SEMUA TENTANG YOUTUBE

Monday, January 17, 2011

Youtube boleh dikatakan sebagai sebuah laman yang terkandung pelbagai video yang dimuatnaik oleh pengguna. Apa kata kita lihat sebahagian fakta menarik mengenai Youtube.

Youtube Inc telah ditubuhkan oleh tiga orang sahabat yang pertama kali berjumpa ketika bekerja di Pay Pal iaitu Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karem pada Februari 2005 di San Bruno, California.

• Video pertama Youtube yang bertajuk ‘Me at the Zoo’ telah dimuatnaik pada 23 April 2005 yang memaparkan kelibat Jawed Karem selama 18 saat.

• Menjelang penghujung 2005, laman Youtube telah dikunjungi sebanyak 50 juta kali sehari.


• Google telah memperoleh Youtube dengan harga USD 1.65 bilion dan Youtube kini bergerak sebagai satu subsidiari di bawah Google.

• Amerika Syarikat adalah negara yang paling banyak memuatnaik video di Youtube diikuti oleh United Kingdom manakala pengguna Amerika Syarikat juga adalah pengguna paling banyak menonton video di Youtube diikuti oleh negara Jepun.

• Andai kita ingin menonton kesemua video yang ada dalam Youtube anda memerlukan 1,700 tahun untuk menonton kesemuanya.

• Setiap hari seorang pengguna youtube memperuntukkan sekurang-kurangnya 15 minat untuk menonton video di Youtube.

• Pada Mei 2010, Youtube direkodkan dilawati sebanyak lebih 2 bilion kali setiap hari.

• Youtube ialah laman ketiga yang paling banyak dikunjungi di internet selepas Google dan Facebook.


Dibawah ini merupakan sebahagian kisah dan ragam individu tertentu yang bermula dengan Youtube.

Lagu 'Ken Lee' melonjak populariti Valentina Hasan yang merupakan salah seorang peserta ujibakat ‘Music Idol’ di Bulgaria pada tahun 2008. Lagu 'Ken Lee' (sebutan asalnya Can’t live) adalah lagu yang berjudul Without You nyanyian asal Mariah Carey. Setiap sebutan bait lirik dalam nyanyian Valentina adalah sangat teruk. Apabila ditanya juri bahasa apa yang dinyanyikan, dia dengan yakin menjawab ‘bahasa inggeris’. Video ujibakatnya dimuatnaik ke Youtube dan ditonton 4 juta pengguna laman itu. Populariti Valentina menyebabkan Music Idol menjemputnya untuk membuat persembahan. Kali ini dia menyanyi dengan sedikit ‘pengubahsuaian’ sebutannya. Video itu pula ditonton 13 juta pengguna Youtube pada setengah bulan pertama Mei 2008.

Ted Williams membawa sepanduk yang mengiklankan bakat suaranya serta meminta sedikit derma untuk dirinya yang hidup bergelandangan. Aksinya dirakam oleh Doral Chenoweth dan akhirnya video itu tersebar di Youtube. Video rakaman suara emas Williams mendapat perhatian. Dia muncul dalam program ‘Dave & Jimmy Show’ dan ditemuramah dalam program 'The Early Show' di CBS. Dia juga mendapat beberapa tawaran dari stesen radio dan television. Antaranya termasuklah untuk menjadi voice over untuk iklan Kraft Foods dan voice over sepenuh masa untuk Cleveland Cavaliers NBA basketball di arenanya. Pada 7 Januari 2011, Williams yang sebelum ini hanyalah seorang pengemis secara rasmi ditawarkan bekerja oleh MSNBC untuk menyediakan voice over untuk rangkaian itu.

Roshidah Abdul Aziz merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah di Parit, Perak. Sekadar suka-suka dia merakamkan aksinya ‘mimingnya’ dan dimuatnaik ke Youtube. Tanpa disangka-sangka, video rakamannya yang lucu itu mendapat sambutan luar biasa daripada pengguna Youtube malah dikongsi oleh peminatnya di laman sosial Facebook. Dia menggunakan nama Teacher Shida dan setiap video klipnya hanya dirakam dirumahnya sendiri dan dilakukannya sendiri. Antara lagu-lagu yang dimimingkan termasuklah Yank, Jahat, Che Mek Molek, Waka Waka dan Pakai Buang. Terbaru dia tampil dengan tiga watak menerusi lagu Kalau Berpacaran.

Ana Nur Hidayah Mohd Raffali seorang yang berbakat. Meskipun dia merupakan seorang pemegang kelas pertama Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di UiTM, dia lebih cenderung menghasilkan lagu dan mahu bergelar penyanyi. Bakatnya dikesan oleh komposer Aidit Alfian di Youtube dan kemudiannya dia ditawarkan menjadi artis rakaman. Imejnya berbaju kurung dan tidak lekang dengan sebuah gitar menyebabkan dia mudah mendapat perhatian disebabkan keunikannya. Kemenangannya mengondol Anugerah Juara Lagu ke 25 baru-baru ini mengukuhkan lagi kedudukannya yang sebelum ini hanya dikenali oleh pengguna Youtube.

0 ulasan:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...