CATATAN KE HO CHI MINH CITY

Tuesday, January 28, 2014


Mengapa MAS, Bukan Airasia?
Projek nak pergi Ho Chi Minh ni sebenarnya dah lama plan, tapi dah dekat hujung-hujung tahun baru confirm. So aku check tiket Airasia masa tu harga die RM350 sorang pergi balik. Check pulak MAS harga die RM405 return. So baik aku amik MAS. Termasuk luggage 30kg dan makanan. Tambah-tambah kami bawak baby dan mak bapak mertua aku. Lebih selesa la kalau naik flight kat KLIA.


Berapa lama tempoh penerbangan dari KLIA ke Ho Chi Minh?
Dalam itinerary tulis 1 jam 40 minit. Pilot cakap 1 jam 35 minit. Tapi malang buat kami. Kami dalam kapal terbang tu hampir 4 jam.  Sebenarnya departure sume ok. On time. Tepat 5.10 petang  berlepas dan dijangka sampai jam 6.05 petang. Tapi bila sampai kat Ho Chi Minh, airport congestion, sesak, takde tempat nak landing. So flight kami berlegar-legar sementara tunggu airport clear. Then pilot cakap fuel tinggal 10 minit je. Berderau gak darah aku. Dah lama lepas tu, pilot terus umum flight terpaksa mendarat kat airport Phnom Penh kat Cambodia untuk isi fuel. Lepas sejam  isi minyak baru flight patah balik ke Ho Chi Minh. Nasib baik mood anak aku ok walaupun ade gak die jerit-jerit keriangan tanpa sebab. Aku sebenarnya kesian kat mak bapak mertua aku. Confirm dorang penat. Apapun, semua penumpang bertepuk tangan bile flight selamat mendarat. Apa da MAS. Boleh pulak fuel tak cukup. Patut ar Prof. Agus selalu komplen pasal MAS kat Facebook. Takpe ar. Dah nasib. Kami sampai kat Ho Chi Minh City lebih kurang pukul 10 lebih and check in kat hotel lebih kurang pukul 11.30 malam. Walau dah tengah malam, suasana masih sibuk. Maklumlah, kami dah sampai bandaraya yang ada 7 juta motosikal atas jalanraya!
 
 
Apa pengangkutan terbaik dari lapangan terbang ke hotel penginapan?
Teksi. Teksi Vinassun. Sebab ramai yang cadangkan teksi ni sebab tak menipu. Kata orang la.Tapi teksi-teksi kat airport ni takde sistem yang baik. Main belasah je. Sape cepat die dapat. Pekerja amoi kat airport tu pun buat derk je.Harap baju tradisional je cantik.  Aku pun terkejar-kejar gak nak dapatkan teksi yang boleh muat kami berenam sekali gus. Dapat je teksi aku terus cakap kat bini aku, “Kalau aku masuk The Amazing Race ni dah sah-sah aku kalah”. Bile dah sampai hotel pun satu hal. Dah la driver tu satu haram pun tak boleh cakap omputih. Aku pulak mengelabah lagi dengan sistem mata wang dorang, amik masa 5 minit gak ar baru setel bayar. Untuk pengetahuan semua, Teksi Vinassun ni dorang caj lebih kurang 150,000 Dong (RM23).

  

Apakah nama-nama hotel yang selalu ditempah oleh pengunjung dari Malaysia di Ho Chi Minh City?
 
Selalunya orang Malaysia akan lepak kat district 1 sebab kat sini ada Ben Thant Market dan kat area ni harga hotel pun berpatutan. Sama macam aku, kitorang pun lepak kat district 1. Bini aku booking pakai Agoda.com. Kitorang pilih Saigon Pink Hotel. Keluar pintu hotel, toleh kiri dah nampak Ben Thant Market. Kitorang amik 2 bilik. Aku, bini aku n baby zhariff satu bilik, mak bapak mertua and adik ipar aku satu bilik. Cuma bilik mak mertua aku sangat besar sebab ada tiga katil. Siap ada jakuzi and kerusi maharani.  Harga pulak, macam bilik aku lebih kurang RM77 satu malam. Bilik mak mertua aku pulak lebih kurang RM138 satu malam Ok ar. Bilik pun not bad. Pekerja die pun, Thom bleh cakap melayu sikit-skit. 
 
