Sebuah papan iklan bersaiz mega di Indonesia agak istimewa. Pada hari siang imej yang tertera pada papan iklan itu adalah imej pinggan mangkuk yang kosong. Menjelang malam, apabila lampu neon terpasang, imej itu berubah kepada pinggan mangkuk yang penuh dengan segala macam makanan.
Pada papan iklan itu juga tertera ayat 'Siang Dipendam Malam Balas Dendam'. Tapi harus kita ingat. Bulan Ramadhan yang mulia bukan bulan untuk kita mentekedarah pelbagai jenis makanan pada waktu malam. Sebaliknya, Ramadhan mendidik jiwa kita dalam erti kata bersyukur. Mungkin iklan ini agak menggelikan hati tetapi adakah mesejnya seolah-olah seperti Ramadhan dipendam (segala maksiat), Syawal Balas Dendam (segala maksiat)? Sama-sama kita renungkan.
0 ulasan:
Post a Comment