MUSIM DINGIN DI KOTA BEIJING - Bahagian II

Tuesday, December 27, 2011


JUMAAT, 2 DISEMBER 2011


Pagi sesudah subuh, aku menjenguk di tingkap hotel di tingkat lapan dan aku lihat permukaan tanah seakan dilitupi sesuatu yang berwarna putih tetapi tidak di jalan raya. “Hujan tu. Bukan salji”, kata Wan. “Salji la. Kat jalan tu mungkin dah cair”, jawab aku penuh harapan.



Ternyata memang benar salji. Ketika kami keluar dari lobi hotel, sudah ramai yang sedang bermain dengan salji tak kira tua ataupun muda. Ramai yang sudah mengoles lapisan salji dipermukaan kereta di hadapan hotel dengan berbagai perkataan. Ada juga yang melontar salji sesama sendiri. Pendek kata, kami terlambat. Terlambat sedikit dari mereka untuk menikmati salji pertama di musim sejuk di Kota Beijing pada tahun ini.



Kesempatan yang ada, kami bergambar sepuas-puasnya walaupun salji yang turun adalah salji yang halus dan hanya nipis melitupi permukaan tanah. Tetapi sudah cukup melunaskan hasrat kami untuk bermain salji di China. Sejuk yang menggigit tulang, langsung tidak kami hiraukan kerana terlalu asyik bermain dengan salji buat pertama kali.

Ketika di dalam bas, Jasmin menerangkan perjalanan dari Kota Beijing ke Tembok Besar China mengambil masa kira-kira dua jam bergantung kepada keadaan trafik. Sebelum ke destinasi itu, kami akan singgah ke dua tempat iaitu pusat Jed dan juga pusat Kristal.
Seperti kompleks-kompleks kerajaan sebelum ini, kami diberi penerangan mengenai produk mereka dan akhirnya ‘mengheret’ kami kepada sesi pujuk-memujuk, paksa-memaksa untuk membeli produk mereka. Sememangnya Jed dan Kristal yang dijual cukup cantik dan menawan tetapi misi kami yang utama adalah untuk memperoleh pengalaman di kota tua ini dan peluang kami adalah ‘membelinya’ dengan pandangan mata kami dan juga terakam menerusi lensa kamera.
Dua kompleks kerajaan sudah kami singgah, kami terus menuju ke sebuah restoran muslim untuk makan tengahari dan juga solat disana. Selepas itu, bas kami mula mendaki jalan berliku ke salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia iaitu Tembok Besar China. Bas kami sebenarnya menuju ke salah satu ‘pintu masuk’ ke tembok ini iaitu Juyong Pass. Terdapat beberapa tempat selain Juyong Pass ini bagi pengunjung yang ingin ke tempat bersejarah ini iaitu Badaling, Mutianyu, Simatai dan sebagainya.

Kami diberi masa selama sejam untuk berjalan-jalan di Tembok Besar China. Peluang keemasan ini semestinya direbut memandangkan kami memikirkan peluang ini mungkin peluang sekali seumur hidup. Kami akhirnya berdiri diatas salah satu binaan manusia yang dapat dilihat dari angkasa lepas. Tembok China sememangnya mengagumkan kerana kami dapat merasa dan membayangkan sendiri bagaimana manusia pada zaman dahulu dikerah untuk mengangkut batu-batu pejal dan besar merentas banjaran gunung untuk membina tembok pertahanan ketenteraan ini. Tembok ini bukan hanya berusia lebih 2000 tahun malah melingkari bumi China dari barat ke timur, merentasi banjaran gunung-ganang, permatang bukit-bukau dan juga dataran padang pasir.



Kami sempat bergambar dengan sebuah monumen yang tertulis perkataan yang lebih kurang membawa maksud ‘anda adalah seorang pahlawan jika menjejakkan kaki di Tembok Besar China’. Seterusnya aku, Wan, Azwad dan juga Jackie, iaitu jurukamera yang merakam perjalanan kami terus mendaki ke stesen yang telah ditetapkan. Misi kami adalah untuk mendapatkan plat yang boleh diukir nama sebagai bukti kami sudah pun mendaki binaan yang tersenarai dalam Warisan Dunia oleh UNESCO ini.



