AIR KENCING, AIR KETUM

Wednesday, October 20, 2010

Habis saja belajar, aku menganggur. Pada masa itu, isu graduan mengganggur menjadi polemik di dada akhbar dan dianggarkan sekitar 80 000 graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian di universiti masih tidak bekerja. Aku diantara ribuan mahasiswa yang masih terkial-kial mencari kerja. Aku tidak boleh duduk diam selagi aku belum mendapat kerja walaupun kerja yang ditawarkan hanya memerlukan sijil SPM sahaja.

Suatu hari aku mendapat surat dari pihak kerajaan : Tawaran Mengikuti Kursus Jurulatih. Kursus itu dijalankan selama 2 minggu dan bertempat di sebuah kem di Jitra, Kedah. Ketika itu baru aku teringat aku ada menghantar permohonan untuk mengikuti kursus tersebut beberapa minggu sebelum itu. Jika aku berjaya melepasi kursus berkenaan, aku layak ditempatkan di mana-mana kem untuk memegang jawatan sebagai jurulatih bagi kementerian pertahanan.

Aku lantas berhenti kerja di salah sebuah universiti sebagai pembantu peperiksaan sambilan supaya aku dapat mengikuti kursus berkenaan. Tiket ke Jitra aku beli dan semua kelengkapan telah aku masukkan ke dalam beg. Bas meluncur laju ke utara.

Aku tiba di Jitra ketika azan subuh sedang berkumandang. Aku berhenti di masjid untuk solat subuh dan kemudian tidur di dalam masjid sementara menanti jam 9 pagi. Pendaftaran di kem itu bermula jam 12 tengahari.

Selepas menumpang motosikal ke pekan Jitra, bersarapan pagi dan membeli sedikit keperluan, aku menaiki teksi ke kem itu. Aku tiba di kem sekitar jam 11 pagi dan aku lihat suasana di kem itu agak lengang tetapi meja pendaftaran sudah dibuka. Aku mungkin antara sepuluh yang terawal mendaftar dan ditempatkan di hostel di atas bukit itu.

Berpeluh-peluh aku mendaki bukit ke tempat penginapan itu. Bilik dorm itu kosong kecuali ada seorang lelaki tidak berbaju yang sedang berbaring di atas katil di hujung bilik. Aku memberi salam.

Salamku disambut . Aku terus menuju ke katil di sebelah lelaki tadi. Sambil meletakkan beg kami berbual. “Awai hang mai. Hang mai dari mana?”, lelaki tadi bertanya dengan loghat kedah yang cukup pekat. Oleh sebab hanya kami berdua yang sampai dulu, kami banyak berbual. Baru saja jumpa tetapi perbualan kami umpama dua insan yang sudah lama berkawan. Sementara ralit berbual ada dua tiga peserta lain yang baru tiba dibilik dorm itu. Din (bukan nama sebenar) berasal dari Jitra. Dia sebelum ini bekerja di kilang dan merupakan graduan diploma sebuah kolej. Kulitnya sawo matang dan tubuhnya agak kecil.

Tiba-tiba Din membuka cerita. Dia mula bercerita mengenai air ketum. “Kalau hang nak tau, aku ni minum ayaq ketum. Dah lama aku minum tapi aku habaq kat hang memang tak boleh tinggai. Jom ikut aku. Biaq aku tunjuk kat hang lagu mana ayaq ketum tu”.

Aku pada mulanya menolak. Tetapi rasa ingin tahu dan desakan oleh Din membawa aku ke dorm sebelah. Din menunjukkan air ketum yang diisi ke dalam botol mineral 1.5 liter yang disimpan didalam loker kosong. Rupanya seperti air teh o tetapi agak berkeladak. Aku seperti tidak percaya. Sebelum ini aku hanya membaca melalui akhbar dan terdengar dari berita televisyen mengenai air ketum tetapi kini aku mendampingi salah seorang penagih air ketum.

Aku kemudian bertanya, “Apa hang rasa kalau minum air ni Din?”. Din lantas menjawab. “Biaq aku habaq kat hang. Ayaq ni kalau hang minum hang banyak menguap. Sampai rahang hang rasa macam nak tanggai. Aku pun susah nak habaq kat hang. Tapi kalau minum memang hang ketagih la”.
“Ni pun stok untuk beberapa hari. Sat lagi aku nak mesej sepupu aku suruh dia prepare ayaq ketum. Kalau habis aku suruh dia mai hantaq ayaq baru”, Din menambah.