Yang ni pulak nama-nama hotel yang bersebelahan dengan hotel kami. Hotel Thanh Thu, Hotel Hoang Hai Long & Hotel An Tham. Harga boleh check kat Agoda.com, booking.com atau asiaroom.com.

 Adakah mudah untuk mendapatkan makanan Halal di Ho Chi Minh City?

Kalau kat area tempat hotel aku jawapannya adalah Ya, tapi tidak ditempat lain. Aku ke Ho Chi Minh City ni secara gamble. Tak pakai pakej. So kalau pakai pakej mungkin agen travel tu bawak ke tempat yang ada makanan halal yang lain. Tapi kalo kat tempat yang aku lepak ni, bukak pintu hotel terus nampak muslim restaurant. Bak kata mak mertua aku, “Rasa macam kat Mekah pulak”. Ok ni review pasal kedai-kedai makan yang sempat kami singgah.
 
Kedai Makan Hajah Basiroh  - kedai ni memang sangat kecik. Betul-betul depan hotel aku. Ada tiga empat meja makan je. Tapi memang ramai orang Malaysia lepak makan kat sini. Kami tapau nasi lemak untuk breakfast hari ketiga. Nak kata sedap tak la sangat. Sedap lagi nasi lemak RM1 kat depan Surau Saujana Impian. Harga memang kaw-kaw punye. RM5 satu bungkus. Masa hari kedua pun aku ade tapau nasi kosong dengan ayam masak sos dengan sikit sayur kacang boncis. Dia caj sampai RM8 sebungkus. Dah lapar, tak payah tak berkira. Kira abis gak la makan nasik tu. Mahal punya pasal.


Warung 1 Malaysia – Aku tak tau sape punye idea letak nama 1 Malaysia kat Vietnam ni. Yang best restoran ni ada aircond. Ada bendera Malaysia dan Vietnam lambang perpaduan kedua-dua negara.  Restoran ni sederet je dengan Kedai Makan Hajah Basiroh. Kami dua kali singgah makan kat sini. Makanan boleh tahan sedap. Hari pertama kami sarapan kat sini. Aku order bihun goreng share dengan family aku. Ada gak yang order Mi Sup Vietnam. Anak aku dah la rupa pun macam budak Vietnam, die memang layan habis Mi Sup Vietnam ni. Sekali lagi tu, kami singgah makan malam. Aku order nasi goreng je.  Sambil makan, kami dihiburkan dengan lagu-lagu dari MP3 player restoran tu. Paling aku ingat dia pasang lagu Norshilla Amin Rambu Ra Rambu Ramba dengan lagu Siti yang nyaring-nyaring masa die baru lepas abis SPM. Berselera aku makan masa tu! Kat Restoran ni kalau nasi goreng harga die dalam 90,000 dong (RM13) dan milo ais 40,000 dong (RM6).

 
Restoran Serai – Kami singgah sekali je restoran masa nak makan tengahari. Masa tu kami baru balik dari Chuchi Tunnel. Nak kata tengahari sangat pun tak jugak sebab masa tu dah pukul 3 petang. Lapar tahap dewa. Kami order nasi putih, ikan kerapu tiga rasa, tomyam campur, sayur campur dengan sambal udang. Restoran ni pun ada aircond. Owner restoran ni orang Kajang. Tapi aku tak pernah pulak jumpe die kat Tesco Kajang ke. Mungkin dia shopping kat Giant Metro Kajang kot. Hahaha. Kalau tak silap ari tu kami kene caj lebih RM70. Nasib boleh bayar pakai kad kredit.


Apakah tarikan pelancongan utama di Ho Chi Minh City?
Yang ni aku jawab ikut pengetahuan dan pembacaan aku la ye. Bagi aku orang Malaysia yang datang ke sini akan buat  4 perkara. Pertama, shopping. Kedua, full day tour kat Sungai Mekong. Ketiga, half day tour ke Chuchi Tunnel dan keempat sightseeing merangkap melawat kat sekitar bandar- Post Office, Notre Dame, War Remnant Museum, Tugu Ho Chi Minh, Saigon Tower & Reunification Palace. Dalam keempat-empat perkara ni, kami buat dua je iaitu shopping dan melawat Chuchi Tunnel. Tak cukup masa.

