ANUGERAH KEINDAHAN TASIK HURON

Saturday, January 15, 2011

Di bahagian timur Amerika Utara, berdekatan dengan sempadan di antara Kanada dan Amerika Syarikat terdapat sekelompok lima buah tasik yang besar yang digelar Great Lakes iaitu Huron, Ontario, Michigan, Erie dan Superior ataupun ringkasnya H.O.M.E.S. Great Lakes membentuk kumpulan tasik air tawar terbesar di dunia dan adakalanya ia dianggap sebagai laut pedalaman.

Tasik Huron memiliki isipadu air ketiga terbesar dan luas permukaan kedua terbesar (seluas 59,596 km²) di kalangan kumpulan Great Lakes. Nama tasik ini diberikan oleh seorang penjelajah Perancis bernama Louis Jolliet bersempena dengan puak asli Huron yang menetap di sekitar persisiran tasik ini. Huron memiliki panjang 332 km, lebar 245 km dan kedalaman maksimum mencecah 230 m. Ayuh kita hayati keindahan lanskap Tasik Huron.





1 ulasan:

Unknown said...

cantiknye...air pun jernih....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...