Aku mengangguk-ngangguk. Din kembali menyembunyikan botol air ketumnya ke dalam loker itu. Kemudian kami sambung berbual. Din kemudian bertanya aku. “Hang rasa kita nak jadi jurulatih ni ada ujian ayaq kencing tak?”.

Aku menjawab. “Tak tau la pulak aku. Tapi kalau keje kerajaan memang ada medical check up. Medical check up memang ada test air kencing. Tapi aku rasa dia tak buat dalam tempoh dua minggu ni. Kalau dah serap keje baru buat semua tu kot”.

“Tapi kalau ada test ayaq kencing, aku ingat nak mintak pakai ayaq kencing hang. Sebab aku takut ayaq kencing aku ada dadah. Kalau ada dadah mana la dapat aku keja ni. Silap-silap masuk penjara. Boleh no?”, pinta Din penuh mengharap.

Aku hanya tersenyum. Kemudian tersenyum kelat bila Din tidak memandang mukaku lagi. Dalam hati aku berkata. “Aku mesti jauhkan diri dari orang ni. Dia penagih air ketum. Patutlah badan dia kurus mersik”.

Din mengajak aku makan tengahari. Pada jam 2.00 petang, kami mendengar taklimat. Din duduk disebelah aku. Din seperti mahu menjadikan aku sahabatnya sepanjang dua minggu kursus. Sebelum mandi aku mengalihkan beg dan kelengkapan aku ke katil yang lebih jauh dari Din. “Katil tu goyang la”, jawab aku bila Din tanya, “Awat?”. Bila aku di bilik air, Din juga ada. Dia menyengih menampakkan buih-buih ubat gigi dalam mulutnya. Kalau ikut hati mahu saja aku simbah mukanya dengan air kolam bilik air itu. Dia sememangnya menagih air kencing aku!

Pada malam itu, semua peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan. Aku sangat bersyukur apabila tidak diletakkan satu kumpulan dengan Din. Aku mula berkawan dengan ahli kumpulanku. Aku juga rapat dengan beberapa rakan yang menginap di katil berdekatan katilku. Aku mula mengasingkan diri dari Din. Hari-hari seterusnya, aku lihat Din sudah ada kawan baru. Semua kawannya bercakap dengan loghat yang sama dengan loghat Din.

Walaupun aku yakin tiada ujian air kencing yang akan diadakan sepanjang kursus itu, aku tetap berwaspada dengan Din. Salah pilih kawan mungkin menyebabkan aku terjebak dalam ketagihan air rebusan daun ketum yang bewarna perang dan berkeladak itu. Paling tidak pun aku mungkin boleh dituduh bersubahat dengan Din. Dihujung kursus, Din ada meminta nombor telefonku. Aku sengaja memberi nombor yang salah.

FAKTA TENTANG DAUN KETUM
Daun pokok ketum terkandung sejenis bahan kimia yang dipanggil mitraginin yang dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah susut berat badan, insomnia, anoreksia, bibir menjadi kering, sembelit dan kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi.

Kesan-kesan penyingkirannya pula adalah simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair, sengal-sengal sendi, mudah marah dan lemah untuk bekerja.



Nota : Semoga Din dapat menghilangkan ketagihannya. Bayangkan bagaimana penagih air ketum seperti Din menjadi jurulatih yang berperanan membimbing pelatih-pelatih jika benar dia kini bergelar jurulatih. Tentu dia selalu letih.

45 ulasan:

Anonymous said...

am,mana air ken**** yang hang janji nak bagi aku pinjam tu..dah 7 tahun aku tunggu....

yg benar,

din ketum

sagahayat said...

sori din..aku taknak kawan dgn hg lg..hahaha..hg patut bangga..aku tulis pasal hg dgn air ketum....

Unknown said...

hahahahaa..terhibur baca, tapi sememangnya boleh jd kan teladan...abistu sagahayat sekarang jadi pelatih tak?

sagahayat said...

saya tak jadi jurulatih tu pun..keje lain..hehe..antara pengalaman pertama cari keje lepas grad dulu....hehe

Anonymous said...

ketom mang memudaratkan..say no to ketom

Anonymous said...

