Kelahiran Rosalia Lombardo di Palermo, Itali pada tahun 1918 merupakan anugerah yang paling tak terhingga buat pasangan Lombardo. Namun kegembiraan itu bertukar menjadi kedukaan buat pasangan itu apabila Rosalia, anak perempuan mereka menemui ajal pada usia dua tahun kerana pneumonia.
General Lombardo iaitu bapa kepada Rosalia akhirnya mengambilkan keputusan untuk mengawet mayat anaknya supaya kekal seperti sedia ada dan tidak mereput seperti mayat-mayat yang lain. Untuk itu, Lombardo meminta Dr. Alfredo Salafia untuk menjalankan proses mumifikasi terhadap mayat anak kesayangannya itu.
Dr. Salafia sememangnya merupakan seorang pakar kimia. Dia menggunakan bahan-bahan kimia tertentu serta formula istimewa untuk mengekalkan fizikal Rosalia seperti mana asalnya. Selepas mayat itu dimumiakan, ibu Rosalia pula telah meminta agar mayat anaknya ditempatkan di dalam sebuah kuil yang bernama Capuchin Catacombs di Palermo.
Kuil itu bukan sahaja menempatkan mayat Rosalia, malah terdapat lebih 2000 mayat yang lain yang turut menjalani proses mumifikasi sebelum ditempatkan di dalam kuil itu. Di kuil itu juga terdapat mumia yang sudah berusia lebih 400 tahun dan mayat Rosalia adalah diantara mayat yang terakhir menjalani proses pengawetan sebelum proses itu diharamkan serta merta di Itali.
Dekad berganti dekad, tahun berganti tahun, mayat Rosalia kekal seperti mana jasadnya ketika dia menghembuskan nafasnya terakhir. Mayatnya yang terletak di dalam sebuah keranda yang dilindungi oleh penutup yang diperbuat daripada kaca lut sinar kelihatan seperti seorang budak kecil yang sedang lena tidur. Rambutnya masih ikal dan bersinar. Pipinya masih gebu dan bibirnya masih mungil. Kelopak matanya masih menutup bebola matanya yang tidak menyusut walau sedikitpun.
Fenomena ini menyebabkan beberapa pengkaji tampil untuk melakukan penyiasatan. Mereka cukup hairan bagaimana mayat Rosalia masih utuh dan tidak membusuk sedangkan mumia-mumia yang lain tidak kelihatan seperti manusia sebaliknya kelihatan mengecut sebagaimana yang dapat kita saksikan di dalam filem ataupun dokumentari mengenai mumia.
Akhirnya, seorang antropologis biologi Itali, Dario Piombino-Mascali berjaya menemui rahsia ramuan pengawetan mayat Rosalia. Piombino-Mascali mendedahkan rahsia itu selepas menemui satu catatan tangan oleh Dr. Alfredo Salafia yang menceritakan kaedah dan bahan yang diletakkan dalam tubuh Rosalia supaya kekal utuh dan tidak mereput.
Piombino-Mascali merungkai satu persatu teknik dan kaedah yang dilakukan oleh Dr.Salafia. Dr.Salafia sebenarnya telah menggunakan beberapa bahan kimia tertentu termasuklah formalin, alkohol, gliserin, asid salisilik, dan garam zink. Formalin dan asid salisilik digunakan untuk membunuh bakteria dan kulat. Alkohol pula diperlukan bagi mengeringkan tubuh manakala gliserin berfungsi untuk mencegah keadaan mayat daripada terlalu kering. Rahsia terbesarnya ada penggunaan garam zink yang membuatkan mayat itu mengeras dan menjadi utuh dan teguh.
Mumia Rosalia Lombardo terus menjadi antara mumia tercantik di dunia meskipun ianya tidak boleh menandingi usia mumia-mumia lain di seluruh muka bumi. Apapun, mumia ini diberi gelaran Sleeping Beauty kerana kecantikannya yang boleh diibaratkan seperti seorang puteri yang sedang beradu. Cumanya puteri itu adalah seorang kanak-kanak kecil dan tidak memerlukan kucupan seorang putera raja untuk menghidupkannya semula seperti mana dalam cerita dongeng rakyat, Puteri Beradu.

0 ulasan:
Post a Comment