BERTAUT DI LINGGI
Sejak berpindah dari Pengkalan Kempas ke Pengkalan Durian, Tukang Ali mengambil keputusan untuk terus menetap dan membina rumah di situ. Rumahnya hanya dipisahkan dengan jalan kecil dan bertentangan dengan rumah keluarga Silong dan Rafeah. Silong dan Rafeah suami isteri bukan berasal dari Linggi. Mereka berasal dari Kampung Sungai Jernih Melaka dan Rafeah sendiri merupakan anak jati Ramuan Cina, Melaka.
Segalanya bermula apabila anak sulung mereka iaitu Mohamad Shah dilarikan oleh binatang buas ke dalam hutan semasa mereka membuka kawasan hutan di pinggir bukit Kampung Sungai Jernih. Ketika itu kesemua anak mereka iaitu Mohamad Shah, Hamidah, Anum, Aminah dan Taemah ditinggalkan di dalam sebuah pondok dimana sebenarnya terdapat binatang buas sedang berkeliaran di kawasan itu. Mendengar tangisan anak-anaknya, Silong dan Rafeah segera berlari mendapatkan anak-anak mereka. Jantung mereka berdegup kencang. Namun segalanya sudah terlambat. Mohamad Shah sudah dibawa lari ke dalam hutan dan dibaham binatang buas itu. Sejak berpindah dari Pengkalan Kempas ke Pengkalan Durian, Tukang Ali mengambil keputusan untuk terus menetap dan membina rumah di situ. Rumahnya hanya dipisahkan dengan jalan kecil dan bertentangan dengan rumah keluarga Silong dan Rafeah. Silong dan Rafeah suami isteri bukan berasal dari Linggi. Mereka berasal dari Kampung Sungai Jernih Melaka dan Rafeah sendiri merupakan anak jati Ramuan Cina, Melaka.
Dengan nasib yang malang dan berhati walang, Silong dan Rafeah menyerah nasib dengan berhijrah ke tempat lain. Hancur luluh hatinya apabila satu-satunya anak lelaki mereka pergi buat selama-lama dan mati tidak berkubur. Baginya peristiwa yang meragut nyawa anaknya perlu dielakkan daripada berulang. Mereka bersampan menyusuri Sungai Jernih sehinggalah mereka tiba di persimpangan Sungai Linggi dan mendarat di kawasan Permatang Pasir bagi memulakan kehidupan baru bersama-sama empat orang anaknya iaitu Hamidah, Anum, Aminah dan Taemah.
Maka bermulah kehidupan keluarga Silong dan Rafeah yang membina rumah di Pengkalan Durian. Silong dan Rafeah berjiran dan bersahabat dengan Tukang Ali. Tahun demi tahun, anak-anak mereka masing-masing menginjak usia, dan jodoh menemukan Aminah, anak gadis Silong dengan Bujang, anak lelaki Tukang Ali. Mereka akhirnya bernikah dan bermulalah tautan keluarga antara keluarga Tukang Ali dengan keluarga Silong dan Rafeah.
BUJANG MERANTAU
Usia dewasa bukan hanya untuk dihabiskan sisanya di tanah darah tumpah. Bertitik tolak dari situlah Bujang dan adiknya Sadin, mengikut jejak ayah mereka, berkelana, merantau dan meneroka tanah-tanah baru untuk membuka mata mereka dan belajar untuk berdiri dengan kaki sendiri.
Mereka mengembara sehinggalah tiba di Kuala Kubu. Bujang dan Sadin meneroka hutan dan mereka berhuma. Tuah ayam nampak di kaki, namun tuah Bujang dan Sadin tampak jelas pada padi-padi hasil tanaman mereka yang tunduk menguning. Berbudi pada tanah, rezeki Tuhan ternyata melimpah ruah buat mereka yang sama-sama bekerjasama membanting tulang mengerah kudrat. Keringat dan kepayahan mereka dibayar dengan hasil tanaman yang sungguh lumayan.
