LETUSAN GUNUNG BERAPI

Tuesday, January 4, 2011

Di mana plat tetonik terpisah atau bertembung disitulah biasanya terdapat gunung berapi. Contoh kawasan gunung berapi yang terhasil akibat pertembungan plat tetonik adalah Lingkaran Api Pasifik . Gunung Merapi yang terletak di Lingkaran Api Pasifik pula merupakan contoh gunung yang terhasil akibat pertembungan plat tetonik itu.

Dua contoh terdekat letusan gunung berapi adalah letusan Gunung Merapi di Indonesia dan Gunung Berapi Eyjafjallajokuil di Iceland. Gunung Merapi menyebabkan 240 nyawa terkorban sejak mula meletus 27 Oktober tahun lalu dan hampir 400, 000 penduduk mencari perlindungan di kem-kem penempatan sementara. Perjalanan udara di seluruh Eropah pula lumpuh ekoran kepulan debu dari gunung berapi Eyjafjallajokuil yang menyelubungi ruang udara pada 18 April lalu. Gambar dibawah merupakan antara gambar letusan magma dan aliran lahar, tetapi bukan dari kedua-dua gunung tersebut sebagai membuktikan kuasa alam kepada kita.










0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...