Org lA nie x minum ketom o dh,skrang bancoh plak gn ubat batuk n cke lg bedenguu

Anonymous said...

woii,,aku din ni,,aku dah dalam kuboor dh pun,, igt aku x taw ka ampa dok ngumpat pasai aku..walaweii toll korgg nii,,$%^%$^^#$%..

No0rfaizzakuan said...

betoi..kalau dicampor..cara merebus lain..itu yang bole menyebabkan ketagihan..pengalaman aku minum air ketom dlu..mmg bole ketagih..tp kat rumah aku ada pokok ketom..mak ayah aku buat ubat darah tinggi..buat ubat sengal² belakang..tp kena betol cara rebuh..kuantiti air lebih byak dari daun itu dijadikan penawar..kalau daun rebus lebih dari air bole menyebabkan pening dan mabok..jgn diamal..

mohd shahir dan syamin nadirah said...

Salam..x ada cara mudah untuk berhenti ketum..kalau mempunyai azam yg kuat mahu berubah pasri berjaya..saya hampir 10 tahun minum ketum..dh berpuluh kali cuba berhenti..tapi semangat x kuat sebab x tahan sakit lengoh2 dan kadang2 sesak nafas..tapi atas nasihat keluarga tercinta dan keazaman yg tinggi saya berjaya..bukannya lamapun menangung sakit..seminggu lebih rasa sakit dan gian akan beransur hilang..sebulan lepas tu pasti penagih akan rasa normal..jangan tunggu lama..kena buat dari sekarang..pokok pangkal hati..selama.ini beratus ringgit saya korbankan untuk benda haram jadah tu..sekarang dh bebas..saya nasihatkan x payah kurangkan..berhenti terus ja..kalau dok minum sikit dengan alasan nak.berhenti.pelan2..jawabnya sampai mati la..selepas berjaya hilangkan ketagihan cuba jauhkan dari penagih ketum dan lepak di.port..x payah test power..nanti sekali cuba balik..susah pulak nak berhenti..disamping itu dekatkan dengan tuhan..banyak sembahyang..berdoa agar kuatkan semangat..terus terang saya katakan melepaskan diri dari ketagihan ketum adalah perkara yg paling susah saya lakukan sepanjang hayat saya...alhamdulilah sekarang seperti mati hidup semula..

Encik Panda said...

Wasalam. Betul, setuju dgn mohd shahrir. Koi ketagih ketum lebih 9 tahun tp alhamdulillah mau berhenti, takde ubat lain melainkan hati. Azam kena kuat. Lgpun koi bru 25, rasa mcm sia2 je.

Anonymous said...

Koi pun nk berhenti dah nie.. doakan koi rodong/kawan².

Anonymous said...

hahaha, aku pon penah test ketum, time tu minom redbull mmg xboleh tido, kena pulak ketom campur ubt batok, terus tersadai

Penawar Ketum Haromain said...

Nak berhenti ketum Sekarang dah tak susah macam dulu lagi. Sekarang dah Ada penawar ketum. Nak tahu macam mana boleh hubungi 019-2795442

junsang sonata said...

Assalamualaikum.. bercerita berkenaan dgn air ketum ni, sy ni ada juga minum air ketum. Tp xdalah smpi ketagih. Dulu mula2 sy cuba minum, dlm seminggu dua full time. Selepas itu, sy xda pula ketagih atau mencari2. Kdg2 seminggu, 2-3x sy minum. Kdg2 tu sebulan, 2-3x minum. Kdg2 tu dlm sebulan, xminum langsung. Sy rasa xda perasaan inginkn lg. Xda rasa ketagih ape2 pun. Sy pelik ada juga org ketagih.. sy nak tanya lh org yg ketagih tu, ape rasanya. Mcm mencari2 atau ape ye...tq

cintasejati96 said...

Salam semua..sape2 tau cara nk bnti ketum tlong bagitau saya .. suami saya dh 8 tahun minum .. tolong ye kawan2

cintasejati96 said...

Salam semua..sape2 tau cara nk bhnti ketum tolong bagitau saya ..suami saya juga penagih ketum ..tlong ye kawan2

cintasejati96 said...

