UJIAN DEMENTIA

Sunday, May 29, 2011

Segelintir warga emas selalunya berhadapan dengan masalah ingatan, perhatian dan menyelesaikan masalah. Ini adalah simpton dementia iaitu kemerosotan fungsi kognitif otak akibat proses penuaan. Dementia secara mudahnya adalah nyanyuk. Alzheimer pula merupakan salah satu penyakit yang digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) tetapi ia dikatakan bukan berpunca daripada proses penuaan.

Apapun, untuk menentukan seseorang itu mengalami dementia, satu ujian boleh dijalankan. Ujian itu adalah Pencapaian Ujian mental Ringkas (Abbreviated Mental Test Score). Di bawah ini adalah beberapa soalan untuk menguji sama ada anda sudah nyanyuk atau tidak.

SOALAN PERTAMA : Anda sedang berlari dalam satu perlumbaan. Anda memintas orang yang berada di kedudukan kedua dalam perlumbaan itu. Jadi, apakah kedudukan anda sekarang?

JAWAPAN: Jika anda menjawab anda di kedudukan yang pertama, anda salah! Sebab jika anda memintas orang yang berada di kedudukan kedua, anda mengambil kedudukannya, jadi anda di kedudukan kedua!

SOALAN KEDUA : Anda dalam perlumbaan. Kemudian anda memintas orang yang berada di kedudukan terakhir. Jadi, apakah kedudukan anda sekarang?

JAWAPAN : Jika anda menjawab anda di kedudukan kedua terakhir, anda salah lagi! Sila jelaskan bagaikan anda boleh memintas orang yang TERAKHIR dalam perlumbaan. Sudah tentu tiada pelumba lain di belakangnya!

SOALAN KETIGA : Jawab soalan ini tanpa menggunakan kalkulator, pensil dan juga kertas. Ambil 1000 dan tambah dengan 40. Kemudian tambah 1000 lagi. Sekarang tambah 30. Tambah lagi 1000. Tambah pula 20. Sekarang tambah 1000 lagi. Akhir sekali tambah 10. Berapakah jumlahnya?

JAWAPAN: Adakah anda mendapat jawapan 5000? Jawapan sebenarnya adalah 4100. Tak percaya? Semak dengan kalkulator.

SOALAN KEEMPAT: Bapa Maria mempunyai lima orang anak perempuan iaitu 1. Nana 2. Nene 3. Nini 4. Nono. Apakah nama anak yang kelima?

JAWAPAN : Nunu? Salah! Namanya adalah Maria. Baca semula soalan!

SOALAN TERAKHIR : Seorang lelaki bisu ingin membeli berus gigi. Dia kemudian menggayakan aksi memberus gigi dan kemudian dia Berjaya membeli berus gigi itu. Seorang lelaki buta pula ingin membeli cermin mata hitam. Apakah yang perlu dia lakukan?

JAWAPAN : Dia hanya perlu membuka mulut dan meminta untuk membeli cermin mata itu. Dia buta bukannya bisu!

Nota : Soalan diatas bukanlah soalan utuk ujian dementia tetapi sekadar menguji kecekapan anda. Mengaitkan dengan dementia adalah sekadar untuk berkongsi sedikit info mengenai dementia ataupun nyanyuk.

2 ulasan:

deqla manjew said...

soklan petama,kedua n keempat mmg sy jwb btl!! hihi....tp yg failed nye soklan ketiga..sbb sy x ske matematik!! hahaha..soklan terakhir lak sy pnh tgk da seblm nih... :)

sagahayat said...

tahniah..yg slh boleh cuba lagi.....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...