Aku pernah mengunjungi negara India sekitar Disember tahun 2009 yang lalu. Apabila ramai yang bertanya mengapa aku memilih India, aku tidak dapat memberi jawapan yang khusus. Namun bila kaki aku menjejak tanah benua India, aku mula mengutip pengalaman-pengalaman yang cukup bermakna dan tidak mungkin dapat diperolehi oleh orang lain sepertimana yang aku catat dalam catatan dalam blog ini yang bertajuk 'Kembara di Bumi India'.
Antara pengalaman lain adalah aku ditumbuk dibahagian sulit oleh budak yang berbaju biru dalam gambar diatas kerana mengharapkan aku menghulurkan sekeping not rupee selepas aku bergambar dengan mereka. Baru-baru ini aku menerima emel dari seorang rakan iaitu emel gambar-gambar gelagat manusia dari benua India. Sudah pasti aku terimbau kenangan menyaksikan gelagat dan ragam di India dengan mata kepala aku sendiri. Jom kita tengok gambar-gambar dari emel itu.
0 ulasan:
Post a Comment