nak tulis mengenai turki....?insyaAllah saya akan jenguk penulisan kak nik..ape pun penulisan kak nik tak perlu diedit..sbb mesra pembaca n boleh membawa pembaca untuk habis baca keseluruhannya.....

naimah said...

turki sebuah negara bersejarah,susah sikit untuk di luahkan dengan kata2,kebetulan musim tulip sedang berkembang,bertambah cantik lagi dengan panorama ,gunung2 nya masih di seliputi salji,kaknik cuba buat yg terbaik,terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya,

Anonymous said...

Salam,bole explain psl trip ke beijing,tmasuk tambang flight, cadang nak pegi 9/1/2014

lia said...

hidupku di beijing, ku share di www.morning-dew.weebly.com, siapa tahu anda berniat lebih detail ttg beijing, salam kenal mba.

Anonymous said...

Great article.

Anonymous said...

Great article! This is the type of information that are supposed to be
shared across the internet. Shame on the search engines for not
positioning this submit higher! Come on over and seek advice from my website .
Thank you =)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...