ANGKARA CURANG

Thursday, February 9, 2012

Suatu pagi di Edapadi di daerah Salem Tamil Nadu, India suasana menjadi hingar-bingar dengan ramai penduduk tempatan memenuhi hadapan sebuah balai polis apabila seorang lelaki telah menyerah diri selepas mengaku membunuh isterinya. Lebih mengejutkan apabila lelaki berusia 41 tahun itu membawa kepala isterinya yang dipenggal ke balai polis!

Pada malam kejadian, lelaki itu mendapati isterinya telah berlaku curang dan akhirnya membawa kepada pentengkaran. Amarahnya memuncak apabila dia bertindak memenggal kepala isterinya dengan menggunakan sebilah pisau.




Dengan wajah seperti tanpa perasaan, lelaki itu telah membungkus kepala isterinya dengan kertas surat khabar dan membawa ke balai polis di pagi hari untuk menyerah diri. Tindakannya membuatkan penduduk kampung terkejut dan pihak polis tidak menahannya sebaliknya membiarkan lelaki yang berlumuran darah itu masuk bersama-sama kepala isterinya.

2 ulasan:

Unknown said...

ya Allah, ngerinya!

sagahayat said...

tu la..n polis bg die masuk dgn kepala tu utk serah diri mcm tu je....kalo kat msia polis tahan dulu...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...