BERMAIN DENGAN NOMBOR

Saturday, September 3, 2011

Sekitar awal tahun 2005, sebuah drama bersiri berjudul Numbe3rs telah memulakan siarannya. Drama ini mengisahkan bagaimana seorang genius matematik iaitu Charlie Eppes membantu abangnya iaitu seorang agen FBI menyelesaikan masalah jenayah dengan menggunakan logik matematik. Kesemua masalah jenayah itu dapat diatasi apabila Eppes merungkai satu-persatu dan bermain dengan nombor-nombor bersama kaedah, formula dan rumusan matematik yang rumit.

Catatan pada kali ini tidak memerlukan anda untuk melakukan pengiraan dengan kaedah atau formula matematik yang sukar tetapi anda hanya perlu menggunakan kalkulator untuk melakukan satu pengiraan yang mudah. Yang pasti anda dapat bermain dengan nombor-nombor dan hanyalah sekadar untuk suka-suka. Cubalah!


Darab nombor 37037 dengan satu nombor pilihan anda (1 hingga 9). Contohnya 37037 didarabkan dengan nombor pilihan iaitu 9 (37037 X 9). Kemudian darab hasilnya dengan nombor 3. Hasilnya adalah 6 digit nombor pilihan anda tadi (contoh : 999999).


SILAP MATA NOMBOR


Langkah 1:
Pilih satu nombor yang mempunyai tiga digit yang berbeza (1 hingga 9) . Digit pertama mestilah lebih besar nilainya daripada digit tengah dan digit tengah lebih besar nilainya daripada nombor terakhir (atau ringkasnya nombor itu menurun). Contohnya seperti 962, 871 atau 743


Langkah 2:
Tolak nombor tersebut dengan nombor itu yang diterbalikkan susunannya. Contoh jika nombor itu 962, anda perlu tolak dengan nombor 269 (962 -269)


Langkah 3:
Hasilnya ditambah dengan nombor hasil tadi yang diterbalikkan.
Hasilnya adalah 1089 bukan? Cuba dengan nombor-nombor yang lain. Anda pasti dapat jawapan yang sama iaitu 1089.



Untuk menjadikannya seperti satu silap mata, ikut langkah-langkah ini. Katakan pada rakan anda bahawa anda boleh membaca fikirannya. Kemudian, tulis nombor 1089 (tanpa dilihat oleh rakan anda tadi) pada sekeping kertas dan lipat kertas itu dan letak dalam poket seluar anda. Suruh rakan anda pilih nombor dan lakukan pengiraan seperti diatas. Jawapannya pasti sama dengan nombor pada kertas didalam poket itu tadi.

MENGIRA NOMBOR TELEFON

Langkah 1:
Masukkan 3 digit pertama nombor telefon bimbit anda ( tidak termasuk 01X)

Langkah 2:
Kali dengan 80 ( X 80)

Langkah 3:
Tambah dengan 1 ( + 1)

Langkah 4:
Kali dengan 250 ( X 250)

Langkah 5:
Tambah dengan 4 digit terakhir nombor telefon bimbit anda

Langkah 6:
Sekali lagi Tambah 4 digit terakhir nombor telefon bimbit anda

Langkah 7:
tolak dengan 250 (- 250)

Langkah 8:
Bahagi dengan 2 ( /2)

Apakah nombor telefon bimbit anda? Melalui langkah-langkah pengiraan, anda berjaya memperolehi nombor telefon bimbit anda.

2 ulasan:

macam ku kata said...

ada rahsia dr Allah disebalik kejadian..nombor salah satu drnya..;-)

sagahayat said...

btul tu...byk lg sbnrnya.....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...