Showing posts with label SAINS. Show all posts
Showing posts with label SAINS. Show all posts

BERMAIN DENGAN ILUSI OPTIK

Wednesday, November 9, 2011

Terdapat begitu banyak imej-imej ilusi optik yang dapat diperolehi dari internet. Kali ini mari kita bermain dengan sebahagian ilusi optik. Mata anda tertipu? Kerana ilusi optik terjadi disebabkan oleh kesalahan penangkapan mata kita sendiri.




















UJIAN DEMENTIA

Sunday, May 29, 2011

Segelintir warga emas selalunya berhadapan dengan masalah ingatan, perhatian dan menyelesaikan masalah. Ini adalah simpton dementia iaitu kemerosotan fungsi kognitif otak akibat proses penuaan. Dementia secara mudahnya adalah nyanyuk. Alzheimer pula merupakan salah satu penyakit yang digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) tetapi ia dikatakan bukan berpunca daripada proses penuaan.

Apapun, untuk menentukan seseorang itu mengalami dementia, satu ujian boleh dijalankan. Ujian itu adalah Pencapaian Ujian mental Ringkas (Abbreviated Mental Test Score). Di bawah ini adalah beberapa soalan untuk menguji sama ada anda sudah nyanyuk atau tidak.

SOALAN PERTAMA : Anda sedang berlari dalam satu perlumbaan. Anda memintas orang yang berada di kedudukan kedua dalam perlumbaan itu. Jadi, apakah kedudukan anda sekarang?

JAWAPAN: Jika anda menjawab anda di kedudukan yang pertama, anda salah! Sebab jika anda memintas orang yang berada di kedudukan kedua, anda mengambil kedudukannya, jadi anda di kedudukan kedua!

SOALAN KEDUA : Anda dalam perlumbaan. Kemudian anda memintas orang yang berada di kedudukan terakhir. Jadi, apakah kedudukan anda sekarang?

JAWAPAN : Jika anda menjawab anda di kedudukan kedua terakhir, anda salah lagi! Sila jelaskan bagaikan anda boleh memintas orang yang TERAKHIR dalam perlumbaan. Sudah tentu tiada pelumba lain di belakangnya!

SOALAN KETIGA : Jawab soalan ini tanpa menggunakan kalkulator, pensil dan juga kertas. Ambil 1000 dan tambah dengan 40. Kemudian tambah 1000 lagi. Sekarang tambah 30. Tambah lagi 1000. Tambah pula 20. Sekarang tambah 1000 lagi. Akhir sekali tambah 10. Berapakah jumlahnya?

JAWAPAN: Adakah anda mendapat jawapan 5000? Jawapan sebenarnya adalah 4100. Tak percaya? Semak dengan kalkulator.

SOALAN KEEMPAT: Bapa Maria mempunyai lima orang anak perempuan iaitu 1. Nana 2. Nene 3. Nini 4. Nono. Apakah nama anak yang kelima?

JAWAPAN : Nunu? Salah! Namanya adalah Maria. Baca semula soalan!

SOALAN TERAKHIR : Seorang lelaki bisu ingin membeli berus gigi. Dia kemudian menggayakan aksi memberus gigi dan kemudian dia Berjaya membeli berus gigi itu. Seorang lelaki buta pula ingin membeli cermin mata hitam. Apakah yang perlu dia lakukan?

JAWAPAN : Dia hanya perlu membuka mulut dan meminta untuk membeli cermin mata itu. Dia buta bukannya bisu!

Nota : Soalan diatas bukanlah soalan utuk ujian dementia tetapi sekadar menguji kecekapan anda. Mengaitkan dengan dementia adalah sekadar untuk berkongsi sedikit info mengenai dementia ataupun nyanyuk.

PUTERI MUMIA BERADU

Thursday, May 5, 2011

Kelahiran Rosalia Lombardo di Palermo, Itali pada tahun 1918 merupakan anugerah yang paling tak terhingga buat pasangan Lombardo. Namun kegembiraan itu bertukar menjadi kedukaan buat pasangan itu apabila Rosalia, anak perempuan mereka menemui ajal pada usia dua tahun kerana pneumonia.

General Lombardo iaitu bapa kepada Rosalia akhirnya mengambilkan keputusan untuk mengawet mayat anaknya supaya kekal seperti sedia ada dan tidak mereput seperti mayat-mayat yang lain. Untuk itu, Lombardo meminta Dr. Alfredo Salafia untuk menjalankan proses mumifikasi terhadap mayat anak kesayangannya itu.