Satu lagi sesuatu yang menarik yang kami temui adalah terdapatnya mangga-mangga yang terkunci pada tembok ini. Pengunjung yang datang bersama pasangan masing-masing boleh mengukir nama mereka pada mangga itu, mengunci pada besi dan mencampakkan anak kunci ke gaung sebagai simbolik ‘cinta mereka tidak akan terpisah’, melainkan ada yang sanggup untuk turun ke gaung yang begitu curam untuk mencari anak kunci itu semula sebagai usaha untuk berpisah dengan pasangan mereka.





Selepas berhempas pulas mendaki dengan kepayahan berseluar tebal berlapis-lapis, kami berjaya tiba di antara puncak yang tertinggi. “Letih dowh”, begitu kata Azwad yang menyandarkan badan pada dinding beberapa anak tangga ke puncak. Walaubagaimanapun kami tidak dapat melihat dengan jelas tembok yang berada diatas gunung-gunung kerana kabus begitu tebal dan pemandangan yang tinggal hanyalah berbalam-balam. “Kita gak yang nak salji. So memang tak dapat sangat ar tengok tembok yang jauh-jauh”, kata aku ketika kami sibuk merakam gambar.
Sejam berlalu, kami pun menuju ke bas yang akan ke suatu tempat untuk aktiviti yang tidak terdapat di dalam pakej, tetapi permintaan oleh rombongan kami sempena musim sejuk. Selepas melewati bukit-bukau yang dilingkari tembok yang panjang dan juga melepasi terowong-terowong di bawah bukit, kami akhirnya tiba di sebuah pusat ski yang baru seminggu dibuka untuk musim sejuk. Kami cukup bertuah apabila diberitahu bahawa harga sewa peralatan dan juga bermain ski adalah harga promosi iaitu sekitar 200 yuan (lebih kurang RM100.00) memandangkan belum ramai pengunjung yang bertandang ke situ.
Sebaik saja kami masuk, ketika Jasmin sedang sibuk menguruskan pembayaran, kami mula dikerumuni oleh ‘instructor’ yang meminta kami untuk mengambil mereka sebagai ‘tenaga pengajar’. Bukan seorang dua. Tapi sehingga lebih dua puluh orang mengelilingi kami seramai 17 orang.
“Rimas betullah aku dengan langau ni”, kata Shahir. “Dah la pakai baju ski Rusia. Beli bundle pastu hantar dobi. Setel. Berlagak macam pro”, tambah Bujam disertai deraian tawa kami. Kami terus berlalu untuk mengambil kasut dan juga alatan-alatan lain. Nasihat Jasmin supaya tidak mengambil mereka sebagai instructor terus kami pegang. Kalau tidak, mungkin kami perlu membayar dengan harga yang agak mahal.

“Kita bukan nak main profesional pun”, kata aku. “Dapat gerak, sudah”, jawab Shahir. Kami terus ‘menyombong’ sehinggakan tidak mahu ‘langau-langau’ itu tadi memasangkan alatan ski pada kaki kami. Betul-betul sombong sampaikan kami memasang sendiri kelengkapan selepas melihat bagaimana cara beberapa pengunjung lain memakai kelengkapan ski itu.


Selepas memakai kelengkapan yang agak berat, kami mula meluncur perlahan-lahan. Dihadapan kami adalah dataran bersalji tebal yang sendeng dan dibelakangnya adalah bukit-bukau yang cukup indah. Selepas mencuba beberapa ketika, aku, Shahir, Wan dan Azwad memberanikan diri untuk menaiki ski lift untuk ke tempat yang lebih tinggi dan kemudian berski menuruni bukit yang berkecerunan kira-kira 10 darjah.

Dalam beberapa percubaan, kami berjaya bermain dengan lebih baik walaupun sebelum ini kami sering menjatuhkan diri memandangkan kami tidak tahu teknik yang betul untuk berhenti. Mujur kami hanya bergolek di atas salji, dan kami cepat belajar selepas melihat gaya dan cara beberapa pengunjung yang betul-betul mahir bermain ski.


Selepas hampir dua jam bermain ski, kami kemudiannya beredar ke satu lagi pusat kerajaan iaitu Burning Cream Center. Kami diberi penerangan oleh salah seorang staf yang sangat mahir berbahasa Indonesia. Wanita ini bukan hanya memberi penerangan, malah turut menjalan demonstrasi dimana dia menyentuh besi yang baru saja dipanaskan dengan telapak tangannya dan kesan lecuran itu hilang serta merta selepas lima minit dilumur dengan krim ‘ajaib’ tersebut. “Huh…macam magic trick je”, kata aku memberi pandangan pada Azwad dan Wan.

