MS Oasis of the Seas dikatakan kapal penumpang terbesar didunia bersama ‘kembarnya’ Allure of the Seas yang dilancarkan pada Disember 2010. Dimiliki dan dikendalikan oleh Royal Carribean International, kapal mewah ini dibina dengan kos US$1.4 bilion.
Berketinggian 72 meter di atas aras laut dan mempunyai kapasiti seberat 225, 282 GT, Oasis of the Seas dengan gah memecah ombak laut Carribean. Kelajuannya mampu mencapai sehingga 22.6 knot atau bersamaan 41.9 km/j. Kapal ini mampu memuatkan 5400 penumpang dalam satu-satu masa dan jumlah maksimum penumpang yang boleh ditampungnya adalah seramai 6296 orang. Jumlah penumpang yang begitu ramai dan saiz kapal yang begitu besar menawarkan pelbagai tahap jawatan dan pekerjaan dimana jumlah krewnya adalah seramai 2165 orang. Umpama sebuah oasis di tengah samudera yang luas, kapal ini menawarkan pelbagai kemudahan rekreasi dan hiburan seperti kasino, padang golf mini, pelbagai kelab malam, kelab karaoke, lima kolam renang, gelanggang bola tampar dan bola keranjang, taman tema dan taman asuhan untuk kanak-kanak.
Tidak cukup dengan itu, Oasis of the Seas turut dilengkapi dengan kompleks beli-belah, pelbagai restoran, butik-butik, dua simulator luncur air, pusat kecergasan, spa, gim, dua dinding rock-climbing dan turut dihiasi dengan 12,000 tumbuh-tumbuhan dan 56 batang pokok hidup.

0 ulasan:
Post a Comment