Bagaimana pengalaman membeli belah di Ho Chi Minh City?
Aku sebenarnya bukan kaki shopping tapi bile sampai kat sane aku pulak jadik shopaholic. Bini aku memang sejak azali dah kaki shopping. Sasaran aku sebenarnya nak cari beg Deuter. Maklumlah aku ni kaki hiking. So nak tambah koleksi je. Tapi sampai ke sudah aku tak jumpa Deuter pirate yang Grade A. Yang biasa memang berlambak la. Member aku pulak kirim beli seluar hiking. Pun aku tak jumpa yang best. Mungkin aku tak jumpa kedai yang betul.

Hari Pertama – Oleh sebab kami sampai agak lewat jam 11.30 malam, masing-masing dah penat so kami terus masuk bilik hotel. Tapi aku sempat gak bawak anak aku yang tak nak tido tu round kat pasar malam. Saje tengok-tengok. Lepas tu aku beli kopi ais. Saje nak try. RM3 satu cup. Padehal aku memang tak minum kopi. Pening kepala kononnya. Bini aku pun sama. Kira kalau ada la kopi kat rumah kitorang tu kira macam kitorang simpan dadah la kat cabinet dapur la. Bile aku balik bawak kopi tu, bini aku pun try. Amboi. Banyak sedut nampak. Dah minat kopi ke?haha. Aku pun saje bagi anak aku sedut sikit. “Karang tak tido budak tu kang”, kata bini aku.


Hari Kedua – Lepas sarapan kat Warung 1 Malaysia, kitorang terus ke Ben Thant Market. Baru setengah jam  jalan anak aku dah meragam. Nak kopi la tu. Die sebenarnya tak nak kopi. Die nak susu. Susu mak dia. Last-last aku ajak bini aku balik hotel. Takkan nak menetek tengah-tengah balai pulak kan. Mak bapak mertua & adik ipar aku teruskan bershopping. 





Lepas anak aku dah kenyang makan tengahari, die menyusu lagi. Kali ni die lentok dalam hotel. Aku pun bagi chance bini aku pergi shopping dengan mak die. Aku jaga baby zhariff kat bilik. Zhariff terjaga je, aku terus dukung die jalan-jalan kat luar. Aku nampak bini aku dengan mak mertua aku kat satu kedai dekat dengan hotel. Aku pun join. Masa ni mak mertua aku tengah beli tudung Fareeda. Die beli 10 helai. Dapat ar RM22 sehelai. Bini aku beli jubah kain lycra stripe hitam putih. Aku cakap macam baju The Joker. Bini aku gelak je.

 
Balik hotel jap, aku terus hantar anak aku kat bilik mak mertua aku. Turn aku & bini aku pulak pergi shopping. Kitorang bajet sejam je untuk pegi tengok-tengok barang. Kali ni kitorang pegi ke Ben Thant. Kat sane aku rembat t-shirt Vietnam RM7 dan RM12 dan juga seluar Docker RM47.
Lepas makan malam kat Warung 1 Malaysia, kami mula jalan-jalan kat pasar malam. Pasar malam ni kat jalan tepi Ben Thant Market. Masa ni mak mertua aku nak beli luggage dengan satu beg balik kampung. Dapat RM200 untuk dua beg tu. Aku pulak terpandang satu jaket. Tapi pendam dulu. Malam esok ada lagi.


  
Hari Ketiga  - Pagi hari ketiga kami pegi ke Chuchi Tunnel. Dalam pukul 3 petang baru sampai balik ke pusat bandar. Lepas makan kat Restoran Serai, aku terus bawak baby Zhariff balik hotel. Bapak mertua aku pun follow same. Aku kesian tengok mak mertua aku tak berpeluang shopping dengan anak pompuan die. Mesti ar die nak tanya pendapat kat orang pompuan gak kalo nak beli baju kurung ke, jubah ke, tudung ke. Adik ipar aku pun follow mak die sekali. Aku masuk je bilik terus tukar pampers Zhariff. Lepas tu Zhariff meragam. Aku pun cuba la main-main dengan die. 



