IMEJ MISTERI DI PERMUKAAN BUMI : LINGKARAN TANAMAN

Sunday, October 23, 2011

Seorang kanak-kanak perempuan menjerit ketakutan menyebabkan bapanya serta-merta berlari mendapatkannya. Anjing peliharaan mereka pula tidak berhenti menyalak di tengah-tengah ladang jagung milik keluarga mereka. Mereka terkejut apabila mendapati pokok-pokok jagung mereka rebah membentuk satu corak yang besar yang lebih jelas dilihat dari tempat yang lebih tinggi.



Rupa-rupanya imej yang terbentuk di tengah-tengah ladang jagung mereka itu merupakan satu tanda dari makhluk asing yang akhirnya menyerang kediaman mereka. Itu adalah sebahagian dari sinopsis filem The Signs lakonan Mel Gibson yang mengaitkan antara lingkaran tanaman dengan kehadiran makhluk asing di bumi.

Lingkaran tanaman ataupun crop circle adalah formasi pola teratur yang seringkali terjadi di ladang-ladang tanaman sama ada ladang gandum, jagung, barli dan sebagainya dan terbentuk secara misteri dalam tempoh semalaman. Bukan sahaja di barat, fenomena ini turut berlaku di Indonesia dimana terdapat beberapa lingkaran tanaman yang terbentuk di sawah-sawah padi.


Banyak pihak terutama para pengkaji menyiasat tentang fenomena ini dan terdapat satu kelompok yang mendakwa boleh membuat satu lingkaran tanaman dalam tempoh masa beberapa jam dan menggunakan alatan ringkas daripada kayu. Kelompok ini seolah-olah memberi gambaran bahawa lingkaran tanaman hanyalah perbuatan manusia semata-mata. Namun kajian yang dijalankan mendapati terdapat kesan lecuran pada pohon yang rebah oleh lingkaran tanaman berbanding yang dibuat oleh manusia. Terdapat juga beberapa saksi yang mendakwa terlihat cahaya-cahaya seperti UFO dan juga angin seperti puting beliung sejurus sebelum lingkaran tanaman itu terbentuk. Apapun, fenomena imej misteri lingkaran tanaman masih menjadi perdebatan banyak pihak dan masih dikaitkan dengan kehadiran makhluk asing di muka bumi.



























1 ulasan:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...