SELERA EKSOTIK PADANG PASIR

Wednesday, May 25, 2011

Nasi beriani merupakan menu yang mudah ditemui di restoran-restoran di negara ini dan adakalanya menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk mengisi perut mereka. Tetapi jika anda diberi peluang untuk makan nasi beriani biawak padang pasir, mahukah anda menjamahnya?


Biawak padang pasir ataupun dhob merupakan haiwan yang hidup di padang pasir timur tengah dan merupakan haiwan spesis herbivor. Mempunyai ciri-ciri fizikal seperti berkepala seperti penyu, lidah seperti lidah manusia dan mempunyai ekor seperti buaya, haiwan eksotik ini diburu untuk dijadikan hidangan istimewa masyarakat arab.

Khasiatnya yang dikatakan boleh memulihkan kelelakian dan memberi kecergasan pada badan menyebabkan haiwan yang jangka hayatnya boleh menjangkau 90 tahun ini menjadi bahan utama untuk menyediakan nasi beriyani biawak padang pasir ataupun nasi beriyani dhob yang pastinya halal untuk dimakan kerana terdapat dalil hadis pada zaman Rasulullah SAW yang membolehkan umat Islam memakannya. Apa lagi? Jom kita rasa sendiri nasi beriyani dhob!










2 ulasan:

Fuzz-Lee and family said...

mesti sedap macam daging kambing ni...

sagahayat said...

hingga menjilat jari kaki...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...