Zaki tidak dapat menahan sebak. Air matanya berderai bagaikan empangan pecah. Dia berdiri di hadapan rumah yang menjadi persinggahan terakhir penghibur yang menjadi idolanya sejak kecil di Bangsar. Bukan dia sahaja yang terkejut. Seluruh negara digemparkan dengan pemergian penyanyi yang diberi jolokan Penghibur Nombor Satu Asia, Sudirman Haji Arshad.
Dia kemudian memandu kereta bersama isterinya yang juga turut menyanjungi Sudirman menuju ke Temerloh. Mereka ingin menziarah jenazah dan menghadiri majlis pengkebumian idolanya. Sepanjang memandu ke Pahang, dia teringat kenangannya mengikuti setiap perkembangan penyanyi itu semenjak Sudirman bergelar pemenang Bintang RTM pada tahun 1976.
Memori Zaki masih jelas. Ketika itu dia baru darjah enam. Dia berkumpul di rumah jirannya bersama-sama adik-beradiknya yang lain untuk menyaksikan pertandingan akhir Bintang RTM menerusi kaca televisyen hitam putih milik jirannya. Di kaca televisyen, terpapar aksi seorang lelaki bertubuh kecil yang begitu lincah dan ligat di pentas dan memukau sesiapa sahaja yang menonton pada masa itu.
“Nama dia Sudirman. Baru 22 tahun. Dia budak universiti. Universiti Malaya amik course Law”, terdengar suara jirannya itu memberitahu ibunya. Zaki lantas meninggikan lehernya. Dia menyaksikan Sudirman menyanyikan lagu asli Seruling Bambu dengan suara yang begitu unik sekali. Sudirman kemudiannya mendendangkan lagu Cabbaret nyanyian asal Liza Minnelli dengan gaya ala-ala Broadway. “Seluar pinjam”, kata Sudirman sambil menguntum senyuman apabila ditanya pengacara rancangan itu mengapa seluarnya agak besar. Jawapan spontan Sudirman mengundang tawa semua yang menonton, tidak kira di auditorium mahupun di rumah jiran Zaki.
Zaki juga masih ingat. Sepuluh tahun kemudian, Sudirman merupakan penyanyi paling berpengaruh di Malaysia. Ketika itu Sudirman berusia 32 tahun. Sudirman kemudiannya mengadakan konsert secara percuma di Chow Kit Road pada tahun 1986. Zaki tidak melepaskan peluang. Dia bersama kawan-kawannya awal-awal lagi sudah berada di Jalan Chow Kit. Pentas terletak betul-betul di tengah-tengah jalan. Jam 5 petang sudah ramai peminat datang berduyun-duyun memenuhi setiap ruang di kawasan itu. Peminat Sudirman terdiri daripada berbilang bangsa. Melayu, India dan Cina semuanya ada. Daripada anak kecil hinggalah ke warga emas sama-sama berdedai ke Chow Kit Road untuk menyaksikan konsert yang disifatkan sebagai hadiah buat peminat-peminat Sudirman.
Malam itu merupakan malam yang sukar dilupakan. Zaki langsung tidak menjangka Sudirman turun ke pentas dengan menggunakan kren. Kejutan itu turut memeranjatkan 100,000 peminat-peminat yang lain. Sudirman mula mendendangkan lagu Chow Kit Road. Sorakan bergema. Peminat-peminat terus bersorak-sorai sambil menyanyi bersama-sama. Di pokok-pokok di kawasan itu terdapat beberapa peminat yang memanjat sehingga ke puncak pokok dan sama-sama menyanyi sambil melambai-lambaikan tangan. Begitu juga dengan atas bumbung-bumbung premis kedai. Semuanya dipenuhi dengan ribuan peminat yang begitu teruja dengan konsert itu. Satu demi satu lagu menerobos ke telinga dan seterusnya ke hati setiap peminat yang datang. Sudirman cukup bijak membuat persembahan. Dia turut mengundang peminatnya yang berbangsa India dan Cina ke pentas dan Sudirman boleh berbahasa Tamil dan Cina dengan fasih bersama peminatnya.
Tiga jam persembahan Sudirman, langsung tidak menurunkan graf keterujaan ratus ribu peminat yang datang pada malam itu. Begitu juga dengan konsistensi penyanyi yang diberi jolokan Penghibur Milik Masyarakat itu. Dia cukup bertenaga dengan stamina yang cukup tinggi dan senyuman tidak pernah lekang, terus-menerus dilemparkan buat peminat-peminatnya. Konsert gergasi itu dianggap paling menakjubkan dan agak mustahil untuk dilakukan oleh penyanyi-penyanyi yang lain.