Takat setengah jam je die dah bosan. Mungkin permainan aku membosankan. Aku pun terus dukung Zhariff dengan tak pakai seluar tu kat lobi hotel. Nasib baik ade gadis-gadis receptionist tu nak dukung layan anak aku. Anak aku pulak bukan main menjerit seronok dapat bergaul dengan gadis-gadis tempatan Vietnam yang genit-genit. Dapat gak aku tarik nafas kat lobi hotel tu. Tak lama lepas tu bini aku pun balik. Kitorang rehat-rehat jap, bagi anak menyusu, then bini aku dapat whatsapp. Suami sepupu dia, abang Nadim pesan tolong belikan beg Deuter untuk anak pompuan die. Dia dah penah pegi Ho Chi Minh sebelum ni. Beg Deuter anak pompuan die yang die beli sebelum ni, die dah bantai letak laptop bawak pegi keje. So nak beli sebagai ganti la ni. Siap bagi lakaran peta kat mana lokasi kedai tu. Aku pun siap-siap, terus keluar sorang-sorang pegi kedai tu. Kedai tu kat luar pasar Ben Thant. Kawasan tu bertentangan dengan area hotel kami.

 
 
Aku sampai kat sane punye la banyak kedai-kedai jual beg dan jual kasut. Aku usha je dulu. Tanya-tanya harga. Lepas tu aku terus balik hotel ajak bini aku. Lagipun aku bukan bawak cukup duit pun tadi.
Zhariff sekali lagi kami hantar kat bilik mak mertua aku. Kali ni adik ipar aku follow sekali. Dia pun nak carik kasut. Time tu dah nak maghrib. Ben Thant pun dah nak tutup. Tapi kedai-kedai sekeliling tu tutup pukul 11 malam. Kat sana kitorang beli beg deuter warna pink dengan harga 9USD (RM28), adik ipar aku beli kasut Vans (350,000 Dong = RM53) dan bini aku beli beg luggage warna hijau pucuk pisang (RM100). Aku kira duit lagi sebab bajet nak beli jaket kat pasar malam. Takut tak cukup duit pulak kang.
Sebelum balik amik Zhariff kitorang beli kopi ais lagi. ‘Upah’ mak bapak mertua aku jaga Zhariff sejam. 


Malam tu kitorang makan magi dengan roti je sebab macam dah kenyang makan besar kat Restoran Serai. So sume kuar pegi pasar malam. Bapak mertua aku je tak keluar. Dia layan Twilight: Breaking Dawn Part 2 kat bilik. Cerita hantu pontianak katanya. Aim aku memang jaket ar. Sementara bini & mak mertua aku jalan-jalan, adik ipar aku pulak kendong si kecik, aku terus meluru ke gerai jual jaket semalam. Orang jual tu siap heran nape aku nak beli jaket tu sebab cuaca Malaysia panas. Aku cakap la aku daki gunung. Puncak gunung sejuk. Lagipun aku nak pegi Everest. Kaw-kaw aku kelentong mamat tu. Bargain punya bargain, dapat la harga RM120. Harga asal nak dekat RM300. Jaket The North Face warna hijau . Kualiti tiptop. Ada tiga layer. Yang depan waterproof. Yang dalam boleh bukak jadi jaket lain & boleh terbalikkan jadik jaket lain pulak. Kira ok ar. Muka aku senyum je masa hantar jaket tu balik bilik dulu. Tak sabar pakai kat puncak gunung  hujung bulan sebelas nanti.