Salam semua..sape2 tau cara nk bnti ketum tlong bagitau saya .. suami saya dh 8 tahun minum .. tolong ye kawan2

Anonymous said...

aku dulu pun penagih tegar air ketum juga, bleh kata hampir dekat 2thun siang mlm duk hadap benda nih, sampai satu tahap jika xminum xsedap duduk xleh tidur mlm sakit sendi letih xbermaya, akhirnya aku bertekad katakan tidak pada ketum, 3mlm juga xdpt tidur masuk mlm ke4 tubuh kembali normal... Alhamdulillah skrng aku sudah bebas ketum

Anonymous said...

ni junsang sonata. kalau saudara nak tau ketagih ketum rasa mcm ketagih nak melancap. Saudara pasang crita blue (ikut selera sendiri) tapi jgn melancap. Qias dia lebih kurang mcm tu la memandangkan cik junsang pun dok baham ketum tp tak ketagih. Tu tak masuk lagi panas badan, sakit sendi, ptsd nak tidoq malam siap2 mimpi2 minum ketum. ha nak tau sgt kan? lbih krg mcm tu la cik junsang oi..buat peminum ketum diluar sana kalau nk berenti ketum cara sedap cara dia pi hospital mintak doctor pasang drip pastu inject painkiller then antibiotik..detailed aku taktau..tapi smooth la..consult lah dgn pakar perubatan anda ;)

Anonymous said...

Tak lekat lagi tak rasa la. Nak tau rasa macam mana? Hang try bagi lekat tengok, hg tau la macam mana rasa sakit dia tu. Jenis sakit takdak punca pnya, habis urat belakang semua kondem, pusing sini tak kena pusing sana tak kena, cering dok mai satu badan, rasa bergetaq mcm mana taktau kot bawah kulit satu badan, rasa panas satu badan srupa nak demam, ayaq liuq likat bersin kuat mata pedih tekaq gatai pehh memang takbleh blah. Hang boh cakoroi tengok hah lagi bahana dok mai, berangin habis satu badan cerah perut tak sedap. Bangkit tidoq tu kira dia dah tak cari benda lain dah cengkung truih lagi naya. Takpayah la dok gatai pi follow mmg cari pasai apa satu kerja takbleh buat. Malu kat orang ja. Kalau dah lekat teruk nak berenti memang bukan dia la. Tak mai pada hati mmg sampai kesudah la dok kena cari buang ayaq ketum. Nak brenti dia, hmpa kena start slow la minum sedeguk dua ja sehari buat hilang sakit badan. Kalau buat hilang teringin mmg tak jadi. Dok boh tak rasa dok boh tak rasa lagi dok boh kho lama jadi banyak la, tu ka lagi penyakit badan la dok mai. Dah lepas seminggu sedeguk dua tu hg stop trus toksah dok minum, tahan pi sat ketagih tu, kata nak brenti kan. Tak tahan sangat pi cari ubat sakit urat, rasa nak demam boh ubat demam. Masuk dua hari hang bleg rasa dah kurang dia tapi teringin tu tobat ada la toksah dok mohong. Tahan jugak hati tu kena kuat skit lawan. Dok tiga hari takpa dah la tang sakit tu. Dok sebulan elok la. Jangan dok cari maru dah la lepas tu pi minum secawan kunun member dok ajak. Pi cari tempat lepak lain, takpayah dok bercampoq dgn taik ketum dah. Semoga berjaya noh. Yang dok hentam kaki ketum ni hmpa toksah sembang pandai la, tak kena kat hampa buleh la kata, cuba kena kat hampa, mesti tak sampai hati pnya nak kata kat depa ni. Kesian wei depa pon nak berenti jugak tp nak buat mcm mana dah sangkut. Kita manusia bagi la sokongan bukan dok hentam. Tips sikit lah, kalau rasa hmpa kaki berdengung, ayaq kosong jangan tinggai, minum banyak2, sampai muntah pon takpa, cuci balik. Haa takat tu ja lah, panjang srupa apa dah ni, kesian kat hg din noh hahahaha.
Assalamualaikum, geng hampa.

Anonymous said...

Minum la hari2 klu ko nk tau ketagih tu macam mana.bukn minum selag seli dn ckap besar x ketagih pun.dekat kwsan tmpat aku,pynye la ramai penagih ketum.aku tegok penagih ketum ni same je level dengan penagih dadah.sintom2 x dapat ketum pun same macam mat dadah.tempat aku,kalau kecurian dan jenayah kebanyakannya dari budak2 ketum.

Anonymous said...

Nasihat yg bgus2...tgah cari cari cara nk berenti ketum ni...pehh...siksa dia peh..

ENCIK HATI II said...

😂😂😂

Anonymous said...

