Di bahagian Amerika Utara, spesifiknya di kawasan tanah tinggi Alaska langsung ke kawasan pergunungan Banjaran Rocky, terdapat spesis haiwan yang menjadikan cerun dan tebing gunung sebagai habitatnya. Spesis itu adalah kambing gunung. Dikatakan kambing gunung bukanlah kambing sebenar kerana ia lebih dekat kepada kambing-antelop.
Kambing ini mampu lompat dengan sangat pantas dan sekali loncatan atau lompatan mampu mencapai jarak kira-kira 12 kaki (3.5 meter). Kambing gunung berjanggut dan memiliki bulu putih yang agak tebal yang dapat melindunginya daripada kedinginan suhu kawasan pergunungan dan tiupan angin gunung.
Makanan utamanya termasuklah daun-daun pokok renek, rumput-rumput, lumut dan juga tumbuhan vegetasi alpine yang lain. Inilah haiwan yang menakluk cerun, tebing, puncak, pinggir dan apa saja ruang di altitud tinggi tanpa rasa gayat dan sudah sebati dengan habitatnya yang mencabar dan ekstrem.

0 ulasan:
Post a Comment