Lepas tu aku cari balik bini aku. Aku nampak die  sorang-sorang kendong anak. Aku tanya, “Mama dengan Najmi mane”? “Ntah. Pegi beli tempat lain kot”, jawab bini aku. Kitorang tak buang masa. Esok dah nak balik Malaysia. Malam tu je masa yang ada untuk setelkan shopping. Misi utama datang Ho Chi Minh pun untuk shopping kan?
Nasib baik mood baby Zhariff cukup baik. Dia macam enjoy je menikmati malam terakhir kat Vietnam. Mungkin gak dia gembira kami belikan dia sehelai t-shirt tertulis perkataan ‘Saigon’. Malam tu kami belikan dulang yang cantik untuk mak aku, fridge magnet untuk adik beradik dan ada la benda-benda yang lain kat situ. Abis je round pasar malam, kitorang pegi kedai-kedai baju area hotel. Bini aku dapat beli dua baju kurung ada manik-manik. Dia sebenarnya dah usha baju tu dengan mak die sebelum ni. Sehelai RM48. Memang murah ar. Bini aku cakap kalau kat Malaysia baju macam tu harga RM120 dan keatas. Anak aku pulak sibuk punggah kain-kain ela ke lantai. Biar ar. Janji die happy.  Aku cakap kat owner kedai tu, “Jangan risau bang. Nanti saya kemas balik”. 

Balik hotel, sebelum tido kami kemas barang sikit-sikit. Kira gak duit untuk shopping last minute besok pagi.
 

Hari keempat – Lepas Subuh aku terus guna computer kat lobi hotel tu untuk check in & print out boarding pass. Then aku beli nasi goreng (50,000 Dong = RM7.50) lima bungkus kat gerai Amin Halal untuk family aku. Gerai tu sebaris dengan hotel aku.
Lepas siap-siap dalam pukul 7.30 pagi, aku, bini aku & Zhariff pegi ke area kasut semalam. Kali ni aku beli kasut Tiger Onitsuka yang aku dah usha semalam. Harga takleh bargain. 500,000 Dong lebih kurang RM 75. Kalau original kat Malaysia harga die RM350. Lepas tu beli kasut Zhariff. Saiz kasut tu sebenarnya lagi besar dari kaki Zhariff, tapi kami beli untuk bile die dah besar sikit & dah pandai jalan. Kasut Clarks dapat harga 350,000 Dong (RM53). Aku check kat internet harga kasut tu kalau original, design & warna yang sama lebih kurang RM200 sepasang. Then bini aku nak cari sehelai lagi baju kurung plain yang ada manik-manik. Tapi kedai tu tak bukak pulak. Masa tu dah pukul 8.30 pagi. Ada setengah jam lagi sebelum teksi ambik kami kat depan hotel untuk pegi ke airport. Dalam tempoh tu sempat gak bini aku rembat sehelai baju kurung warna ungu cair. Lengkap sudah misi shopping hari tu.



Bagaimana pula dengan pengalaman ke Chuchi Tunnel? Boleh kongsikan pengalaman?
Dah tentu boleh. Kami sebenarnya memilih melawat ke Chuchi Tunnel sebab kalau pegi Sungai Mekong dan sah-sah makan satu hari. Bawak baby lagi naik turun bot & perahu. So pegi Chuchi je ar. Pakej tu kami amik kat hotel je. 10 USD satu kepala. Tiket nak masuk Chuchi Tunnel tu pun boleh bayar kat hotel. Harga tiket 90,000 Dong (RM14) satu kepala. Kami pegi hari ketiga & bas amik kami sampai  kat hotel pukul 7.30 pagi.
 
 
Perjalanan ke Chuchi Tunnel ni guide tu cakap dalam sejam setengah, tapi dah sejam setengah dah kami masih kat dalam area Bandar lagi. Bas ni singgah banyak tempat ambik pelancong-pelancong yang lain. Nak kuar Bandar pun amik masa sebab Ho Chi Minh city ni punyelah besar.  Dalam pukul 10 lebih bas ni singgah kat satu tempat penghasilan kraftangan. Kraftangan ni memang cantik-cantik. Kebanyakannya untuk hiasan rumah. Kraftangan ni orang-orang OKU yang buat. Lebih kurang 20 minit jugak la kami kat sini. Dapat la tengok golongan OKU ni hasilkan kraftangan-kraftangan tu. Kami tak beli ape-ape pun. Saje tengok-tengok kedai cenderamata yang agak besar tu.
 