Ikut orang yang minum jgk..ada stail orang xketagih ada yang ketagih..aku minum siang petang pagi malam 5 tahun dah..besa berhenti setahun saja syok2 tapi xdak masalah pun..sakit badan la bersin la semua ada..tapi atas azam orang la..aku jenis aku kata nak berhenti aku berhenti..bnyk kali dah minum berhenti sakit tu normal la..

Anonymous said...

Ok sebenarnya ketum tu tak ketagih cuma bila amik berlebihan dia akan jadi racun ..cuba amik penadol 10 biji K.O terus.kan hahaha nanti aku sambung lagi cerita..

Anonymous said...

Seminggu dah tak minum, sakit badan waktu malam ni ja yg xleh hilang lagi.. tak rasa nak minum pon.. bab nak tidoq tu yg jemm.. 😂😂😂
ada tips tak?
nak minum balik xdak masalah, sebab aku org kampung, daun petik belakang rumah ja, masak sendiri, tak campur apa2..

Anonymous said...

Nk p keja luaq memang xbleh la mau dah kaki ketum ni. Nak brenti sgt lah susah. Tambah2 bila nak makan, xlalu makan mau xboh. Mantapkan iman, berhijrah jalan Allah. In sha Allah berjaya..dari bekas penaguh ketum tegar

Unknown said...

jadi kain buruk la jawab nya..buat kerja semua serba xkena..anak2 kena marah xpasal2..haish bila la bole bebas dari saka hijau Ni..Ya Allah Bantu lah hamba Mu yg Hina ini

Anonymous said...

Doakan saya pulih

Anonymous said...

Kuatkan semangat kawan2
Aku pun tengah sengsara menderita dalam cubaan behanti koroi.. Dah 5 tahun aku minum baru 4 hari stop sakit tu ya Allah tuhan ja tau... Aku orang perlis lubuk ayaq ketum.. Masa aku type msej ni aku kat melaka sebab hantar bini krusus.. Sekarang tengah menahan sakit dalam kereta bini tido kat hotel sedap2... 2 malam dah aku tak boleh tido.. Aku tidur sejam dua ja dah bangun.. Emosi aku tergangu.. Tekanan perasaan tapi aku sabar demi bini tercinta dan anak2.. Orang minum ketum depa tau azab siksa nak behenti tu.. Aku tak mau cakap besar aku boleh behenti tapi aku akan cuba demi hidup sihat dan bebas dari belengu ketum... Kos aku untuk air ketum sehari 50 ringgit.. Sebab aku minum koroi.. Sehari aku minum 2 ke 3 botol ayaq coca cola 1.5L tu... Kalau dulu setengah botol dah cukup tapi makin lama makin kena banyak.. Pejam celik dah 5 tahun dan sepanjang 5 tahun 4 5 kali cuba behenti tapi hasilnya haram tak berjaya... Aku harap kali ni aku mampu lawan sakit tu.. Kerana tuhan yang maha esa
Orang minum ketum muda2 dia tak akan nampak kesan lagi.. Bila umur makin meningkat percayalah time tula macam2 penyakit akan kita dapat.. Kerana getah dan pati ketum dah sebati dalam tubuh badan kita... Kuatkan semangat... Aku sekarang duk makan makjun yang ada tongkat ali plus
Aku beli kat kedai ubat ja...
Makjun mampu kurangkan rasa sakit tapi bukan keseluruhan ok.. Hanya mengurangkan rasa sakit.. Dari tak makan apa2 ubat tu lagi la sakit berkali ganda.. Tolong support keluarga yang nak behenti ketum.. Sebab bukan mudah nak behenti kalau hati dan semangat tidak kuat... Itu ja...

sagahayat said...

semoga smua kwn2 dpt pulih dr ketagih ketum...

joe said...

minum yg pure pun ketagih ke? saya minum sbb sakit belakang. buat sndri. kalau ketagih sy nk stop. setakat ni xde lgy. tq

Akuakulahhh said...

Kalau xxmau rasa sakit berhenti ketum koroi. Beli ubat tu org panggil superzone, sblm makan pastikan ada tenaga mcm makan nasik sblm makan ubat tu,ubat ni jenis boh bawah lidah, sampai habis, kalau dos aku setengah biji sj, badan aku tahan, ubat tu kuat, harha rm15-20 klinik care,, makan sebiji mmg muntah la, pakai ubat ni, sakit koroi xxrasa

Unknown said...

