Peperiksaan SPM bakal menjelang tidak lama lagi. Semua pelajar sudah siap sedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi ujian paling besar itu. Sekolahku juga tidak ketinggalan mengadakan majlis bacaan yasin dan solat hajat bagi sandaran rohani untuk semua pelajar.
Pada majlis itu, semua pelajar dan guru begitu sibuk. Tikar-tikar dibentang di dalam dewan besar untuk memuatkan lebih ramai jemaah. Makcik-makcik di dewan makan pula bekerja keras menyediakan makanan. Menjelang petang sudah ramai para ibubapa pelajar dari jauh dan dekat memenuhi dataran sekolah. Kawan-kawanku begitu ceria dengan kehadiran ibubapa, adik beradik dan saudara mara mereka. Senja menjelma. Tapi aku masih sendiri.
Selepas solat maghrib semua jemaah sama-sama mengerjakan solat hajat. Ketika itu kelibat ibubapaku masih tiada. Selesai solat hajat majlis diteruskan dengan majlis bacaan yasin. Ibu dan bapaku masih tiada. Sesudah isyak semua tetamu, guru dan pelajar dijemput ke dewan makan untuk menjamu selera.
Saat aku duduk bersendirian, seorang kawanku menyapa. “Mak bapak kau mana? Diorang tak datang ke? Atau kau anak yatim?”. Hatiku termengkelan. Akulah satu-satunya pelajar yang tidak dikunjungi ibubapa sendiri pada malam itu. Aku berlalu dari situ menuju ke asrama seorang diri. Sebal. Begitu sebal.
Seminggu berlalu aku pulang ke kampung seperti biasa. Sampai di rumah aku langsung tidak bercakap dengan ibuku. Begitu juga dengan bapaku. Aku berasa kesal dengan tindakan mereka. Hati terus memberongsang. “Mak bapak yang tinggal jauh 3 jam dari sekolah pun boleh datang jenguk anak sendiri. Inikan pula mak abah yang tinggal tak sampai sejam dari sekolah. Takkan tak boleh datang!”. Monolog hati membentak-bentak.
Dua hari aku tidak bercakap dengan ibuku. Kalau ditanya pun aku hanya menjawab sepatah dua. Sebelum aku balik semula ke asrama ibuku sempat memegang tanganku. Air matanya mengalir. Dia tahu aku cukup marah sebab dia tidak hadir pada majlis itu. “Mak minta maaf. Bukan mak tak nak datang. Tapi mak abah dah tua. Nak naik motor ke
Ibuku sempat menyelitkan dua keping not RM10 dalam genggaman tanganku. Tangan suci ibuku aku cium. Pipi kanan kirinya aku kucup. Air mataku bertakung menanti luruh. Sungguh-sungguh aku meminta ampun. Tidak mungkin lagi aku menyakiti hati wanita yang berkorban jiwa raga membesarkan aku selama ini. Aku berjanji demi ibuku. Namamu ibu akan kujunjung. Martabatmu selalu ditempat yang paling agung. Ibu, ampunkan segala salah dan silapku...
Buat ibuku Shamsidar Binti Hassan,
SELAMAT HARI IBU
5 ulasan:
bro..nangis dol aku bace kisah nie.walaupun aku dah dgr citer live dr ko...Makkk...anakmu akan pulang ke kampung...tungguuuu....
P/s jgn citer kat bini aku yg aku nangis..hahaha
aku ingat aku ada cite kat ko atas moto..
ms tu jln2 kat batu gajah...
hahaha..wpun selalu masuk utan..tp dlm ati ada taman bro...hahaha
Sagahayat yg menyentuh hati... SELAMAT HARI IBU buat ibu anda
yg pntg doa dan restu ibu utk kamu walaupun dia x dpt dtg ms 2...betul x?
betul...ms ni x matang lg.. x paham..hehe
Post a Comment