 
 
Dalam pukul 11 lebih baru la sampai ke Chuchi Tunnel. Kami follow je An, guide kami. Die speaking sebab dalam group aku tu ada dua group je orang melayu. Yang lain orang putih. Kalo dalam satu group tu semua orang melayu guide akan cakap bahasa melayu.
Macam biasa kami dibawa melihat terowong-terowong yang mereka gunakan masa zaman perang dulu. Ada juga kami diterangkan mengenai perangkap-perangkap musuh, strategi-strategi peperangan & macam-macam ar. 


Aku pun tak dengar sangat sebab kene layan Zhariff. Nasib baik Zhariff ok je. Kawasan tu pun memang redup sebab dalam hutan. Lepas dah masuk hampir separuh hutan, kami dibawa berehat kat satu tempat. Sape-sape yang nak cuba menembak pun boleh. Kalo tak silap 10 bullet kene bayar 10USD. Aku lepak je kat sini dengan family aku. Memang ade rasa nak try menembak. Tapi macam mahal pulak nak bayar 10USD tu.




Lepas tu kami dibawa jalan lagi. Kat satu tempat, aku jumpa topi yang bapak aku pesan. Warna khakis macam yang bapak aku cakap. Topi tu macam topi Ahmad Nisfu dalam Pendekar Bujang Lapok. Aku beli RM22.  Then sape-sape yang takde phobia dengan tempat sempat boleh lah try. Masuk dalam terowong tu. Aku dengan adik ipar aku je masuk. Terowong tu punyelah sempit, gelap, panas, terbongkok-bongkok. Nasib baik aku pilih jalan keluar yang paling dekat. Memang tak sabar nak keluar dari tempat tu. Masa ni aku teringat cerita Nam, Tour Of Duty masa zaman aku kecik-kecik dulu.

Lepas tu An bawak kitorang pegi try makan ubi rebus cicah dengan kacang tumbuk. Minum pulak air the pandan. Macam kitorang ni tekak melayu memang dah biase la bende-bende ni. Kalo tengok orang putih bersungguh-sungguh makan. “Wow, its nice”, merepek-merepek diorang cakap. 


Last sekali kitotang dibawa ke satu pondok, ade tayangan dokumentari. Kat sini boleh lepak lama sikit sebab ada kipas sebelum balik ke bas. Sebenarnya kalo betul-betul nak hayati sejarah peperangan Vietnam ni korang boleh pegi War Remnant Museum kat bandar.  Kitorang kat Chuchi Tunnel ni lebih kurang 2 jam lebih. Dalam bas, perut dah berbunyi. Tak sabar nak makan nasik.


Ada kata-kata nasihat?
 
Ada. Banyak nih. Terutama yang nak pegi Ho Chi Minh nanti. Pertama, kalo shopping kat area Ben Thant & pasar malam tolonglah mintak diskaun sampai 70%. Korang boleh gak amik teksi pegi mall kat sane Saigon Square. Ataupun boleh pegi Chinatown. Boleh pegi barang borong kat situ.

Kedua, bab tukar duit – korang boleh pakai sume matawang, Ringgit, Dollar & Dong. Sebelum kesana korang install dulu currency converter kat smartphone korang. Mudah untuk shopping nanti.

Ketiga, bawak la makanan kalo korang nak ke Chuchi Tunnel. Bawak roti ke, ape-ape je la sebab memang tak jumpa makanan halal kat Chuchi Tunnel tu.

Keempat, rancang perjalanan korang supaya korang dapat buat semua aktiviti yang aku listkan tadi & juga sempat untuk bershopping.

Selamat Melancong!

54 ulasan:

Unknown said...

menarik perjalanan anda sekeluarga... terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman

Unknown said...

Pengalaman percutian yg menarik.... terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman disana

sagahayat said...

Trima kasih sudi baca.slmt melancong ya!!

Unknown said...

Mmg menarik pergi kesana....tp klu ikutkan orangnye..rase poor viatnamese..bukan ape..boleh ditolak ye saya bila saya mintak kurang harga..lps tu ckp bahasa viatnam..maybe mvm mcarut..aku pun bengang ckp damn you...diskaun..sebabkan bengang...sy beli dikedai sebelah...dapat diskaun....puas hati

sagahayat said...