Kalau la aku bole putarkan masa , sudah pasti aku x ketagih ketum , disebabkan aku tukar keje la aku ketagih ketum , 1 hati 1 plastik ketum yg cair ,aku abiskan sorang , aku harap kawan2 jangan la sentuh ketum ni , susah hidup .. walaupun kesan die x macam dadah , tapi itu lah punca buat xde duit . Perabis duit kt ketum , 😭😭😭😭😔

Unknown said...

Assalamualikum...
Tahniah sahabat semua sbb ada rasa nak berhenti... Aku mula minum air ketum ni masa berpindah kerja dari KL ke kg aku di mersing... Tahun 2015 maksud ni dah masuk tahun ke 4 aku minum ketum... Memula ketum mmg membantu aku utk kekal segar dan semangat waktu kerja... Aku minum xpnh cam... Atau kate ketum ori la... Masalah besar timbul bila blk kg org rumah di kelantan... Boleh je cari... Tp nak jaga status gak kat keluarga mertua... So aku x cari... Tp kalau 4hari di kelantan mmg 4hari lah aku melepek jd kain buruk... Bilan lepas isteri aq lahirkan anak lelaki pertama kami di kelantan... Aku tekad utk berhenti... YaAllah... Susah beb... Mcm2 jafi... Mcm2 pnyakit mari... Semua yg sahabat tulis kat atas semua aku rasa... Yg paling aku xboleh tahan adalah berat kepala... Rasa nak baring je... Kalau tak lawan mmg teruk la... Jd aku teruskan gak utk keluar dari belenggu ketum ni... Alhamdulillah harini hari ke 14 aku bebas ketum... Tp kepala masih dok berat lg... Buat kerja pn semua susah... Harap dapat bertahan...

Anonymous said...

Din.din .. pemes kau din

Fikri Harun said...

senang je nak benti minum ketum. try minum air rebusan dari dukung anak. search kat google. daun tu biasa ada kat tepi2 semak. nak rebus air kena sikit dari daun. tapi dalam kuantiti yg banyak lah. kalau boleh minum sehari 500ml.

it jana pendapatan said...

penawar ketum ada dijual di shopee "penawar ketum"

it jana pendapatan said...

sekarang dah ada jual penawar ketum ..cuba beli di shopee "penawar ketum"

Unknown said...

Assalamualaykum..Tahun 2019 ada yg semangat nak berhenti ke?yg dah berhenti tu share lah tips hilangkan sakit sendi-sendi tu,banyak kali try gagal je ni..hidup rasa mcm terpenjara..kepada yg tak minum tu jangan lah cuba-cuba.syukuri nikmat sihat anda.jangan berdalih dgn alasan nak buat ubat kalau memang tiada penyakit.dan untuk tenaga.Yang dah rasa kesakitan nya sahaja tahu bagaimana keadaan mental dan fizikal.kalau iman tiada silap-silap boleh bunuh diri kerana tidak tahan sakit mental dan fizikal disebabkan kesan dari penyalahgunaan air ini.

Unknown said...

Aku sesak nafas angin xmahu keluar 15thn penagih ketum.ada ubat ke

Unknown said...

zaman bila minum o', skrg anak muda mnum koroi la.. ubat batuk igt kmi pakai muqah2 ka?? mau tkmau sbtoi 8-10 rggit... bru bdengung.. butoo

kown said...

Semoga kawan2 dipermudahkan untuk berhenti ketum.. Seronok aku baca kisah2 kawan2 boleh bg semangat untuk aku. Aku dh 10 tahun dengan ketum. Semua yg tulis kat atas semua btul kesan2 bila xminum.. Doakan aku untuk berenti.. 👌

Unknown said...

saya anak muda berumur 20thn sekarang .. saya mula minum umur 16/17 .. sampai sekarang saya tak boleh berhenti 😭🤧 dekat kampung air ketum free je pokok blkg rumah petik rebus je .. lepastu datang kl jumpa org jual air ketum .. sebotol rm20 .. banding beli kt kg sebotou rm10 je .. tp saya rebus sendiri free je .. sini rm20 woi 😭 tapi sanggup jugak beli sebab dah ketagih kan 😭 habih duit woi 😭 so janganlah cuba ya nanti menyesal tiada guna

Anonymous said...

Ada yg dah mati sbb ketom dak. Agak2 lama mana baru boleh mati.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...