Suatu hari, Sadin adik kepada Bujang bersuara. “Abang, apa yang abang cakap sudah pun kita jumpa. Adat orang sedarah, sifat orang seperguruan”. Bujang faham maksud adiknya. Adiknya akhirnya meninggalkan Bujang buat selama-lamanya dan jenazahnya disemadikan di tanah Kuala Kubu. Hasil pertanian dituai dan kemudiannya diserahkan Bujang kepada orang-orang kepercayaannya. Dalam keadaan duka, Bujang kembali ke Pengkalan Durian.Setibanya di Linggi, Bujang disambut oleh isterinya, Aminah. Tahun-tahun seterusnya Bujang terus menetap di Linggi. Mereka suami isteri dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Wahab, Mahmud, Arifin, Salimah dan Harun. Suatu hari Bujang mengambil keputusan untuk berhijrah ke kawasan lain. Dia mahu mengubah untung nasib hidupnya yang tidak berapa menentu di Linggi.
Akhirnya Bujang menyiapkan kereta lembunya. Dia juga menyuruh isterinya bersiap-siap untuk menempuh satu perjalanan yang jauh ke tempat baru. “Minah, kau bersiap-siaplah. Kita akan ke tempat baharu. Sama-sama kita teroka dan bertani di Sungai Kembong nanti. Mat Tera, sahabat kepada abah sudah sampai pun di sana”.
Kereta lembu milik Bujang mula merentas denai-denai kampung dan mula melewati rumah-rumah di hujung kampung di Linggi. Bujang bersama isteri dan anak-anaknya menuju ke Sungai Kembong, sebuah tempat yang tiada orang bermukim dan merupakan hutan belantara. Perjalanan mereka memakan beberapa hari. Ada ketika, semasa mereka bermalam di pinggir di sebuah bukit, ada pak belang mengaum dan berkeliaran berhampiran kereta lembu mereka. Mujur keluarganya tidak diganggu oleh binatang buas itu dan akhirnya Bujang selamat tiba di Sungai Kembong, tempat untuk dia bermastautin, memulakan hari-hari barunya, bersama Aminah dan lima orang anak mereka.
Di Sungai Kembong, mereka bersawah. Sudah banyak keluarga dari Linggi memulakan kehidupan baru di tempat itu. Mat Tera adalah antara yang pertama. Yang lain-lain termasuklah Tok Rasat, Tok Manaf, Tok Baki, Tok Sendeng dan Tok Maksit yang sama-sama mengembleng tenaga membuka tanah di Sungai Kembong. Ketika mereka baru tiba di sana, jambatan keretapi yang diberi gelaran Jambatan Lubuk Buaya yang merentangi sungai sedang dibina oleh pihak British di kawasan itu.Hiduplah mereka disana. Sehinggakan Sungai Kembong menjadi sebuah kampung yang permai dan penduduknya saling bantu-membantu diantara satu sama lain.
3 ulasan:
Assalamualaikum...Saya Mohd Shah,nama saya diberi oleh aruah Tokcik Mahmud dari Warisan Wan Aminah.Saya pula daripada Warisan Wan Hamidah,adik beradik kepada Wan Aminah.Saya ingin mengenali saudara untuk bertukar-tukar maklumat tentang keluarga warisan kita.Harap saudara boleh hubungi saya di talian 018-2522251,01111442284.Saya juga berharap blog ini diteruskan dengan cerita2 daripada Warisan 4 perut yang lain.
waalaikumsalam...terima kasih kerana sudi membaca entry jejak darah langkat dlm blog ni....saya sbenar menulis atas pemintaan bapa saya sendiri....dan berharap dpt mnjadi rujukan generasi akan dtg...sy pun agak terkejut terjumpa saudara dari warisan hamidah.....semoga kita sama2 berkongsi info nanti....
Saya cicit kpd Shamsudin bin Andak dari Kampung Permatang Pasir. No. Tel. 017-3747621
Post a Comment