Jika anda berkunjung ke Pasar Seni di ibukota sudah pasti anda akan terjumpa dengan sebuah potret Mona Lisa yang dihasilkan oleh pelukis tempatan di situ. Yang menariknya, Mona Lisa versinya ataupun Mona Lisa dalam potret itu diberi sentuhan kemelayuan pada wajah serta busananya. Beberapa artis dari pelbagai negara turut melakukan perkara yang sama dan ianya jelas sekadar suka-suka seperti gambar-gambar dibawah:
Walau apapun, Mona Lisa merupakan sebuah karya agung lukisan Leonardo Da Vinci abad ke-15 yang kini disimpan di Muzium Louvre, Paris, Perancis. Lukisan Mona Lisa popular kerana hasil seninya menampakkan lukisan itu seperti bernyawa dan ianya masih menjadi misteri dikalangan para pengkaji.
Pelbagai teori dibahaskan termasuklah ada sumber yang mengatakan bahawa Mona Lisa adalah diri Leonardo sendiri. Terbaru para pengkaji menemui beberapa huruf dan angka tertentu pada potret itu.
0 ulasan:
Post a Comment