Sudirman sememangnya kreatif dan berbakat. Lihat saja aksinya dalam rancangan Istimewa Bersama Sudirman, Lukisan Irama, Puspawarna dan Mekar Sejambak terbitan RTM. Kreativitinya dijelmakan secara langsung buat peminat-peminatnya yang tidak mampu membeli tiket menyaksikan konsertnya di hotel dan juga dewan.
Pada tahun 1989, Zaki masih ingat lagi apabila dia sanggup membeli televisyen baru hasil duit gajinya semata-mata untuk menyaksikan Sudirman di Asian Popular Music Awards yang turut membariskan beberapa nama besar dalam industri muzik Asia termasuklah Leslie Cheung yang mewakili Hong Kong, Anita Sarawak dari Singapura dan Kuh Ledesma dari Filipina. Pengorbanan menghabiskan duit gajinya berbaloi apabila penyanyi pujaannya itu dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia mengalahkan nama-nama besar yang lain termasuklah barisan penghibur dari negara Thailand, Jepun, China, Taiwan dan Korea Selatan.
Zaki sendiri tidak menduga Sudirman menempa nama sebagai juara. Andaian awalnya sudah semestinya penyanyi dari negara lain yang memenangi anugerah itu. Ketika itu seluruh Royal Albert Hall, London bergema dengan jeritan dan teriakan yang bertempik nama Leslie Cheung. Hampir 90 peratus penonton yang memenuhi dewan itu adalah peminat bintang Hong Kong itu. Penonton bertambah histeria apabila Leslie tampil membuat persembahan.
Begitu juga Anita Sarawak. Penampilannya tidak pernah mengecewakan. Dia ligat di pentas dengan penuh yakin seolah-olah pentas itu miliknya dan mempersembahkan lagu dengan tarian lincah yang menyebabkan segelintir mulut penonton menganga. Kuh Ledesma pula apa kurangnya. Kejelitaannya menjadi bonus tetapi vokalnya yang padu bersama dengan lagu dendangannya yang mempunyai melodi yang kuat tetap menjadi sandaran dan semestinya menjadi saingan utama Sudirman.
Namun Sudirman yang hanya berketinggian 1.47 meter jugalah yang berjaya mencuri perhatian juri. Dia tampil ala-ala ikon British, Charlie Chaplin menerusi lagu Smile. Persembahan pertamanya tidak cukup. Dia kemudian tampil membawa senyuman seluruh warga Asia menerusi lagu One Thousand Million Smiles. Vokalnya masih bertenaga dalam nada yang tinggi walaupun ligat menari dalam bridge lagu itu. Dia hadir dengan pakej yang hampir lengkap sekali gus menjadikannya juara di mata para juri. Seluruh Kota London dan seluruh Asia tahu bahawa Sudirman adalah juara benua Asia.
Zaki cukup gembira. Akhbar-akhbar tempatan memaparkan berita kemenangan Sudirman. Kepulangannya ke tanah air disambut bagaikan seorang wira oleh para peminat, wakil media dan dia juga dijemput untuk bertemu Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Zaki masih menyimpan lagi keratan-keratan akhbar mengenai kemenangan Sudirman.
Pada tahun yang sama, Sudirman diberi penghormatan. Masih bermain-main lagi dikotak fikiran Zaki apabila Sudirman muncul di penutup Sukan SEA dengan mengenakan baju bendera Malaysia. Sudirman tampil menyanyi dengan mantel bendera Malaysia yang panjang yang dibawa dan diusung oleh wakil-wakil atlet dari negara-negara Asia Tenggara. Senyumannya sepanjang persembahan seolah-olah memberikan pengertian bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan budi bahasa dengan masyarakat yang mesra, sekali gus mencanangkan identiti tanah air pada kontinjen dari negara luar pada temasya sukan itu.
Kereta Zaki semakin menghampiri pekan Temerloh. Isterinya kemudian membuka laci kereta dan membelek-belek kaset-kaset yang terdapat di dalam laci itu.
“Yang ni album pertama Sudir kan bang?, tanya Azie. “Oh, Teriring Doa. Itu album pertama dia. Kalau nak tau kat cover album tu wajah bekas isteri dia, Kay. Tapi tu lah. Jodoh tak panjang. Tiga tahun je dorang kahwin. Lagu Terasing dengan lagu Merisik khabar tu sebenarnya macam menceritakan kesedihan Sudirman selepas bercerai ”, terang Zaki.
Azie membelek-belek lagi. Semuanya album Sudirman dalam bentuk kaset ada dalam simpanan suaminya. Semuanya menjadi halwa telinga Zaki apabila memandu Proton Saga merahnya. Azie membaca tajuk-tajuk album itu satu-persatu perlahan-lahan. “Anak Muda, Lagu Anak Desa, Lagu Dari Kota, Lagu Cinta, Abadi, Images, Orang Baru, Lagu Dari Sebuah Bilik, Orang Kampung, Kul It, semua abang ada kan bang?”. Zaki mengangguk dan memandang isterinya sambil tersenyum.
