Bagi penggemar filem Hollywood, semestinya sudah beratus-ratus filem sudah ditonton tidak kiralah sama ada di pawagam, DVD, CD, saluran televisyen berbayar HBO, Max & StarMovie mahupun slot-slot di saluran percuma seperti Mega Movie, Movie on TV2, Dunhill Double (setiap khamis & jumaat di TV2 suatu masa dulu) ataupun lambakan filem ketika cuti Krismas serta countdown tahun baru. Kalau dah terlalu banyak menonton naskhah Hollywood, adakalanya jalan cerita boleh diramal dan idea yang ditampilkan seperti diulang-ulang. Klise, stereotaip dan tipikal adalah perkataan-perkataan yang boleh mendefinisikan kebanyakan filem-filem Hollywood masa kini. Tak percaya? Sila baca 10 hujah dibawah:1. Selalunya bagi filem-filem aksi kepolisan, pasti ada babak tembak-menembak diantara pihak polis dan penjahat. Ada watak-watak sampingan (yang mempunyai dialog) yang akan terkena tembakan dan akhirnya dia tinggal nyawa-nyawa ikan. Hero akan mendekati mangsa dan mangsa selalunya mempunyai 30 hingga 60 saat untuk berkata-kata sebelum menghembuskan nafas terakhir.
3. Kalau cerita yang melibatkan binatang ganas ataupun dinasor pula, watak-watak sampingan mesti mati dibaham dahulu. Watak yang agak penting dan mempunyai dialog yang lebih banyak akan mati juga tetapi dihujung cerita. Hero dan heroin semestinya sedih tetapi keajaiban sentiasa menyelamatkan mereka daripada maut!
4. Kalau hero aksi mesti dia ada seorang pembantu yang agak nerd dan sangat mahir dan sangat hebat dengan gajet-gajet berteknologi tinggi. Pembantu ini selalunya tak pandai bertumbuk, dan agak kelakar. Perangainya agak kontra dengan hero kerana dia agak kelam kabut dan kadang-kadang dijadikan tebusan penjahat tetapi akhirnya terselamat.
5. Kalau watak-watak ketua penjahat, tak kira macam mana pun mesti mati akhirnya. Konco-konconya mati dengan sadisnya tetapi ketua penjahat mati dengan lebih sadis atau lebih kejam seperti badan meletup, dilanggar keretapi, badan terbakar, dihempap kontena dan lain-lain lagi yang difikirkan kejam.
8. Untuk filem komedi romantik, si hero semestinya mempunyai sekurang-kurangnya seorang kawan baik. Watak kawan baik ini selalunya kurang handsome berbanding si hero sama ada dia berbadan gempal, botak ataupun mempunyai habit pelik. Dia adalah pendengar yang baik tetapi selalu mencabar si hero ataupun memberi idea-idea yang bodoh. Begitu juga dengan si heroin. Dia mempunyai seorang kawan baik yang rupa parasnya kurang 10 markah daripada rupa paras si heroin tadi.
9. Hero filem aksi selalunya bersikap dingin. Susah untuk tersenyum dan selalunya bersikap serius. Kadang-kadang nampak seperti tiada perasaan. Dia juga berat mulut untuk berkata-kata dan tetapi tetap cool walau apapun terjadi. Untuk permulaan dia akan mengabaikan si heroin tetapi akhirnya mereka jatuh cinta. Hero ini seperti tiada emosi apabila sanggup membunuh penjahat pada malam krismas ketika ibunya sedang menantinya di hujung tangga rumah.
Walaupun 10 hujah telah tersenarai, sagahayat tetap memilih filem Hollywood untuk ditonton. Hujah ini sekadar hiburan sama seperti hiburan filem cereka Hollywood. Yang penting, tepuk dada tanya selera!
0 ulasan:
Post a Comment