SENI DI BAWAH MIKROSKOP

Wednesday, September 14, 2011

Siapakah Willard Wigan?


Dia adalah seorang pengukir Britain dari bandar Birmingham yang sudah berusia 54 tahun.


Apakah hasil karya seninya?


Dia menghasilkan ukiran-ukiran yang sangat kecil dan sangat halus yang hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop.


Apakah keistimewaan hasil karya seninya?


Dia menghasilkan ukiran yang boleh dimuatkan dalam lubang jarum dan ukiran perenang Olimpik Britain, Tom Daley ukirannya mempunyai ukuran sama seperti sel darah. Ukiran itu boleh hancur andai terkena getaran nadi tangannya.


Bagaimanakah Wigan melakukannya?


Dia menggunakan kepingan emas yang sangat halus. Ada diantara ukirannya diwarnakan menggunakan bulu kaki seekor lalat yang dijadikan sebagai berus. Willard Wigan juga menggunakan peralatan khas dan mikroskop berkuasa tinggi untuk menghasilkan ukiran-ukiran kecil itu.


Apakah antara ukirannya yang terkenal?


Wigan menghasilkan ukiran watak-watak animasi seperti Hulk, The Simpson, Snow White dan juga Peter Pan. Dia juga mengukir binaan terkenal seperti Statue of Liberty dan juga Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama. Ukirannya diletakkan di dalam lubang jarum, di atas jarum peniti, di atas bilah mancis dan juga di atas bulu mata. Yang pasti ukiran seninya hanya dapat dilihat menerusi mikroskop.


































0 ulasan:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...