IMEJ MISTERI DI PERMUKAAN BUMI : LAKARAN TANAH AMAZON

Tuesday, October 25, 2011

Sekitar tahun 1999, imej-imej geometri seperti bentuk bulatan, tiga segi, empat segi dan sebagainya berjaya dikesan oleh satelit di lantai hutan Amazon di benua Amerika Selatan. Lakaran pada permukaan tanah ini dianggarkan dibuat pada 200-300 A.D yang lalu oleh peradaban kuno yang pernah menjalankan aktiviti di kawasan tersebut. Alat-alatan seperti seramik, arang, batu pengasah yang dijumpai dikawasan sekitar membuktikan kawasan itu pernah menjadi penempatan yang penting suatu masa dulu.

Lebih 200 lakaran geometri telah dikesan di kawasan lantai hutan Amazon dalam lingkungan 250 kilometer. Apapun, misteri kewujudan lakaran tanah Amazon ataupun Amazon earthwork ini masih belum berjaya dirungkai, sama ada fungsinya dan siapakah yang membinanya.













0 ulasan:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...