Mereka akhirnya tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chengal, Temerloh. Ada ribuan manusia yang turut sama di tanah perkuburan itu bagi memberi penghormatan terakhir kepada penyanyi tersohor itu. Suasana seakan suram. Setiap wajah yang hadir adalah wajah sayu. Malaysia begitu terasa dengan kehilangan bintang besar dalam industri muzik.
Air mata Zaki bertakung lagi. Ini kali kedua dia menangis kerana Sudirman. Kali pertama dia mengalirkan air mata adalah ketika menonton filem Kami lakonan Sudirman di Panggung Odeon pada tahun 1982. Ketika itu Zaki baru lepas SPM. Dia diejek rakan-rakannya kerana menangis pada babak Tookoo dan Din terpaksa berpisah.
Selesai bacaan talkin dan semuanya bersurai, Zaki bergerak ke Maran. Dia membuat keputusan untuk bermalam di rumah sepupunya, Zana. Malam itu, Zana dan suaminya Isman, membawa Zaki dan Azie ke sebuah restoran di Temerloh untuk menikmati Ikan Patin Masak Tempoyak. Sambil menjamu selera mereka rancak berbual.
Zana : Abang Ki ni memang betul-betul peminat Arwah Sudir lah kan? Dari kecik lagi Ana dah perasan. Ana ingat lagi Abang Ki suruh Ana tulis lirik lagu Milik Siapakah Gadis Ini sebab tulisan dia buruk. Dia nak bagi lirik tu kat Kak Zie lah, hihihi.
Azie: Ye ke? Patutlah tulisan tu lain je. Tak macam tulisan dia. Hehehehe. Tapi memang betullah. Abang Ki ko ni memang jiwang. Semua lagu jiwang Arwah Sudir dia suka nyanyi. Merisik Khabarlah, Terasinglah, Nilai Cintamu, Dimanakah Nilai Cintamu. Macam-macam lagilah. Hehehe
Zaki: Mana ada jiwang. Semua lagu abang sukalah. Hehehe. Sudirman ni unik. Sebab tu abang kagum dengan dia. Lagu-lagu dia pun bukan lagu-lagu jiwang je. Banyak jugak lagu-lagu nasihat. Macam lagu Pesan Abang, Apa Khabar Orang Kampung, Basikal Tua dengan yang satu lagi tu, Sepetang di Pinggir Bukit.

Isman: Memang betul pun. Semua jenis lagu dia boleh bawak. Tak percaya tunggu jelah hari raya. Sebab kalau tak silap Arwah Sudir ada tiga lagu raya. Selamat Hari Raya, Balik Kampung dengan lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf. Kalau hari merdeka pun lagu dia jugak. Lagu apa tu....Alah....31 Ogos dengan lagu Warisan.
Azie: Haah. Akak ingat lagi masa orientasi ITM, senior selalu pasang lagu Warisan untuk naikkan semangat freshies. Menangis-nangis budak ITM yang pompuan dengar lagu tu sambil kena brainwash dengan senior.

Zaki : Awak nangis ke? Hehehe. Tak sangka awak ni patriotik jugak. Tapi memang betullah la. Sudirman ni memang penyanyi yang patriotik. Lagu-lagu dia pun mesti ada mesej. Macam lagu Aku Pengganggur, Punch Card, Pesta Dunia dengan satu lagu yang bawak mesej alam sekitar yang dia buat dari puisi JM Aziz tu. Penyu Menangis Siapa tahu. Itu belum kira lagu-lagu asli lagi.
Zana: Tapi dalam banyak-banyak lagu Ana paling suka lagu Merisik Khabar. Paling best bila dia menang Persembahan terbaik dalam Juara Lagu. Simple but nice. Dia main lighter je masa tu. Hehehe.

Zaki : Ana tak suka lagu Salam Terakhir ke? Abang Ki rasa kalau abang dengar sekarang mesti banjir restoran ni. Sebab lagu tu macam tau-tau je dia dah nak pergi. Tajuk pun dah semacam.
Isman: Lagu tu memang betul-betul sedih. Koi suka jugak lagu tu......Oklah... Abang Kie, Kak Zie, jemput makan. Jangan risau. Koi belanja malam ni. Hehehe. Lepas ni kita sambung lagi borak pasal Sudir.

Malam itu mereka berborak lagi. Cerita tentang penyanyi yang diberi gelaran The Singing Lawyer itu menjadi bahan bualan mereka sepanjang malam.
Sebulan kemudian, Zaki duduk di sofa rumahnya. Dia memasang televisyen sambil menanti rancangan khas mengenai perjalanan hidup Sudirman di RTM1. Azie turut sama. Rancangan itu menceritakan secara terperinci mengenai penyanyi pujaan mereka, Sudirman Haji Arshad.

