JELITAWAN DARI MEJA BEDAH

Sunday, August 7, 2011

Sekitar tahun 2004, ada sebuah rancangan televisyen dari barat yang berjudul The Swan. The Swan adalah satu program realiti dimana beberapa orang wanita yang kebanyakannya surirumah diberi peluang untuk merubah rupa mereka melalui pembedahan plastik secara percuma.

Marnie Rygiewicz, Sarina Voight dan Rachel Love-Fraser ialah merupakan antara peserta yang terpaksa berpisah dengan ahli keluarga selama 3 bulan dan melalui proses pembedahan keatas wajah (termasuk gigi) dan juga tubuh badan (termasuk punggung, payudara, perut dan sebagainya). Cukup tiga bulan, mereka akan tampil sebagai seorang wanita yang jelita yang jelas ‘dibikin’ menerusi meja bedah.


Lain pula ceritanya dengan beberapa individu dibawah. Pembedahan plastik pada mulanya menjadi obsesi dan akhirnya merupakan satu tragedi buat mereka apabila proses itu bukan sahaja menghodohkan wajah mereka, malah menampilkan rupa yang agak pelik dan ada yang agak menakutkan.


MICHAEL JACKSON - Siapa yang tidak kenal dengan Michael Jackson yang dilahirkan sebagai kulit hitam tetapi meninggal dunia dengan berkulit putih. Pembedahan yang paling jelas dilakukan Michael Jackson keatas wajahnya adalah pada hidungnya. Dikatakan dia menjalani pembedahan melebihi 10 kali keatas hidungnya itu.


JACKIE STALLONE - Wajahnya umpama getah yang lembik. Begitulah Jackie Stallone iaitu ibu kepada aktor Slyvester Stallone yang sangat obses dengan pembedahan plastik. Dia melakukan pembedahan ‘mengangkat’ muka, kening, pembedahan hidung dan juga bibir.


MICKEY ROURKE - Wajahnya yang kacak ketika muda menjadi kegilaan ramai orang terutama peminat-peminat wanita. Namun wajah yang kacak itu tidak kekal ketika menjelang usia tua. Untuk itu Rourke telah melakukan pembedahan plastik keatas wajahnya. Tetapi hasilnya agak kurang menjadi. Siapa Rourke? Dia adalah Mickey Rourke yang menjadi watak antagonis dalam filem Ironman II.


MICHAELA ROMANINI - Michaela Romanini bukanlah seorang selebriti tetapi seorang sosialit di Itali. Dia cukup terkenal kerana penyalahgunaan kolagen secara melampau dan beberapa siri pembedahan keatas wajahnya.

DONATELLA VERSACE - Donatella Versace adalah adik kepada pereka fesyen terkenal iaitu Gianni Versace. Senyumannya yang kelihatan pelik sudah membuktikan dia menjalankan pembedahan plastik. Usianya sudah menginjak ke 55 tahun tetapi kulit wajahnya masih tegang, tidak sepadan dengan kulit tubuhnya yang sudah menggeleber.

JOCELYN WILDENSTEIN - Jocelyn Wildenstein terjumpa suaminya sedang berasmara dengan seorang wanita Rusia. Dia enggan menuntut cerai tetapi nekad menjalani pembedahan plastik di wajah bagi memenangi hati suaminya semula. Tetapi wajahnya menjadi semakin menakutkan dan akhirnya suaminya meninggalkan Jocelyn yang sudah menghabiskan 4 juta dollar U.S untuk menjalani pembedahan-pembedahan itu.



HANG MIOKU - Hang Mioku ialah seorang wanita dari Korea Selatan yang begitu obses dengan pembedahan plastik. Tetapi siri pembedahan ke atas wajahnya menyebabkan wajah semakin tidak elok dan berubah bentuk. Keengganan doktor melakukan lebih lagi pembedahan menyebabkan Mioku menyuntik minyak masak ke wajah dan menurut doktor Mioku menghadapi masalah psikologi.

1 ulasan:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...