ANALISA RINGKAS NAMA TEMPAT

Sunday, November 14, 2010

Nama Indonesia berasal daripada gabungan dua perkataan greek iaitu Indo yang bermaksud hindu dan nesos yang bermakna pulau. Filipina pula mendapat nama dari nama seorang raja Sepanyol iaitu Raja Philips II. Tanah Melayu pula adalah nama asal negara ini yang terpaksa dikorbankan untuk membentuk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Di negara ini terdapat banyak nama-nama tempat. Kuala Lumpur umpamanya merupakan tempat pertemuan antara Sungai Klang dan Sungai Gombak lalu memberi nama kepada ibu negara Malaysia itu. Malah terdapat banyak lagi nama tempat yang bermula dengan kuala. Sekadar membuka mata kita mengenai nama-nama tempat di Malaysia apa kata kita lihat analisa ringkas nama-nama tempat tanah air.


NAMA WARNA
Warna-warna menjadi sebahagian nama bagi sesebuah tempat seperti Tanah Merah, Pasir Putih, Ayer Hitam, Bukit Hijau, Bukit Kayu Hitam, Tasik Biru, Bukit Merah dan Air Kuning.


NAMA HAIWAN
Nama haiwan menjadi tambahan nama bagi beberapa nama tempat seperti Sungai Burung, Batu Gajah, Pulau Tikus, Kota Sarang Semut, Gua Musang, Bukit Pelanduk, Sungai Udang, Pulau Ketam, Kedai Lalat dan Gunung Ayam.


NAMA INGGERIS
Antara nama tempat yang menggunakan istilah inggeris termasuklah Butterworth, Port Dickson, Beaufort, Cameron Highlands, Georgetown, Brickfield, Fort Cornwallis, Fraser Hill dan Greenwood.


NAMA SERUPA
Terdapat beberapa nama tempat yang berkongsi nama tetapi berlainan lokasi seperti Pulau Pinang (Pulau Pinang sendiri & sebuah pulau di Pulau Redang, Terengganu), Ayer Hitam (Johor & Selangor), Serdang (Selangor dan Kedah), Tapah (Perak & Sarawak), Pasir Putih ( Kelantan & Perak) dan Batu Gajah (Perak & Melaka).

NAMA HAMPIR SERUPA
Ada juga beberapa nama tempat di negara ini yang namanya hampir serupa dengan hanya penambahan atau pengurangan atau penggantian satu huruf yang adakalanya mengelirukan. Contohnya adalah Kampar (Perak) & Kapar (Selangor), Kuang (Selangor) & Kluang (Johor), Maran (Pahang) dan Marang (Terengganu), Bangi (Selangor) & Dangi (N.Sembilan), Rasa (Selangor) & Rasah (N.Sembilan) serta Bentong (Pahang) & Betong (Sarawak).

NAMA ASAL
Ada juga nama tempat yang diberi nama semula seperti Simanggang (Sri Aman), Jesselton (Kota Kinabalu), Teluk Anson (Teluk Intan), Port Weld (Kuala Sepetang) dan Batang Berjuntai (Bestari jaya). Dikatakan sebahagian nama lama bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah Perang Besar.

Banyak lagi nama-nama tempat di Malaysia yang unik dan tersendiri. Kita sendiri perlu tahu sejarah asal-usul nama tempat, pekan atau bandar kelahiran kita. Nama tempat juga dijadikan judul beberapa lagu popular seperti Cinta Bandar Tasik Selatan (Olan), Taman Rashidah Utama (Wings), Cinta Pantai Merdeka (Tropika) dan yang terbaru Sungai Lui (Aizat).


2 ulasan:

zaidzali said...

entry kali ni sgt best. am, penulisan ko tak de guna singkatan...SANGAT BAGUS

sagahayat said...

tq zaid...aku mmg jaga penulisan aku..kecuali komen ni..hehee..dah baca entry kinabalu?..ada 3 chapter..aku harap kalo ko baca ko teruja nak pegi daki..mmg best...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...