Muharam menjelang lagi membuka lembaran baru Tahun Hijriah. Nama-nama bulan ini diberi oleh orang Arab pada zaman dahulu kala berdasarkan pengamatan pada keadaan alam, sekeliling dan masyarakat pada masa-masa tertentu sepanjang tahun. Hanya bulan Ramadhan yang disebut dalam kitab suci Al-Quran. Berikut adalah pengertian ringkas 12 bulan islam dalam takwim hijrah.
MUHARAM - Ertinya yang diharamkan atau menjadi pantang larang. Dinamakan Muharam kerana pada bulan ini dilarang menumpahkan darah atau berperang.
SAFAR - Ertinya kosong. Penamaan Safar terjadi kerana pada bulan itu, semua lelaki Arab zaman dahulu pergi meninggalkan rumah untuk merantau, berniaga dan berperang sehingga mukim mereka tiada orang lelaki.
RABIUL AWAL - Ertinya berasal dari kata Rabi' (menetap) Awal (pertama). Masa kembalinya kaum lelaki yang telah meninggalkan rumah atau merantau.
RABIUL AKHIR - Ertinya masa menetap kaum lelaki di rumah untuk tempoh penghabisan.
JAMADIL AWAL - Ertinya Jumadi (kering) dan Awal (pertama). Bulan ini merupakan awal musim kemarau, apabila masalah kekeringan mula terjadi.
JAMADIL AKHIR - Ertinya musim kemarau yang penghabisan.
REJAB - Ertinya mulia. Ini kerana bangsa Arab masa dulu sangat memuliakan bulan ini antaranya dilarang berperang.
SYA'ABAN - Ertinya berkelompok. Orang Arab pada bulan ini lazimnya berkelompok mencari nafkah.
RAMADHAN - Ertinya sangat panas. Satu bulan yang memiliki keutamaan, kesucian dan pelbagai keistimewaan.
SYAWAL - Ertinya kebahagiaan, iaitu kembalinya manusia ke dalam fitrah (kesucian) selepas menunaikan puasa dan membayar zakat fitrah serta saling bermaaf-maafan. Itulah maksud membahagiakan.
ZULKAEDAH - Ertinya Zul (pemilik) dan Kaedah (duduk). Bulan ini merupakan waktu istirehat bagi kaum lelaki arab dahulu.
ZULHIJJAH - Ertinya menunaikan haji, bulan ini umat islam sejak Nabi Adam A.S menunaikan ibadah haji.
0 ulasan:
Post a Comment