Dr. Salafia sememangnya merupakan seorang pakar kimia. Dia menggunakan bahan-bahan kimia tertentu serta formula istimewa untuk mengekalkan fizikal Rosalia seperti mana asalnya. Selepas mayat itu dimumiakan, ibu Rosalia pula telah meminta agar mayat anaknya ditempatkan di dalam sebuah kuil yang bernama Capuchin Catacombs di Palermo.

Kuil itu bukan sahaja menempatkan mayat Rosalia, malah terdapat lebih 2000 mayat yang lain yang turut menjalani proses mumifikasi sebelum ditempatkan di dalam kuil itu. Di kuil itu juga terdapat mumia yang sudah berusia lebih 400 tahun dan mayat Rosalia adalah diantara mayat yang terakhir menjalani proses pengawetan sebelum proses itu diharamkan serta merta di Itali.

Dekad berganti dekad, tahun berganti tahun, mayat Rosalia kekal seperti mana jasadnya ketika dia menghembuskan nafasnya terakhir. Mayatnya yang terletak di dalam sebuah keranda yang dilindungi oleh penutup yang diperbuat daripada kaca lut sinar kelihatan seperti seorang budak kecil yang sedang lena tidur. Rambutnya masih ikal dan bersinar. Pipinya masih gebu dan bibirnya masih mungil. Kelopak matanya masih menutup bebola matanya yang tidak menyusut walau sedikitpun.

Fenomena ini menyebabkan beberapa pengkaji tampil untuk melakukan penyiasatan. Mereka cukup hairan bagaimana mayat Rosalia masih utuh dan tidak membusuk sedangkan mumia-mumia yang lain tidak kelihatan seperti manusia sebaliknya kelihatan mengecut sebagaimana yang dapat kita saksikan di dalam filem ataupun dokumentari mengenai mumia.

Akhirnya, seorang antropologis biologi Itali, Dario Piombino-Mascali berjaya menemui rahsia ramuan pengawetan mayat Rosalia. Piombino-Mascali mendedahkan rahsia itu selepas menemui satu catatan tangan oleh Dr. Alfredo Salafia yang menceritakan kaedah dan bahan yang diletakkan dalam tubuh Rosalia supaya kekal utuh dan tidak mereput.

Piombino-Mascali merungkai satu persatu teknik dan kaedah yang dilakukan oleh Dr.Salafia. Dr.Salafia sebenarnya telah menggunakan beberapa bahan kimia tertentu termasuklah formalin, alkohol, gliserin, asid salisilik, dan garam zink. Formalin dan asid salisilik digunakan untuk membunuh bakteria dan kulat. Alkohol pula diperlukan bagi mengeringkan tubuh manakala gliserin berfungsi untuk mencegah keadaan mayat daripada terlalu kering. Rahsia terbesarnya ada penggunaan garam zink yang membuatkan mayat itu mengeras dan menjadi utuh dan teguh.

Mumia Rosalia Lombardo terus menjadi antara mumia tercantik di dunia meskipun ianya tidak boleh menandingi usia mumia-mumia lain di seluruh muka bumi. Apapun, mumia ini diberi gelaran Sleeping Beauty kerana kecantikannya yang boleh diibaratkan seperti seorang puteri yang sedang beradu. Cumanya puteri itu adalah seorang kanak-kanak kecil dan tidak memerlukan kucupan seorang putera raja untuk menghidupkannya semula seperti mana dalam cerita dongeng rakyat, Puteri Beradu.

TEKNOLOGI TAK BERHENTI

Tuesday, May 3, 2011

Keghairahan rakyat Malaysia menjadi antara pengguna pertama iPad seperti baru semalam berlaku, tetapi kemunculan iPad 2 menjadi sejarah baru perkembangan teknologi dunia IT yang maju dan laju. Keghairahan sebegini yang sebelum ini berlaku di barat sudah pun menjadi satu trend semasa negara ini dalam dunia moden, apabila pada 30 April 2011 yang lalu, berduyun-duyun rakyat Malaysia beratur seawal pagi untuk memiliki gajet itu. Bukan sahaja iPad, perkembangan teknologi tidak berhenti pada berbagai-bagai lagi alatan dan gajet seperti gambar-gambar dibawah.





























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...