PESONA MEKAR BUNGA

Tuesday, December 14, 2010

Sepasang suami isteri dari Amerika Syarikat berkongsi pengalamannya menerusi sebuah emel:

“Bertahun-tahun saya dan Billie melewati sebuah rumah dan terpesona dengan seni taman di halaman rumah 3725 No. Vassault St. di Tacoma. Suatu ahad, saya dan Billie berhenti singgah di rumah lelaki asia itu. Kami singgah untuk mengambil gambar dan Billie berjumpa dengan lelaki itu untuk memberitahu betapa terujanya dia melihat hasil taman secantik itu”.

“Lelaki itu kemudian menjemput kami melihat-lihat sekitar tamannya. Alangkah terkejutnya kami, halaman belakang rumahnya juga dihias cantik dengan mekar bunga yang berbagai warna. Lelaki itu berasal dari Vietnam, seorang pemalu, bercakap dengan lemah lembut dan hanya boleh bercakap sedikit dalam bahasa inggeris. Oleh itu kami tidak dapat berbual lebih banyak mengenai tamannya. Saya berharap saya dapat mencetak gambar-gambar ini untuk dikirimkan padanya”.

Bahagian halaman hadapan.



Dialah sifu 'kerajaan' taman bunganya.





Bahagian halaman belakang yang dihias cantik.



0 ulasan:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...