JODOH JANDA JELITA

Thursday, December 2, 2010

Ada seorang janda yang sudah dua kali bersuami. Bercerai dengan suami yang pertama disebabkan suaminya itu suka memukul dan mendera. Sementara suami kedua pula walau pada mulanya bahagia tetapi akhirnya suami itu menceraikan dia dan berkahwin dengan perempuan lain.

Jadi selepas beberapa tahun, janda yang masih cantik rupawan ini mengambil keputusan untuk berkahwin buat kali yang ketiga. Dia lantas mengiklankan diri untuk mencari jodoh ketiganya itu. Si janda itu meletakkan 3 syarat:

1. lelaki itu mesti berjanji tidak akan memukul atau mendera.
2. lelaki itu tidak akan lari meninggalkan dia.
3. lelaki itu hebat diranjang.

Selang beberapa hari, datang seorang lelaki mengetuk pintu dengan kuat. Lalu si janda itu pun membuka pintu. Alangkah terkejutnya dia bila lelaki yang datang itu tidak berkaki dan bertangan. "Saya datang untuk cuba nasib jadi isteri awak" kata si lelaki kudung itu.

Lalu si janda itu meminta si lelaki itu tadi untuk menjelaskan kalau dia dapat memenuhi 3 syarat seperti yang tertera dalam iklan. Lalu lelaki itu pun berhujah: "Syarat yang pertama, dah tentu saya dapat penuhi disebabkan saya tidak ada tangan untuk memukul awak"

"Syarat yang kedua, mana mungkin saya akan tinggalkan awak disebabkan saya tidak ada kaki untuk berlari"

"Jadi syarat yang ketiga tu bagaimana nak buktikan " celah si janda tu.

"Eeerrrrr, cuba awak fikir. Tadi saya ketuk pintu dengan apa" ujar lelaki kudung itu dengan bangga.

2 ulasan:

Fuzz-Lee and family said...

hebat betul anggota laki tu..pintu tu kena repair balik tak?

Unknown said...

hihihi...mmg hebat....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...