Budaya dorg mmg mcm tu.tp kalo kdai2 yg owner dia islam,dorg layan kita ok je.nasib baik msia tak mcm tu.tp pgalaman yg bgus

Mysterious Mel said...

Salam. Tq for sharing info yang sangat-sangat berguna untuk someone like me yang baru first time nak plan pergi sana...especially bab menawar sampai 70% tu. Kalau tak buat rugi duit je bayar mahal2. Sudi singgah blog saya Kenapa Perlu Penapis Air?

sagahayat said...

Sama2.slmt melancong nti.jgn lupe tawar menawar smpi puas ati.hehe

Anonymous said...

I saw the photo where you shop for sport shoes. May I know where is the shop?

sagahayat said...

You should go to bent thant market.if you at the main entrance of the market(facing the roundabout with horse statue),go to left side(outside the market).the shops were at the one of the alley/small road

Anonymous said...

Sedikit perkongsian dari saya ilmu yang sedikit. Mana-mana penerbangan akan isi minyak 'just nice' untuk sampai. Sebab bila minyak banyak dalam tank agak berbahaya untuk landing. Kalau dah berlegar lama, adalah normal run out fuel.

sagahayat said...

Terima kash.sy pun byk blajar smnjak tragedi mh17 & mh370.dulu x phm

Anonymous said...

Boleh beritahu kedai yang menjual beg deuter original dgn harga lebih murah dari Malaysia? Tq.

sagahayat said...

Maaf.kalo deuter original sy x tau.kalo x ori mmg byk jual.tp setahu sy ada kilang deuter kat vietnam

Anonymous said...

awang said .....
Is there any bus that we can take from the airport to ben thanh market? If there is, how much is the fare?

sagahayat said...

You can take taxi(vinassun). The fare is 150 000 dong.

Anonymous said...

salam boleh saya thu area mna cik beli kasut sukan

sagahayat said...

Kat area luar pasar bent thant.kalo awk kat pintu utama dan mengadap patung kuda,pegi sebelah kiri pasar.kat area luar tu ada satu lorong.kat situ la kdai kasut tu

NEKCIK said...

salam sagahayat..salam kenal dari nekcik ..singgah sini nak tumpang carik info hotel untuk kembara kami 18 nov ini terdiri dari 6 warga POP..Pengembaraan Orang Pencen....nekcik mmg suka travel redah sendiri..low cost traveller!!
sila singgah ke blog nekcik TERATAK 66...utk ikuti kembara orang pencen..he..he

sagahayat said...

Trima kasih nekcik.hebat ar ada grup pop kembara sdiri.sy pn suke kembara sdiri,buat itinerary sendiri.semoga kembara nekcik dgn geng pop slmt semuanya.hehe

Anonymous said...

TQ for sharing. Like it

Anonymous said...

Melancong di Vietnam, perlu ambik driver ke macam pergi ke Jakarta or Bandung?

sagahayat said...

Sy x pasti kalo ada driver.sy aritu amik pakej skali dgn bus

Anonymous said...

salam, pergi vietnam dari malaysia perlu apply visa x ?

sagahayat said...

Xperlu visa

Anonymous said...

boleh try shopping kt saigon square. dlm shopping mall, ala ala pertama compleks. kat situ ade jual deuther gred lgi bagus dri pasar mlm. klo minat tshirt superdry pn boleh bli kt sane. quality standard original. walking distance jk dri Ben than matket.

astieka said...

Menarik. Maklumat yang berguna. Thanks 4 sharing. Saya pun akan ke sana November 2015.

sagahayat said...

Tq share info.slmt melancong diari belog!!!

Anonymous said...

Tq..ATS perkongsian maklumat..sy nak gi Mac ni..

Anonymous said...

Beg deuter ORIGINAL yang murah ada kat satu kedai dekat ngan Ben Thanh Market. Kalau dari hotel Saigon Pink tu, kiranya mengadap pintu belakang pasar tu. Tempat lain jual deuter imitation je.

mr.nice.guy said...

mmg original ke? range harga brapa? nama kedai dia apa?? sori byk tanya.. mcm berminat je.. hehe..

mr.nice.guy said...

terbaik laa sharing bro.. kebetulan tempat stay n tempoh stay sana pun lebih kurang ngn sy.. nice job.. hehe..

sagahayat said...

