SAGAHAYAT SELEPAS SETAHUN

Monday, November 19, 2012



Sagahayat sebenarnya bermula pada bulan April 2011. Sehingga kini sudah 216 catatan atau entry telah diterbitkan dan Sagahayat sudah berusia setahun dan 6 bulan. Kekangan masa menyebabkan saya kurang menerbitkan catatan-catatan baru dan saya berazam untuk terus menulis sebagai salah satu hobi saya.


Walaubagaimanapun saya cukup gembira kerana blog kecil ini dapat membantu pembaca berkongsi ilmu dan juga maklumat mengenai apa saja khususnya ekplorasi dan pengembaraan (dan itulah harapan dan niat saya untuk membantu dan berkongsi pengalaman). 


Ramai yang bertanyakan saya mengenai gunung-ganang, pengalaman melancong di beberapa buah tempat dan semestinya blog ini menemukan saya dengan rakan-rakan blogger yang baru.

Sempena setahun selepas 'penubuhan' blog Sagahayat, saya selaku penulis blog ini ingin membuat rumusan mengenai blog ini (walaupun hasrat ini sebenarnya ingin dilakukan pada April 2012). Rumusan ini termasuklah 5 CATATAN PALING BANYAK PAPARAN dan juga 5 CATATAN PILIHAN SAGAHAYAT.


LIMA CATATAN PALING BANYAK PAPARAN

Lima catatan ini adalah lima entry yang paling banyak paparan atau paling banyak dilihat dan dilayari oleh pembaca sepanjang April 2011 sehingga November 2012. Catatan-catatan itu adalah :


5. MENUJU PUNCAK GUNUNG SANTUBONG - Catatan ini mendapat sebanyak 925 paparan. Cerita tentang pengalaman mendaki gunung lagenda di Sarawak ini mungkin menarik perhatian pembaca yang ingin menawan puncak gunung itu.


4. TRAVELOG SABAH - BAHAGIAN 1 - Catatan ini merupakan travelog dan diterbitkan dalam dua bahagian. Travelog Sabah menceritakan pengalaman melancong di beberapa tempat terkenal di Sabah termasuklah tempat-tempat menarik di Taman Negara Kinabalu, Kundasang, Ranau, Kota Kinabalu dan juga pulau-pulau indah di Kota Kinabalu. Catatan ini mendapat sebanyak 1039 paparan.


3. RUMAH AGAM SHAH RUKH KHAN - Tidak tahu kenapa catatan ini merupakan antara catatan atau entry yang paling popular di dalam blog ini. Dengan jumlah paparan sebanyak 1142, catatan ini memaparkan gambar rumah agam milik Datuk Shah Rukh Khan di Mumbai, India. Namun sehingga kini Sagahayat tidak pasti adakah benar gambar itu rumah milik Shah Rukh Khan atau tidak.


2. MUSIM DINGIN DI KOTA BEIJING - BAHAGIAN 1 - Sehingga kini catatan ini mendapat sejumlah 1267 paparan. Catatan ini merupakan catatan pengalaman saya di kota Beijing pada musim sejuk tahun lalu. Jumlah paparan untuk entry ini naik mendadak menjelang hujung tahun memandangkan ramai membaca yang mungkin 'terjumpa' blog ini sebagai persediaan mereka melancong ke Beijing pada musim sejuk.


1. HANTU TETAMU LENSA - Dengan jumlah paparan sebanyak 2842 menjadikan catatan merupakan catatan paling banyak dilihat oleh pelayar internet. Gambar-gambar hantu yang terakam secara tidak sengaja menjadikan catatan ini menjadi pilihan. 


LIMA CATATAN PILIHAN SAGAHAYAT


5. RAYA YANG SEMPURNA - Catatan ini merupakan sebuah cerpen yang ditulis pada bulan Ramadhan menjelang Aidilfitri. Cerpen ini mengisahkan bagaimana Piah seorang surirumah yang mencari erti sebenar raya yang sempurna. Cerpen ini adalah rekaan semata-mata tetapi ditulis bersandarkan pengalaman saya sendiri (walaupun cerita ditambah baik) dan merupakan antara cerpen terawal yang pernah saya tulis.


4. SERIBU JUTA SENYUMAN SUDIRMAN -  Catatan ini bermula sejurus selepas menyaksikan dokumentari bertajuk Sudirman yang ditayangkan di History Channel. Catatan ini ditulis menerusi watak rekaan Zaki yang begitu meminati Sudirman. Watak Zaki menelusuri setiap kisah penting Sudirman dari saat kemunculannya sehinggalah ke saat kematiannya. Catatan ini mengambil masa lebih dari seminggu untuk disiapkan dan saya mencari rujukan dari internet untuk menyiapkan Seribu Juta Senyuman Sudirman.

3. NATRAH EPISOD I & II - Catatan ini ditulis selepas saya menonton drama Natrah yang memaparkan kisah Natrah yang mencetuskan tragedi suatu masa dulu.Kisah Natrah dijelmakan menerusi cerita dari saat dia kecil sehinggalah dia mati dan diselang-selikan dengan dialog rekaan untuk memberi kesan kepada jalan cerita. Jujur saya katakan catatan ini memberi kesan kepada saya kerana perpaduan umat islam pada masa itu amat utuh untuk mempertahankan akidah Natrah walaupun mereka berbeza ideologi. Saya bukan sahaja membuat rujukan dari internet, malah mendapat maklumat dari majalah Al-Islam yang memaparkan pendapat dari Datin Fatini Yaacob dan juga Dr. Zulkifli Nordin.


2. TRILOGI GUNUNG KINABALU - Bumi Di Atas Bayu, Menawan Impian & Lagenda & Panduan. - Catatan ini ditulis menerusi 3 bahagian dan merupakan catatan pengalaman mendaki Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara. Yang lebih menarik catatan ini mengambil masa 3 minggu untuk disiap memandangkan saya begitu sibuk dengan kerja selepas kembali dari Kota Kinabalu. Catatan ini juga antara 10 catatan paling banyak paparan dan ditulis di dalam kereta dan juga di dalam kapal terbang.


1. TETRALOGI JEJAK DARAH LANGKAT - Jejak Darah Langkat Bahagian I,II,III & IV. - Catatan ini bermula apabila bapa saya menceritakan mengenai salasilah keluarga yang berasal dari Langkat, Indonesia. Rujukan lisan dari abah dan juga saudara mara yang tertua melengkapkan jalan cerita yang bermula sekita tahun 1800. Jejak Darah Langkat ditulis menerusi 4 bahagian dan mengambil masa lebih dari sebulan untuk disiapkan. Yang lebih menarik apabila saya menerima lebih 4 emel dari 4 individu berbeza yang sebenarnya mempunyai pertalian persaudaraan. Kerana catatan ini juga, saya dan ahli keluarga berkunjung ke Linggi, Negeri Sembilan untuk bertemu dengan saudara-mara yang tidak pernah dikenali selama ini.

Dengan wajah baru, saya berharap semua pembaca sentiasa menyokong blog ini yang sentiasa menyokong anda kerana saya percaya bahawa hidup ada cerita dan cerita akan terus hidup.

2 ulasan:

wan hafiza wan nor said...

blog sagahayat banyak pengisiannya..teruskan dengan seberapa bnyk penulisan lg..sesu ngguhnya blog ni cukup membantu.

sagahayat said...

terima kasih byk2 wan hafiza....teruskan menyokong n membaca sagahayat ya!!..hehehe

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...