Rancangan itu menyingkap kembali anugerah-anugerah yang pernah dimenangi dan penglibatan terbesar sudirman. Sepanjang hayatnya Sudirman pernah memenangi anugerah Penghibur Terbaik RTM 1977, Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa bagi tahun 1978 dan 1985, Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia 1985, Persembahan Terbaik Juara Lagu TV3 1987, Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular 1989 dan yang paling tertinggi adalah Asia's Number One Performer yang diraihnya pada tahun 1989.
Sudirman juga sebenarnya pernah dilantik sebagai duta bagi pelbagai syarikat terkenal seperti Proton, Malaysia Airlines, Honda Cup dan Hong Leong Bank.
Azie sendiri tidak menyangka Sudirman pernah melukis kartun dan menerbitkan buku kartun Sejarah Awal Sudirman yang diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf pada tahun 1991. Sudirman juga pernah menghasilkan novel sastera kanak-kanaknya iaitu Taming Si Budak Pintar. Malah Sudirman turut menulis dalam akhbar Bacaria.
“Awak tak tau ke Sudir pandai melukis. Buku kartun tu ada kat rumah mak”, jelas Zaki apabila ditanya isterinya.
Nota : Watak Zaki dan yang lain-lain serta ceritanya hanyalah rekaan semata-mata mengikut imaginasi Sagahayat. Namun fakta mengenai kisah Sudirman dalam catatan dan artikel ini adalah fakta sebenar berdasarkan dokumentari di History Channel yang bertajuk Sudirman Arshad.

Rancangan itu juga mencerita bagaimana Sudirman bergelar usahawan. Dengan modal kira-kira RM3 juta, Sudirman pernah menubuhkan Sudirman Usaha Dagang Industri (SUDI) Sdn Bhd yang mengeluarkan minuman tin berkarbonat jenama Sudi. Syarikatnya juga turut mengeluarkan pelbagai barangan terutama cemin mata hitam yang sering menjadi identitinya. Kerana itu, di almari hiasan rumah Zaki dan Azie ada tin minuman kosong jenama SUDI dan juga cermin mata hitam yang dibeli Zaki.
Dihujung rancangan, rentetan pemergian Sudirman yang menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 22 Februari 1992 turut diselitkan. Zaki masih ingat pada masa itu khabar angin bertebaran luas yang mengatakan bahawa Sudirman menghidap penyakit AIDS. Padahal secara rasminya, punca kematiannya adalah radang paru-paru. Sebelum pemergiannya, Sudirman enggan bertemu khalayak ramai. Dia tidak mahu peminat-peminatnya melihatnya terlantar sakit kerana tidak mahu peminatnya bersedih. Sebaliknya, dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat dan sebagai hero di atas pentas.
Petang itu Zaki memandu ke rumah ibunya. Dia memasang lagu Toyol yang baginya merupakan salah satu lagu Sudirman yang tampil dengan lirik yang melucukan. Dia tersenyum mendengar lagu itu. Namun senyumannya tidak sama dengan senyuman Sudirman tatkala bintang itu tersenyum riang memenangi anugerah Penghibur Nombor Satu Asia menerusi lagu One Thousand Million Smiles yang mewakili seribu juta senyuman benua Asia, dan menawan hati peminat-peminatnya suatu masa dahulu.
Dihujung rancangan, rentetan pemergian Sudirman yang menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 22 Februari 1992 turut diselitkan. Zaki masih ingat pada masa itu khabar angin bertebaran luas yang mengatakan bahawa Sudirman menghidap penyakit AIDS. Padahal secara rasminya, punca kematiannya adalah radang paru-paru. Sebelum pemergiannya, Sudirman enggan bertemu khalayak ramai. Dia tidak mahu peminat-peminatnya melihatnya terlantar sakit kerana tidak mahu peminatnya bersedih. Sebaliknya, dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat dan sebagai hero di atas pentas.
Petang itu Zaki memandu ke rumah ibunya. Dia memasang lagu Toyol yang baginya merupakan salah satu lagu Sudirman yang tampil dengan lirik yang melucukan. Dia tersenyum mendengar lagu itu. Namun senyumannya tidak sama dengan senyuman Sudirman tatkala bintang itu tersenyum riang memenangi anugerah Penghibur Nombor Satu Asia menerusi lagu One Thousand Million Smiles yang mewakili seribu juta senyuman benua Asia, dan menawan hati peminat-peminatnya suatu masa dahulu.
Nota : Watak Zaki dan yang lain-lain serta ceritanya hanyalah rekaan semata-mata mengikut imaginasi Sagahayat. Namun fakta mengenai kisah Sudirman dalam catatan dan artikel ini adalah fakta sebenar berdasarkan dokumentari di History Channel yang bertajuk Sudirman Arshad.
0 ulasan:
Post a Comment