Sama2 mr nice guy

Anonymous said...

Kasut Nike kat sana original ke AAA je? Thx

sagahayat said...

Bukan original.AAA

Unknown said...

good info..insyaAllah akan ke sana mggu ni..tq

haidar said...

Salam..
Good info^^
Boleh hubungi Abdolloh, seorang tourist guide muslim berbangsa Melayu Champa dan fasih berbahasa Melayu utk sebarang pertanyaan mengenai pakej secara ground atau sbrg lawatan di Ho Chi Minh (Mekong, Chu Chi Tunnels, tmpt2 shopping, tmpt2 menarik di hcm dll). Dijamin berpuas hati..

No Hp / Whatsapp: +841269930648
Fb: Loh Aeda
Email: abdollohvet@gmail.com
Blog: lohabdolloh.blogspot.com

Tq^^

haidar said...

Salam..
Best melancong kat sini sambil shopping2^^
Boleh hubungi Abdolloh, seorang tourist guide muslim berbangsa Melayu Champa dan fasih berbahasa Melayu utk sebarang pertanyaan mengenai pakej secara ground atau sbrg lawatan di Ho Chi Minh (Mekong, Chu Chi Tunnels, tmpt2 shopping, tmpt2 menarik di hcm dll). Dijamin berpuas hati..

No Hp / Whatsapp: +841269930648
Fb: Loh Aeda
Email: abdollohvet@gmail.com
Blog: lohabdolloh.blogspot.com

Tq..

Anonymous said...

Brapa harga kasut kat situ jual???

sagahayat said...

Rm50,rm70 dan keatas

Anonymous said...

Salam....
Nk tnya berpe baget utk ke Vietnam & baget utk shopping skli

azyyatiliah.com said...

Salam,

Terima kasih atas informasi yang baik. Nak tanya tentang bilik di Saigon Pink 2 tu. Bilik apa yang boleh masuk bertiga? kebanyakkannya maks 2 orang. Biasa dikenakan caj tambahan utk org ke-3 tu kan? sbb saya akan pergi bertiga juga. Dgn parent. Tq in advance.

sagahayat said...

Wslm.dulu sy ber6.amik 2bilik.bilik mak mertua sy ada dua katil quen size.harga rm130smlm.harap mbntu

Unknown said...

Hello sagahayat...awak ade email ke...saya nak tau cara macm mane nak pergi vietnam...maklum lah...blom pernah pergi...ni email saya...babyluoyie@gmail.com

Unknown said...

Hello sagahayat..nk tnye ni....

Unknown said...

Hello sagahayat...awak ade email ke...saya nak tau cara macm mane nak pergi vietnam...maklum lah...blom pernah pergi...ni email saya...babyluoyie@gmail.com

sagahayat said...

Tanya kat sini pun boleh

Unknown said...

As'salam Tuan.. Tumpang tanya. Hotel Saigon Pink 2 tu ada lift ke? Sbb sy nanti akn bwk parent skali. Ingat ada lift senang sket kan

sagahayat said...

Ada lift.xde mslh

Unknown said...

Assalam...nk tanya kalau amik pakej Rm1449++ 4D3N skali ngan hotel, lunch, dinner n jalan2, kira berbaloi x. Guna AirAsia je...tq

Unknown said...

Assalam...sy brhjt utk utk pergi dgn pakej kembara sufi Travel Rm1499++4D3N skali ngan hotel, lunch, dinner n jalan2. Pnrbangn Airasia je...brbaloi x pd pndngan tuan. Tq

sagahayat said...

Pndpt sy kalo xnak pening kpala ok je pakai pakej.

Riko Adryansyah said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

Contact person :
RIKO ADRYANSYAH

Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

Wassalam

Unknown said...

Info terbaik....hjg mei smpi sn

Pakej Bajet Ho Chi Minh said...

Terima kasih atas info yang sangat berguna. Jika anda berminat untuk mendapatkan pakej
cuti bajet ke Ho Chi Minh Vietnam serendah RM499, layari laman web kami (www.ohtravel.my) untuk
maklumat lanjut. Terima kasih!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...