Beribu meter tingginya dari aras laut, dipinggir Gunung Shifou di daerah Hunan, China terdapat sepasukan buruh yang menggadai nyawa menyiapkan laluan anjung pandang dipinggir gunung itu. Apabila sudah siap sepenuhnya, binaan itu mempunyai jarak sejauh kira-kira 3 kilometer menjadikannya laluan anjung pandang terpanjang di China.
Salah seorang buruh binaan itu iaitu Yu Ji , 48 tahun, yang telah berkhidmat sebagai buruh binaan yang membina binaan yang hampir serupa sejak 10 tahun yang lalu. Menurutnya golongan muda tidak berminat dengan pekerjaan ini kerana mereka terpaksa tinggal jauh di kawasan pedalaman selama berbulan-bulan malah bertahun-tahun.
Yu Ji melakukan tugasan yang paling berisiko iaitu menebuk lubang-lubang pada permukaan batu untuk memasang batang besi yang menyokong binaan laluan itu.
Meskipun terpaksa berjauhan dengan keluarga mereka tetap bersemangat menyiapkan tugas mereka dan demi menyara hidup mereka terpaksa mengharungi cuaca sejuk dan bekerja ditempat yang penuh berisiko setiap hari.
0 ulasan:
Post a Comment