Malam itu kami dibawa ke restoran yang menyajikan hidangan yang paling lazat sepanjang kami di Beijing. Mungkin disebabkan kesejukan dan tenaga yang banyak digunakan sepanjang hari selepas mendaki Tembok Besar China dan bermain ski, kami makan dengan penuh berselera. Hari itu kami sememangnya salah satu hari dalam musim sejuk kerana salji menemani kami dari pagi hingga ke malam.

18 ulasan:

fixckqriey said...

part 3 ade kan?!

sagahayat said...

ada..dlm pembikinan..hehe

sagahayat said...

ada..dlm pembikinan..hehe

wénkt said...

Bestnyer dapat pergi beijing

Anonymous said...

salam.. hye, saudara pergi beijing guna travel agency yg mna ye? sbb sy tgh survey agency yg ok. thanks

sagahayat said...

saya pegi dgn travel agency WENKT Vacation....RM440 (6H4M termasuk penginapan,mkn,tips,pengangkutan &tiket masuk tmpat lwtn tetapi tidak tmasuk tiket flight)....boleh hubungi melalui blog ini...

http://www.wenkt.com/blog/

ataupun taipkan saja wenkt vacation sdn bhd di facebook..

atau hubungi

no.tel: 014 2964440 (syazwan zanini)

harap membantu.....tq..

Unknown said...

snow best...

radekamn said...

nak tnya la yang harga nie nak kne cari berkumpulan ke bru dpt harga nie? :)

sagahayat said...

lagi ramai lagi murah...kalo x silap kalo 15 org baru dpt harga rm440 sorg...bincang dgn agency ni..dorg boleh combine kan dgn grup2 lain utk dpt 15 or lebih org....yg penting tarikh nak pegi sama dgn kumpulan lain..so better contact agency ni la...

Unknown said...

salam, lina student uitm sarawak akan travel secare berkumpulan seramai 30 orang die xde had seramai mane orang kan?

sagahayat said...

maksud lina pakej wenkt ni ke..?boleh ..xde masalah..aritu saya satu grup 15 orang...so dia akan dua grup..tp travel same2....

Anonymous said...

hye im fira, im going to beijing 29 nov until 5 dec 2013 with my family,time u guys pg salji start trun on disember yer? i need ur help, kan u list kan what should i bring during winter time,coz im not prepare anything yet.. and is it sesuai pakai jeans biasa time tu?? thank you so much for ur help :)

sagahayat said...

hye fira....masa sy pegi (tarikh 1 dis) salji pertama turun dekat beijing.......ini beberapa cdgn pakaian..mgkin boleh membantu
-glove
-headwear
-long john(baju tebal yang pakai dibahagian dalam)
-lip balm
-baju sejuk (kot, sweater, jacket)

musafir impian sejati holidays said...

A'kum...Beijing memang best! Sesiapa yang berminat untuk ke sana atau lain-lain negara boleh, sila layari laman web: www.impiansejati.com

Mohd Zaki Bin Musa
General Manager,
Impian Sejati Travel & Tours Sdn.Bhd
013-5333062

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Hi! maaf nak bertanya, sepanjang di Beijing time winter (Disember), ada tak tempat-tempat lawatan yang ditutup? atau ada tak caj-caj tambahan yang dikenakan untuk ke tempat2 tertentu? Tmksh in advance! :)

sagahayat said...

Waalaikumsala
Masa sy pgi dulu awal winter.salji tak tebal.smua tmpat lawatan buka mcm biasa
Sy rasa smua tmpt buka mcm biasa.kecuali kalo ribut salji.tp kalo ikut ckp guide,ribu
Salji x blaku kt bndar.cuma mgkn kabus tebal jalan ditutup.mcm pgalaman sy dul
Bus xdpt ke airport di tianjin.so kami naik bullet train.harap mbntu

Unknown said...

salam, boleh saya nama tempat bermain ski?

sagahayat said...

Minta maaf.dh lama.x ingt lg.tp xjauh sgt dr great wall yg sy pgi tu

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...